DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, July 11, 2013

Cincin Pendekar Gempur dan Bahannya...

 Sebahagian dari bahan mentah..sebahagiannya lagi tidak dipaparkan..
 yang telah siap diolahkan..
 Bersaiz 15 1/2....


Mungkin beberapa sahabat bertanya...kenapa bahan yang selebihnya tidak dipaparkan...ini kerana dikhuatiri akan mengelirukan mereka-mereka yang masih berpegang kepada unsur-unsur mistik sehinggakan boleh menjadi penyebab kepada Akidah yang menyeleweng oleh kerana tiada pengetahuan. Asas utama bagi peminat-peminat kayu,batu,besi dan berbagai lagi perlulah mengetahui dan memahami Ilmu Tauhid Serta amalan Syariat Islam yang tegar serta bersandarkan kepada Sunnah wal'jamaah.

Telah pengasas terangkan sebelum ini akan perihal sifat besi yang mempengaruhi aliran zat besi didalam darah tubuh manusia, perlu diketahui juga, bahawa jenis-jenis darah yang berbeza juga akan bertindak balas dengan jenis-jenis logam yang berlainan sifatnya...Fadhilat sesuatu benda adalah merujuk kepada Asal Sifat kejadiannya...jangan main tembak atau sekadar menjual cerita...tatkala, suatu ketika, ianya akan dipersoalkan pula.