DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, April 5, 2014

Teras Kemuning Hitam



Pokok Kemuning Hitam tidak akan berteras jika ditebang begitu sahaja....kemuning hitam yang berteras adalah pokok yang mati beragan atau mati secara semulajadi...kalu jenis pokok kemuning yang mati kena bunuh...yang tu kita gelarkan..kemuning hitam pokok hidup...bagaimana untuk mengetahui jenis mati beragan dan yang jenis mati kena bunuh...hehehehe...senang sahaja...teras kemuning mati beragan apabila dipotong, kesan geseran antara mata pemotong dengan teras, ianya akan mengeluarkan bau yang sedap..(pada saya la)..kalau yang mati kena bunuh...hehe..(Pokok Hidup), baunya busuk...atau pokok kemuning hitam yang mati muda (Tidak cukup haul/masa)...mengenai kegunaannya pula...ada berbagai pendapat...tetapi bagi saya...Teras kemuning hitam yang baik adalah apabila ianya diolahkan menjadi makanan nutrisi untuk tubuh badan...ianya mampu meneutralkan asid lebihan didalam badan...bukan sekadar itu sahaja, malahan jika ianya diolahkan menjadi minyak atau balsam...baik untuk luka-luka dan bisa sengatan binatang....