DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, June 27, 2013

Blog Rahsia Alam.."SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK'

 Mini Drill untuk Butiran biji tasbih
 Drill untuk penyambung Tongkat...
Drill untuk Kerja 'Milling'...

Alhamdulillah, dengan Rahmat Kurnia Allah...dapat juga berbakti kepada masyarakat..bukan sekadar menjual barangan...tetapi, apa jua pengetahuan mengenai sesuatu yang selama ini dipandang sebagai barang mistik, ajaib dan ghaib, serba sedikit dapat dirungkaikan melalui pendekatan ilmu akal pemikiran dan relatif manfaatnya buat manusia. Insya'Allah, pengasas akan terus berusaha dengan Kurnia Allah, sehinggalah tiba masa yang telah ditentukan olehNya. Apa jua yang diusahakan oleh Pengasas, ianya juga adalah daripada para sahabat semua yang selama ini telah membantu...Terima Kasih para Sahabat sekalian..Yang dipaparkan adalah sebahagian dari Sumbangan Anda Semua kepada pengasas...Alhamdulillah...Terima Kasih Sekali Lagi...'SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK'

Akar Bahar..


Akar bahar..ada jenis putih dan hitam...fadilatnya pula untuk urat-urat, penawar racun dan bahan perhiasan...ada juga jenis-jenis akar bahar yang melewati batasan harga yang melangkau ribuan ringgit kerana kecantikkannya...macam-macam.

Rotan Bercabang dan Larak Salah

 Rotan Bercabang
 Akar larak salah (Akar Junjung ke langit)
Salah satu dari koleksi pengasas yang telah lama disimpan...Insya'Allah, akan diolahkan menjadi butiran tasbih gabungan dengan rotan bercabang atas tempahan beberapa sahabat...InsyaAllah...sabar menanti...heheheh

Tempahan Tasbih Gabungan.."Dalam Proses Pembuatan

 Gemunggal Merah
 Kemuning Hitam
Teras Kelor..

9-10mm, gabungan teras tempahan sahabat dari Papua...Masih didalam proses pembuatan.

Bahan Kayu Teras untuk pembuatan Tasbih...







Teras Kelor, Gemunggal Merah, Kemuning Hitam, Penawar Hitam dan berbagai lagi jenis teras kayu pilihan uantuk tempahan utas biji tasbih..Hubungi 019-3387074 jika berhajat.

Pilihan Batu dan Kayu...

 Batu kristal mineral yang muda..berkulit-kulit...tak kena gaya mencanai, jawabnya pecah...kena gayanya...Batu Zamrud dia kata...walhal...
Kayu Madang Sisik, Sakang Seribu dan..ahhh...aku dah lupa dah...nak kena tulis nih...tetapi..ini adalah beberapa jenis kayu yang tersohor di Kalimantan-Borneo....apa nama kayu ni arrr..ishhh..antara kayu dan batu, yang lebih cepat serap serta menyerap adalah dari jenis Kayu...manakala batu pula kebanyakkannya untuk penyeri jika diolahkan menjadi perhiasan.

Pancing- Memancing...


Iklan...Iklan...Iklan....Abu 501 "Vintage" untuk Sport Fishing-Catch and Release

Cincin Silver Nikel..

 Cincin Silver Nikel..saiz 20 dan 21 tempahan sahabat.
 Marjan Raw..
Diamond Disk Cutter

Nak memotongnya...adusss...kekadang tu lembut..ok ler..tetapi, adakalanya keras bukan main lagi...

Cincin Perak Marjan Biru..Tempahan Sahabat






Tempahan Sahabat...dah antor dah yeop....Alhamdulillah.

Gemunggal Bukit..


 Slice potongan dari jenis gemunggal bukit tempahan sahabat...
Bahagian lebihan kayu teras yang diolahkan menjadi minyak urutan dan air rebus mandian untuk penyakit...boleh juga digunakan untuk merawat penyakit demam campak.

Kayu dan Teras Cenuai..serta Penunduk

 Kayu Cenuai Gunung dalam potongan 'Slice' Tempahan sahabat
 Penunduk Merah
Teras Cenuai Merah...

Contoh untuk pembuatan gabungan biji tasbih...Untuk Perhatian Sahabat.

Minyak Teras Kelor...Galih Kelor




Tempahan Sahabat..Kuantiti yang terhad..

Teras Kemuning Hitam

 Keratan Teras Kemuning Hitam..
 Tongkol pokok kemuning yang memiliki teras...alahai..ciputnya..

Kemuning, sinonimnya amat terkenal dengan warisan dunia perkerisan melayu, selain daripada fadhilatnya yang dikatakan sebagai penawar kepada racun, santau dan berbagai lagi jika hendak diuraikan. tetapi..pernahkah kita terfikir, apakah penyebabnya yang dikatakan sedemikian akan fadhilatnya. mengapa kayu teras yang berwarna kehitaman apabila direndam didalam air panas, ianya akan mengeluarkan warna kekuningan..jikalau, habuk teras direndam melebihi nisbahnya, air tersebut seolah warna kehijauan..pernah kah kita mahu mengkaji.."Apakah Kandungan material didalam Teras Kemuning Hitam"...wahhhh...ada manyak woo....

Minyak Teras Kelor yang telah Mengeras...





