DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, November 18, 2014

Teras Beluru..

 Beluru Putih/Kuning
 Beluru Hitam
 Beluru Merah
Teras Beluru, Kayu Menang@Laka dan Keluat memiliki persamaan yang amat ketara..tetapi bagi membezakan diantaranya adalah melalui bau dan rasa...jangan dilihat hanya persamaan dari sudut urat potongan rentas kayu sahaja. Banyak jenis kayu yang menyerupai sesama...tetapi ada kelainannya bagi setiap satu-satu jenis spesis jika dibuat perbandingan yang menyeluruh. Dari sudut Khafiat atau fadhilatnya pula..tiada manusia yang dapat merungkaikannya...hanya kajian mendalam dengan penggunaan peralatan moden dapat menyatakan komposisi kandungan enzim/resin teras kayu samaada ianya boleh digunakan pada manusia atau tidak...Asas pengetahuan mengenai teras perkayuan pula kebiasaannya diketahui melalui penceritaan, petua serta pengalaman lalu ianya dibawa kepada pendekatan moden melalui kajian secara terperinci. Proses ini tidak mudah dan memerlukan satu jangka masa yang lama dan kajiannya pula memakan perbelanjaan yang amat tinggi. Pembangunan serta Kajian satu-satu jenis Spesis kayu juga hanya dibuat jika ianya berpotensi menjadi penawar bagi penyakit atau dijadikan sebagai makanan suplimentari..dan ianya tidak boleh dikatergorikan sebagai ubat. Ubat-ubatan hanya boleh di-iktiraf oleh jabatan yang diluluskan oleh Kementerian yang bersangkutan dan juga jabatan pemakanan yang diiktiraf...walaupun kandungan enzim didalam teras kayu dari dalam Negara kita benar-benar Penawar bagi satu-satu jenis penyakit yang kronik,,,ianya tetap akan dinafikan oleh kerana kepentingan kepentingan yang tersedia...Almaklumlah...perumpamaannya, Siapa boleh menentang bahawa paracetamol adalah ubat dan kemuning hitam dikatakan ada kandungan Sianide....fikir-fikirkan lah lambat laun, orang dari luar akan mengambil Khazanah Hutan Negara kita dan dikatakan ianya adalah dari Negara Mereka...dan bila kita bangunkan sendiri...ianya ditolak mentah-mentah...oleh kerana apa?...kerana kedaifan kita sendiri....Saya sayang pada Ilmu serta Pengetahuan dari turunan Petua orang-orang dahulu dimana ianya hilang begitu sahaja tanpa dibuat pendekatan dari sudut kajian moden oleh orang-orang kita zaman sekarang....