Ada ramai yang mengadun serta mengolahkan adunan bauan untuk tujuan terapi dan tidak kurang juga untuk tujuan selain darinya..tetapi, apakah sebenarnya yang dikait rapat mengenai terapi bauan...asal sahaja mendengar minyak Cenuai, Munyak Senyonyong atau minyak Dagu..ianya sering dikaitkan dengan tujuan Pengasihan, Pelaris serta berbagai lagi termasuklah yang dikatakan sebagai pendinding. Adakah yang mengadun adunan tersebut menyedari bahawa terapi bauan ini jika diberi penjelasan secara "Kait-Rapat" antara manusia dan persekitaran ianya akan lebih jelas dan ianya tidak dikaitkan dengan kepercayaan illusi belaka. "Contoh"..jika anda sedang bertemu kawan-kawan dikedai mamak sedang berbincang...tatkala tersebut, berlalulah lori sampah yang sarat dengan bauan...ketika ianya berlalu..apakah reaksi kawan-kawan anda serta anda pada ketika tersebut?...dan apabila di situasi yang sama..kali ini bukan lori sampah yang berlalu disisi anda..yang berlalu disisi anda adalah wanita-wanita cantik serta membawa sarat penuh dengan bauan yang seiringan dengan kecantikkan mereka...pada ketika itu..apakah reaksi kawan-kawan anda serta anda.... dapatkah anda memikirkan serta merenunginya.
Kait Rapat mengenai manusia dan persekitarannya terjalin semenjak azali lagi..tidak dikira...apa yang dihidunya...apa yang didengarinya..dan apa yang didalam penglihatannya, semuanya berkait diantara satu sama lain..cuma, bertanyalah kepada diri sendiri...seseorang itu jika tahap sensitivitinya melangkaui batas-batas yang sepatutnya, apakah ianya mampu untuk mengubah sesuatu itu untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya....