DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, November 29, 2014

Larak Salah dari Bukit Bauk, Delong Dungun Terengganu














Nak bercerita sahaja mengenai perihal larak ni dah banyak maklumat saya paparkan pada paparan sebelum ini. Yang pastinya, pokok larak yang diambil  dan membawanya pulang adalah tidak mudah. 4 kali cangkul..relax kejap...4 kali takik...relax kejap..itu belum lagi mengolahkannya kedalam bentuk yang lebih halus untuk pemakaian sebagai perhiasan diri maupun dalam bentuk butiran biji tasbih. Pengalaman untuk memotongnya mengajar erti jerih dan perihnya. Ini adalah Larak jenis Jantan dan untuk menemui spesis ini amat jarang kerana untuk memperolehi jenis larak Jantan yang keras serta solid rata-ratanya pokok ini mesti berumur 60 tahun keatas...serta tempat keadaan yang berbukit juga mempengaruhi keadaan komposisi dalaman pokok. Spesis ini juga memiliki kulit kayu yang tebal dan tekstur dalaman yang lebih padat..tidak sebagaimana jenis Betina dimana komposisi kulit serta kayunya yang agak lembut serta lampung. Saya ada memiliki spesis yang sama serta kulit yang berwarna merah dimana saya memperolehinya sedari tahun 2008 dan sehinggan kini saya tidak bertemu lagi dengan spesis yang sama.

Pengalaman dengannya pula....ada berbagai pengalaman dan bukan sekadar cerita...kebanyakkan cerita mengenai Larak Salah ini hanyalah cerita semata-mata dan penjelasan melalui fakta sains tiada yang seiringan dengan apa yang dikatakan "Fhadilat atau Khafiat"..yang ada padanya...komposisi bahan kimianya yang belum dikaji secara menyeluruh...tetapi, apa yang dapat dirungkaikan serba sedikit adalah melalui pengalaman, kaji sifat serta petua yang telah diperturunkan....tetapi kebanyakkan Ilmu petua telah ketinggalan zaman serta ditelan arus permodenan malah kepercayaan tahyul ditanamkan didalam masyarakat kini. Dan mengapa ianya benar benar menjadi?..disini lah apa yang dikatakan, apabila jiwa diri berkehendak dengan hatinya maka tubuh badan akan menjana sejenis kimia dan ianya akan keluar melalui liang roma kulit dan juga cecair peluh dirangsang dengan kehangatan tubuh badan, Tenaga ini akan meruap kepada kayu, batu atau apa jua yang ada pada tubuh badan si pemakai akan bertindak balas dengan keadaan sekelilingnya...Tindak balas ini dikatakan akan menghasilkan Tenaga dalam bentuk Wave Vibration yang tidak dapat diukur dengan mata kasar melainkan jika ada peralatan moden untuk mengukur tenaga Nano-Micron Wave Vibration yang dihasilkan oleh tenaga manusia serta molekul kayu yang terhasil punca yang dikatakan sebagai Microwave Collision/Friction lalu menghasilkan Micro Energy Wave Vibration yang hanya akan bertindak balas dengan frequency yang seiringan...tetapi ini hanyalah sebahagian dari Teori sahaja...tetapi antara percaya akan cerita Illusi dengan Teori Fakta...manakah yang akan anda lebih percayai??? Mystical Illusions Or The Facts that lead to the Ownership of The Illusions Self..