DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, February 19, 2014

Bertap

 ada yang mengenalinya sebagai Cenuai Sanggul bunian dan ada juga mengatakan Rambut Puteri Bunian...berbagai-bagai nama yang diberi.

Pada pemerhatian saya, Bahan ini kebanyakkan nya selalu dijumpai didalam sarang burung, dan inilah bahan yang selalu dijadikan sebagai medium pelaris atau pengasih kepada yang diberi pengetahuan mengenainya. Dan bagi mendapatkannya pula, bukan sesuatu perkara yang mudah. Bahan ini hanya terdapat pada sejenis pokok di pedalaman dan pokok tersebut amat di jagai oleh orang-orang Asli tempatan di perdalaman..ianya dianggap "Sacred Tree" kepada mereka. Pokok yang diberi Nama "Kelior" ini adalah pokok yang sering digunakan oleh kaum Asli untuk ritual Bersewang...dan Bahagian yang digunakan oleh mereka adalah dari Daunnya....Akarnya pula...belum tentu boleh diperolehi sewenang-wenangnya bagi masyarakat kita dibandar...Apakah pula Fadhilatnya....tiada pengetahuan bagi saya.