DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, March 21, 2014

Cincin Teras Kayu Gabungan Tempahan Sahabat...dan Pemberitahuan Am..


Buat para sahabat yang sentiasa memberi sokongan terhadap Blog Rahsia Alam, pengasas pada masa kini sedang membuat peningkatan dari sudut pembuatan/olahan seni dari asas kayu serta membuat ubahsuaian mesin olahan khas. Disamping itu juga pengasas didalam proses merangka pelan untuk "Persatuan Pelarik Kayu Malaysia" atau Malaysian Wood Turners Association" bersama-sama dengan beberapa sahabat yang berkecimpung didalam arena teras perkayuan...Insya'Allah dengan Izin-Nya, jika penubuhan persatuan tersebut dapat direalisasikan maka, berbagai aktiviti dapat dijalankan dimana ianya merangkumi daripada perkongsian maklumat sehingga kepada tata-cara olahan teras kayu dengan cara separa moden/lama, kursus melarik dan berbagai lagi yang berkaitan dengannya....banyak jika nak disenaraikan...perghhh

Pengasas ada kalanya tidak berkesempatan untuk "Muat-Naik" paparan-paparan yang terbaru serta aktiviti yang terkini didalam blog. Jika para sahabat/pelayar blog meminati barangan seni didalam blog atau untuk maklumat mengenai teras kayu/Tempahan atau ingin membeli/maklumat mengenai mesin-mesin olahan seni kayu..boleh menghubungi terus/SMS/Whatapps ditalian 6019-3387074....

Ada banyak tempahan yang telah diolahkan dan ianya telah dikirim/pos kepada para penempahya dan tiada sebarang paparan dibuat mengenainya oleh disebabkan kesibukkan yang teramat senak...hehehe...Alhamdulillah...terima kasih kepada para sahabat WebBlog Rahsia Alam dengan Sokongan yang jitu...tanpa sokongan anda, maka tiadalah Blog nih...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...Terima Kasih kepada Semua...Moga beroleh dengan Rahmat-Nya serta dipermudahkan segala urusan harian...Insya'Allah.

Cincin tempahan sahabat yang dipaparkan adalah gabungan kayu Penunduk,teras menang dan teras setigi..... yang ni pun dah lama dah diposkan....teruskan bersama...