DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, April 5, 2014

Teras Pahlawan Kuning/Pahlawan...



Ada perbezaannya tentang kayu pahlawan dan teras pahlawan...kalau orang dulu-dulu...kayunya dibuat batang lembing dan tidak kurang juga dibuat hulu senjata disebabkan keliatan kayu tersebut...pengasas ada juga mencuba menggunakan teras ini kut-kut boleh bertukar menjadi pahlawan macam zaman dulu-dulu...kot-kot ler....pada zaman kini, kalau nak menjadi pahlawan sebagaimana zaman dulu-dulu, rasanya...tak menjadi kalau pakai teras ni...baru dengar bunyi tayar meletup jantung nyaris-nyaris nak gugur...macam mana nak jadi pahlawan...baru ajer kena kejar dengan anjing...lintang pukang lari sampai masuk dalam parit..mmm...Orang zaman dulu, pemakaian kayu teras bukan hanya sekadar dipinggiran...ianya sebagai medium penyebab mengikut sifat kayu dan tajalian khafiatnya pula disandarkan pada Maha Pencipta serta Ilmu Tauhid yang menebal didada...bukan sekadar pengetahuan Ilmu sahaja..ianya beriringan dengan Amalannya juga...Ilmu tanpa amal....sesia ajer ler...