DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, November 18, 2013

Sinar Harian...November 18, 2013

  • Rezeki tasbih kayuAzman meneliti kayu yang siap dilarik untuk dipotong di bengkelnya
 2 / 2 
SAMBIL  membelek batang kayu satu persatu, matanya tajam meneliti teras kayu. Dari segi luaran kayu cantik atau tidak, itu tak penting bagi Azman Abdul Aziz, 41. Sebaliknya jenis kayu yang diingini pelanggan perlu dipilih dan dilarik menjadi butiran tasbih.

Keasyikan Azman dalam dunia kayu sehingga dia mangli dengan bunyi deruan kenderaan di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) di hadapan kediamannya di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Saban waktu, Azman bergelumang dengan habuk kayu, mesin dan peralatan di bengkelnya. Apabila ditanya penglibatan awal dalam bidang seni kayu ini, Azman terdiam seketika seperti ada sesuatu yang berat untuk dikongsi.

Kata Azman, fasa kemuncak tekanan hidup ketika usianya 33 tahun menjadi titik tolak dirinya. Tatkala dirinya terkapai-kapai, terasing dan dihimpit pelbagai masalah mendatang, barulah dia sedar keberadaan Tuhan yang Maha Penyayang.

“Inilah dikatakan hidayah. Hidayah itu datang pelbagai cara. Saya dapati zikir boleh menenangkan jiwa dengan mengingati ALLAH, selain beribadah.

“Walaupun boleh guna jari tangan atau pun tasbih digital, tapi saya lebih suka menggunakan tasbih kayu kerana lebih menikmati fadilatnya,” ujar pemilik blog alamallah.blogspot.com.

Guna teras kayu

Sejak itu, timbul minat anak kelahiran Manjoi, Perak ini untuk membuat sendiri tasbih kayu. Tujuannya adalah untuk mengajak lebih ramai berzikir dan mengingati Tuhan. Berzikir, katanya, biarlah mengikut tartilnya (sebutan sempurna), barulah ada penghayatannya.

“Pada awalnya saya memang tak ada pengalaman membuat tasbih. Tapi saya dapat ilham untuk menggunakan kipas angin bagi melarik kayu untuk dijadikan biji tasbih.

“Dengan sokongan rakan yang memberi sebatang kayu tas pada 2006, saya membuat tasbih yang ditempahnya. Apabila ada rakan lain juga berminat, maka bertambahlah tempahan dari masa ke masa,” kata pasangan kepada Norjulaina Arif Fadhilah, 39.

Menurut Azman, untuk membuat tasbih 100 biji, ia mengambil masa antara 10 jam hingga dua hari. Ia bergantung pada cara buatan secara manual (tangan) atau mesin. Biji tasbih boleh diperbuat daripada kayu dan terasnya. Terdapat lebih 100 jenis kayu yang boleh dibuat tasbih.

Penggunaan mesin lebih sesuai menggunakan kayu jenis lembut. Manakala kayu keras perlu dibentuk secara manual untuk mendapatkan kualiti terbaik. Antara alat yang digunakan membuat biji tasbih seperti mata pelarik, kertas pasir, mesin penggosok, mesin pemotong dan mesin larik.

Jenis kayu dan teras yang digunakan Azman untuk membuat biji tasbih adalah teras kelor, raja kayu putih, teras cendana, raja kayu merah, penunduk merah , teras gong, kemuning hitam, kemuning emas, kemuning hitam, teras asam jawa, teras kemian,
teras akar bertam, teras sepang merah, raja kayu hitam, teras nagasari, teras gading dan teras belian.

“Saya membuat tasbih daripada kayu berbeza mengikut permintaan pelanggan. Kayu ini adalah kejadian ALLAH yang boleh dimanfaatkan manusia.

“Ini secara langsung membuatkan kita mengingati dan mensyukuri nikmat ALLAH atas kesan kejadian-Nya. Tapi ada orang yang salah faham dengan mengatakan ia sebagai mistik.

“Contohnya kayu tas sebagai penunduk haiwan. Sebenarnya bukan kuasa kayu, tapi ALLAH menjadikan bau kayu itu yang kurang menyenangkan dan menyebabkan haiwan tidak suka mendekatinya,” ujar bekas konsultan komunikasi di Brunei.

Dia akui memang ada persaingan dalam menghasilkan tasbih sedemikian. Namun apa yang penting baginya adalah mendapat kepuasan apabila membuat tasbih daripada A hingga Z, kerana ia dilakukan dengan sepenuh jiwanya. Tambahan pula, kreativiti dan minat yang mendalam Azman terhadap kerjanya itu mampu menghasilkan tasbih kayu yang berkualiti dan unik.

Penyelidikan kayu

Azman sempat menunjukkan koleksi kayu yang ada di bengkelnya. Jika dilihat secara mata kasar, kayu ini umpama tiada nilai di mata orang biasa. Tapi bagi mereka yang mahir dan berpengalaman dalam bidang perkayuan, kayu seperti itu begitu
berharga.
Kebanyakan bahan kayu diperoleh Azman melalui pemberian orang, dicari di hutan mahupun dibeli daripada orang kampung, Orang Asli dan peniaga di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Pada masa sama, dia dapat mengenali jenis kayu dan khasiatnya daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang perkayuan.

Selain tasbih, Azman menghasilkan gelang, mata cincin, loket dan tongkat daripada kayu. Dia kini menghantar racikan teras, akar dan kayu ke Universiti Putra Malaysia untuk penyelidikan bagi Sijil Analisis (COA) bagi menentukan ia beracun atau tidak.

“Melalui hasil penyelidikan itu, jika ia bersesuaian bolehlah dijadikan produk minuman sebagaimana tongkat ali dan kacip fatimah. Teras kayu ada enzim yang baik untuk kesihatan badan,” katanya.

Azman turut menasihati golongan muda yang tak bekerja eloklah ceburi diri dalam arena teras perkayuan yang boleh diolah untuk kegunaan orang ramai.