DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, August 26, 2013

Batu Petir@Gigi Petir..




Jika dipandang dari sudut arkeologi..ianya adalah bahan yang dijadikan sebagai alatan pemburuan atau sebagai senjata pada zaman batu. Bahannya pula adalah sejenis batu yang dipanggil Stoney Meteorite. Pada pemburu bahan Mistik pula, ianya dikenali sebagai Gigi Batu Petir disebabkan akan rupa bentuknya.

Teras Kemuning Hitam

 Proses Distrillation


Ada beberapa sahabat bertanyakan bagaimana nak buat kemuning hitam untuk diamalkan dalam pemakanan...caranya..cuci dahulu bahagian luar teras, buang bahan lengai daripada teras..tinggalkan bahagian yang solid. Kemudian buat steaming proses untuk menyahkan kuman..kemudian baru dijadikan habuk sebesar serbuk teh..masak dengan air yang mendidih..kemudian..baru boleh diminum..

Sunday, August 18, 2013

Kemuning Hitam...Bolehkah ianya dijadikan sebagai makanan supplimentary???


Olahan dari bahagian teras untuk dijadikan bahan Uji-Kaji pada skala sebenar didalam Makmal yang di-iktiraf. Pengasas sedang berusaha bagi mendapatkan Maklumat sebenar pada sudut saintifik menerusi (Research and Developement) R&D...bukan dengan percuma atau ditaja oleh mana-mana pihak..Keluar dari poket sendiri la jawabnya...tetapi, jika ianya berjaya...hasilnya pula berbalik la juga, serta InsyaAllah..manfaat buat semua..dan bukan sekadar cerita. Jika akar tongkat ali telah terbukti dengan melalui proses yang sama dan penggunaan baginya begitu meluas diserata dunia..apakah bahan kemuning hitam yang dipaparkan akan melalui proses yang sama?..sebagaimana akar tongkat ali yang telah dimanipulasi dan dinikmati oleh bangsa asing di Luar Negara Kita Sendiri?.

Bahan ini akan melalui proses Pengeluapan Ekstrak (Distillation Process) bagi mendapatkan patinya dan membuat proses (Purification) bagi mendapatkan Enzim yang membolehkan ianya dikaji dengan lebih mendalam..InsyaAllah..nantikan keputusannya.

Teras Kemuning Hitam...






Dibayangi dengan minat yang tiada kesudahan di-perumpamakan...ada juga yang mendatanginya dengan kerakusan bagi mendapatkan terasnya...maka tumbanglah pokok pada ketika teras yang masih belum terbina didalamnya. Bahagian teras yang baik diperolehi pada pokok yang telah begitu uzur dan kebanyakkan terasnya diperolehi dalam keadaan pokok yang telah rebah tersungkur ke bumi kerana sebab-sebab keadaan kitaran hukum alam semulajadi. Rakusnya manusia pula bagi mendapatkan terasnya, pokok yang masih hidup ditebang sebegitu muda usianya serta tiada manfaatnya bagi manusia itu sendiri...malah ianya telah merosakkan keadaan sekitaran yang sepatutnya dipelihara bagi manfaat generasi seterusnya. Walaupun, spesis pokok kemuning banyak tumbuh didalam hutan Negara kita dan masih tidak diwartakan sebagai Spesis terlindung oleh kerana ianya bukan spesis Balak komersial..Pokok kemuning pada rata-ratanya adalah spesis pokok herba perubatan..jika tidak dikaji dan dibangunkan untuk Manfaat Rakyat didalam Negara kita sendiri...maka, ianya hanya menjadi bahan kesenian sahaja dan tidak dapat dimajukan bagi generasi seterusnya sedangkan Ilmu Pengetahuan mengenai perubatan dengan Fadhilat Kayu dan Teras pada azalinya dipelopori oleh orang-orang Melayu yang pada zamannya yang masih tiada Klinik, Doktor dan Penyakit moden, maka dimasa-masa mendatang, ilmu tersebut akan hilang begitu sahaja. Pepatah mengatakan "Tidak Melayu Hilang Didunia, Tetapi kini, Melayu telah Hilang Ilmunya"...Wallahu...

The Flying Swan..Black Muraya Paniculata Wood-Core



Diperolehi sedemikian rupa...Natural Shape

Teras Beluru@Sintok




Baru diperolehi oleh pengasas...masih belum diolahkan kedalam bentuk yang paling diminati oleh Pengasas...Butiran Biji Tasbih.....

Cincin Kayu Tas Pontianak...Kayu Penunduk



Tempahan seorang sahabat....

Loket Teras Larak Salah pasakkan Buluh Perindu..



Tempahan Seorang Sahabat....masih sempat diolahkan ketika dalam kesibukkan...alhamdulillah.

Gemunggal..Moringa..Tahukah Anda Mengenainya?

 Daripada Kayu Terasnya kepada Dedaunan yang hanya dipercayai dari sudut Mistik kepada:
 yang telah diproses menjadi sebagaimana yang dipaparkan
 bukan sekadar khayalan..tetapi Manfaatnya buat manusia...


Teras Gemunggal di Negara kita rata-rata dipercayai hanya pada sudut Mistiknya sahaja dan amat kurang di buat pendedahan pada sudut hukum akal akan perihal fadhilatnya yang sebenar. Dikaji dan ianya juga telah diiktiraf sebagai makanan Nutrisi suplimentari untuk kesihatan tubuh badan oleh kebanyakkan Negara-Negara yang maju. Tahukah Anda...ianya telah menular kedalam Negara kita dan ianya telah diolahkan kedalam bentuk sebagaimana yang dipaparkan dan dikilangkan didalam Negara kita sendiri?..Apakah jika dimakan dan diamalkan, ianya sebagaimana yang diwar-warkan sebagai Kebal Asid?...apakah penjelasan rahsia yang nyata disebaliknya, apakah yang dikatakan Kebal itu dari bahan yang sama?...InsyaAllah, pengasas akan mendapatkan lebih maklumat serta maklum balas mengenainya..Barangan yang dipaparkan adalah Produk yang dihasilkan dari dalam Negara Kita sendiri...Cuma masih tidak dipasarkan secara tegar dan meluas.

