DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, September 5, 2014

Teras Akar Kellior





Dikenali dengan nama Kellior dikalangan masyarakat orang-orang asli yang  menggunakan daun dan batang kayunya untuk tujuan ritual Sewang. Daun dan rantingnya kebiasaan dibuat seperti mahkota dan dipakaikan, manakala batangnya dipasak kepada empat penjuru samaada dirumah atau dikawasan yang dipercayai untuk menolak entiti-entiti negatif. Penduduk setempat pula mengenaliya dengan nama Cenuai Gunung..apa yang menarik tentang daunnya adalah ianya mengeluarkan bau yang amat menyenangkan kepada sesiapa yang terbaunya, malah, binatang buas seperti harimau akan mendekati pohonan ini untuk beristirehat dikala waktu siang...kebanyakkan spesis ini hidup tumbuh dikawasan tinggi dan jauh ke dalam hutan...saya pernah cuba menanam anak benih pokok ini...malangnya, anak pokok ini hilang tanpa dapat dikesan..rupa-rupanya, ianya diambil oleh tupai dan tidak diketahui apa dibuatnya...mungkin buat masak tumis kot?...hehehe

Kebanyakkan masyarakat asli tidak akan memotong pokok ini untuk tujuan komersial dan ianya adalah pohon runtunan dan ianya digunakan dalam masa-masa tertentu sahaja..mungkin daunnya boleh diperolehi...tetapi tidak pada bahagian akarnya...pencari akar-kayu herba akan segera meninggalkan kawasan yang hidup tumbuhnya pohonan ini jika mereka menyedarinya..oleh kerana...wallahu, tidak pernah diberitahu...kata mereka...kamu budak-budak..mana kamu tahu...hehehe...begitulah cara orang-orang lama.