Teras Kelor...bahagian yang amat jarang diperlihatkan kepada peminat-peminatnya adalah bahagian minyak yang telah mengeras didalam teras. Ini adalah minyak yang disimpan oleh orang-orang dulu jika menjumpainya untuk digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan harian...sebagai contoh yang diolahkan kepada...ubat kepada badan panas, minyak urutan, ubat luka, menawarkan bisa-bisa. tersampuk dengan entiti-entiti negatif dan berbagai lagi. Pernah pengasas menceritakan perihal fakta mengenainya yang amat releven dengan apa yang dikatakan " Teras Ampuh Asid"..bahan ini, ketika telah menjadi keras, jika dibakar ianya tidak akan mencair dan sebaliknya pula jika direndam didalam 'Air'..ianya akan melarut..tetapi jika air mula menyejat, minyaknya akan kembali mengeras. disebabkan sifatnya yang menyerap kepanasan, teras yang padat dengan minyaknya, jika didedahkan dengan haba tubuh manusia, ianya akan bertindak balas dengan tubuh badan lalu akan terjadi "apa yang dikatakan"  partikal-partikal molekul dari minyak teras yang bergeser sesama, dari tindak balas haba tubuh, maka radiasinya akan melitupi kulit tubuh lalu, bertindak balas sebagaimana minyak teras apabila dibakar tidak mencair dan menyerap kepanasan atau kesan "melarut hakis"..ada juga pendapat yang mengatakannya "Mengarut Habis"..wallahu.

Batu Dan Manusia



Batu..... menceritakan akan perihalnya..Sifat batu adalah keras, tidak berkata-kata, tidak bergerak tanpa digerakkan, adakalanya sejuk dan sebaliknya...tetapi apakah kaitannya dengan manusia..Di Dunia maupun di dunia yang sebaliknya dalam pemahaman. Ada yang memuja-muja batu ketika hidupnya..tatkala hari yang ditentukan buatnya tiba, ianya bersama-sama menjadi bahan bakar bagi kepada yang memujanya. Relativitinya pula buat manusia didalam kehidupan sebenarnya adalah untuk mencukupi kitaran atau pusingan bagi memperlihatkan akan Ke-Esa-an Nya, Jangan disangka batu dijalanan tiada kegunaannya dan jangan pula disangka batu yang berkilauan memiliki nilai yang mampu menjadikan manusia itu hidup didalam kekafiran yang nyata...pasti yang dijadikan itu adalah untuk kegunaan manusia didunia semata...bagaimana pula???..fikir ler.....

Friday, June 21, 2013

Cincin Perak Tatahan Permata Pendekar Gempur..




Gabungan pilihan.....Nak cerita bab mistik mengenainya..tak pandai...nak cerita bab nyata mengenainya..nanti orang kata nak "Promote Barang"..Kalau nak bercerita mengenai relativiti..orang kata pula "Mana Bukti"...beginilah..

Tahukah anda, asal besi adalah dari Langit...dan besi yang didatangkan pula, ada kebaikannya buat manusia...bagaimana?. Besi memiliki polariti positif dan negatif dan ianya bertindak balas dengan Ion Besi yang mengalir didalam "Darah" tubuh badan manusia yang digelar sebagai Kersani ataupun Zat Besi. Ion besi didalam Darah pula memiliki Polariti positif dan negatif. dimana ada kalanya aliran ion tersebut tidak seimbang dan untuk mengimbanginya pula?...tahukah anda, mengapakah "Gelang Magnet Dymium" laris dijual dan terbukti kesan tindak-balasnya dengan tubuh badan....TETAPI...tahukah anda, jika olahan besi magnet Gelang tersebut melebihi dari kiraan yang sepatutnya di-RANGSANG pada darah...apakah yang akan terjadi???..Tahukah Anda, Bumi memiliki tarikkan Graviti?..Kiraan Graviti bumi adalah +/- 430Mg...dan tarikkan magnet Dymium melebihi dari +/- 5000mg +++++...jika kesan Lapangan Elektro Magnetik yang berlebihan, ianya akan menggangu corak aliran Darah didalam tubuh badan dan kesannya adalah, mual, pening dan rasa nak muntah pada pemakainya serta memungkinkan tekanan darah menjadi tidak keruan...mengapakah,

Jika kiraan Lapangan EMF@ Electro Magnetic Field yang bersesuaian dengan tubuh badan dapat dirangsang dengan betul, ianya mampu mengekang ketidakstabilan aliran Ion Besi didalam Darah dan dengan kiraan lapangan EMF yang bersesuaian pada tubuh badan tersebut, apa yang dikatakan Sistem Ketahanan atau Imuniti tubuh badan pada skala yang tertentu akan dapat diimbangi..kesannya pula..susah nak kena penyakit, kulit lebih kenyal, tenaga tubuh badan pula sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia...dan minda lebih merasa relax disebabkan aliran darah yang mengalir seimbang ke seluruh saluran tubuh badan...walaupun saya tidak diiktiraf oleh mana-mana jabatan ataupun universiti...tetapi, mari kita cuba merenungi akan FAKTA SAINS melalui logik Akal Pemikiran...mana saya dapat buah pemikiran ini...Bacalah Al-Quran....Insya'Allah....ada ilmuNya..