Teras Kemuning Hitam...

 dah rupa macam French Poodle..

Kemuning Hitam....jika dijumpai di tepi jalan..tak ubah macam kayu yang telah terbakar semacam arang. Kalau jumpa pun pada sesetengah orang yang tidak mengetahui mengenainya, pasti ianya dibuang atau disepak ketepi. Tahukah Anda...apakah kandungan Enzim yang dimiliki oleh teras ini sehingga ianya menjadi salah satu medium perubatan oleh orang-orang dahulu?. Pada pandangan umum, kayu yang berwarna hitam dinamai dengan nama Black Ebony atau dengan nama saintifiknya ebenaceae@diospyros.spp. apa jua jenis kayu yang kehitaman dikaitkan dengan Diospyros.spp. Didalam Negara kita sahaja ada beberapa jenis Spesis dan Sub-spesis yang seiringan dengan nama diospyros.spp

Pernahkah kita mahu mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kayu Kemuning Hitam dan apakah kaitan perhubungan-nya dengan manusia?..apakah ianya sekadar kayu atau penawar bagi penyakit pada manusia dimana khafiat atau fadilat didalamnya masih lagi tidak mahu dikaji oleh sebab tiada unsur komersial.

Sunday, August 4, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum para sahabat sekalian..

Pengasas, dengan Hadrat Allah berserta dengan Rahmatnya, mengucapkan terima-kasih kepada Para-Sahabat Blog Rahsia Alam yang selama ini telah mencurahkan waktu menatap paparan maklumat yang berbagai dari dalam Blog Pengasas. Alhamdulillah, kecapan Rahmat Nikmat dari-Nya telah memampukan pengasas dalam perkongsian Ilmu mengenai apa jua yang dijadikan didalam dunia ini serta kait rapatnya dengan kehidupan manusia sejagat dapat direalisasikan melalui pendekatan "Pencerahan Ilmu untuk Kefahaman".

Pada Awal pembabitan pengasas dengan dunia perkayuan teras, penjelasan maklumat mengenainya adalah teramat samar pada ketika itu dan lama kelamaan pembabitan pengasas dalam pencarian ilmu, ianya telah membawa kepada pencerahan/penjelasan yang lebih bermakna dan tidak melulu terhadap pemahaman mengenai sesuatu yang tidak difahami sebelum ini dengan bahan-bahan yang dipaparkan. Lalu, dengan Hadrat Rahmat-Nya jua, pengasas telah melangkaui perbatasan pemahaman mengenainya serta relevan sesuatu yang dijadikan pada asalnya adalah untuk keseimbangan hidupan keseluruhan makhluk yang dijadikan. Maka dengan itu, relevan lah dengan apa yang dikatakan "Tidak dijadikan semua ini dengan Sia-sia" dan "Tidak kami jadikan semua ini untuk main-main".

Insya'Allah, dengan Rahmat-Nya jua, pengasas akan terus berusaha mencari dan berkongsi dengan para sahabat sekalian mengenai apa jua yang telah dijadikan untuk manfaat kita bersama..

Dengan ini jua, Pengasas menyusun jari dan kaki serta apa jua yang terzahir dari diri.."Maaf Zahir Batin" andainya tersilap bahasa, kekhilafan yang ada dan apa jua yang tidak disenangi oleh para sahabat sekalian...mohon di maafkan.."SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

Wassalamualaikum' warah'matulahi' wabara'katu....

Batu Pusar @ Buntat Batu



Dicanai dan dipakai sendiri oleh pengasas..tenaga yang dihasilkan melalui pergeseran haba..memang terasa..batu memiliki sifat penyerap tenaga luaran dan boleh mengimbangi suhu badan. Selain dari dijadikan sebagai Medium Pemancar Tenaga, ianya juga boleh dijadikan sebagai medium pengantara peralihan tenaga luaran dan dalaman. Batu juga memiliki tenaga statik yang tersendiri sebagaimana yang terdapat pada batu-batu kristal. Seperti batu Kristal Germanium, batu ini dapat mengalirkan tenaga pada skala tertentu didalam aplikasi litar elektronik, manakala ada jenis-jenis batu mineral yang mampu menyimpan tenaga-tenaga serapan dari persekitaran dan jika diaplikasikan kepada manusia, ianya mampu mengimbangi tenaga dalaman yang dihasilkan oleh tubuh manusia itu sendiri....bagaimana pula dengan Kayu...itu lain kali cerita...hahaha...selamat hari raya...

Zamrud@Emerald...Colombian




Batu Zamrud Colombia yang dicanai dan dipolish sendiri oleh pengasas..beli dalam bentuk raw punyalah mahalnya...tetapi, bila dipotong dan dicanai sendiri..puas hati...sebab pengasas baru belajar mencanai batu pula...

Loket dan Cincin..Geraham Gajah







Cincin dan Loket untuk Sahabat dari Geraham Gajah Mati Kering..bukan mati beragan tau...

Fire Agate


Aked Api....kecil cenonet...

Agate...

dah lupa aper ke namanya...tetapi, dalam spesis Aked...

Fulgarite



Batu Asli yang dipotong, dicanai dan dipolish sendiri oleh pengasas...tetapi, bahagian polishnya pula masih 70%....belum 100%.....