DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, August 18, 2013

Teras Kemuning Hitam...






Dibayangi dengan minat yang tiada kesudahan di-perumpamakan...ada juga yang mendatanginya dengan kerakusan bagi mendapatkan terasnya...maka tumbanglah pokok pada ketika teras yang masih belum terbina didalamnya. Bahagian teras yang baik diperolehi pada pokok yang telah begitu uzur dan kebanyakkan terasnya diperolehi dalam keadaan pokok yang telah rebah tersungkur ke bumi kerana sebab-sebab keadaan kitaran hukum alam semulajadi. Rakusnya manusia pula bagi mendapatkan terasnya, pokok yang masih hidup ditebang sebegitu muda usianya serta tiada manfaatnya bagi manusia itu sendiri...malah ianya telah merosakkan keadaan sekitaran yang sepatutnya dipelihara bagi manfaat generasi seterusnya. Walaupun, spesis pokok kemuning banyak tumbuh didalam hutan Negara kita dan masih tidak diwartakan sebagai Spesis terlindung oleh kerana ianya bukan spesis Balak komersial..Pokok kemuning pada rata-ratanya adalah spesis pokok herba perubatan..jika tidak dikaji dan dibangunkan untuk Manfaat Rakyat didalam Negara kita sendiri...maka, ianya hanya menjadi bahan kesenian sahaja dan tidak dapat dimajukan bagi generasi seterusnya sedangkan Ilmu Pengetahuan mengenai perubatan dengan Fadhilat Kayu dan Teras pada azalinya dipelopori oleh orang-orang Melayu yang pada zamannya yang masih tiada Klinik, Doktor dan Penyakit moden, maka dimasa-masa mendatang, ilmu tersebut akan hilang begitu sahaja. Pepatah mengatakan "Tidak Melayu Hilang Didunia, Tetapi kini, Melayu telah Hilang Ilmunya"...Wallahu...