DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, August 18, 2013

Teras Kemuning Hitam...

 dah rupa macam French Poodle..

Kemuning Hitam....jika dijumpai di tepi jalan..tak ubah macam kayu yang telah terbakar semacam arang. Kalau jumpa pun pada sesetengah orang yang tidak mengetahui mengenainya, pasti ianya dibuang atau disepak ketepi. Tahukah Anda...apakah kandungan Enzim yang dimiliki oleh teras ini sehingga ianya menjadi salah satu medium perubatan oleh orang-orang dahulu?. Pada pandangan umum, kayu yang berwarna hitam dinamai dengan nama Black Ebony atau dengan nama saintifiknya ebenaceae@diospyros.spp. apa jua jenis kayu yang kehitaman dikaitkan dengan Diospyros.spp. Didalam Negara kita sahaja ada beberapa jenis Spesis dan Sub-spesis yang seiringan dengan nama diospyros.spp

Pernahkah kita mahu mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kayu Kemuning Hitam dan apakah kaitan perhubungan-nya dengan manusia?..apakah ianya sekadar kayu atau penawar bagi penyakit pada manusia dimana khafiat atau fadilat didalamnya masih lagi tidak mahu dikaji oleh sebab tiada unsur komersial.