DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, August 4, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum para sahabat sekalian..

Pengasas, dengan Hadrat Allah berserta dengan Rahmatnya, mengucapkan terima-kasih kepada Para-Sahabat Blog Rahsia Alam yang selama ini telah mencurahkan waktu menatap paparan maklumat yang berbagai dari dalam Blog Pengasas. Alhamdulillah, kecapan Rahmat Nikmat dari-Nya telah memampukan pengasas dalam perkongsian Ilmu mengenai apa jua yang dijadikan didalam dunia ini serta kait rapatnya dengan kehidupan manusia sejagat dapat direalisasikan melalui pendekatan "Pencerahan Ilmu untuk Kefahaman".

Pada Awal pembabitan pengasas dengan dunia perkayuan teras, penjelasan maklumat mengenainya adalah teramat samar pada ketika itu dan lama kelamaan pembabitan pengasas dalam pencarian ilmu, ianya telah membawa kepada pencerahan/penjelasan yang lebih bermakna dan tidak melulu terhadap pemahaman mengenai sesuatu yang tidak difahami sebelum ini dengan bahan-bahan yang dipaparkan. Lalu, dengan Hadrat Rahmat-Nya jua, pengasas telah melangkaui perbatasan pemahaman mengenainya serta relevan sesuatu yang dijadikan pada asalnya adalah untuk keseimbangan hidupan keseluruhan makhluk yang dijadikan. Maka dengan itu, relevan lah dengan apa yang dikatakan "Tidak dijadikan semua ini dengan Sia-sia" dan "Tidak kami jadikan semua ini untuk main-main".

Insya'Allah, dengan Rahmat-Nya jua, pengasas akan terus berusaha mencari dan berkongsi dengan para sahabat sekalian mengenai apa jua yang telah dijadikan untuk manfaat kita bersama..

Dengan ini jua, Pengasas menyusun jari dan kaki serta apa jua yang terzahir dari diri.."Maaf Zahir Batin" andainya tersilap bahasa, kekhilafan yang ada dan apa jua yang tidak disenangi oleh para sahabat sekalian...mohon di maafkan.."SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

Wassalamualaikum' warah'matulahi' wabara'katu....