DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, April 2, 2013

Mongolian Tabasheer...



Kalau disini digelar Batu Buluh, Batu Tok Wali atau Tabasheer.."Mengikut cerita la"..Sewaktu Genghis Khan mahu menakluki Negeri China, Bala Tenteranya membuat Susuk Pertahanan yang ditanam didalam badan dari jenis Batu Tabasheer...tetapi, depa bukanlah pakai Batu Tok Wali yang ada kat sini, Mengikut cerita lagendanya, Tentera Genghis Khan ampuh terhadap senjata tentera cina pada waktu tersebut. Tetapi, tak tau lah macam maner yang terjadi, salah seorang dari tentera Genghis Khan telah disebat dengan Penyapu Buluh oleh seorang Apek Cina yang pada ketika itu yang sedang menyapu lelaman rumahnya yang terkejut dan melatah akibat disergah oleh tentera yang disebut. Apa lagi...apek tersebut telah menghempuk tentera itu dengan batang penyapunya, sambil berkata.."Aiyaaa, apa pasai lu mikin wa tukujut"...tengok..lu kena hantam dengan wa punya penyapu....mati  la tentera tu dengan apek tua yang terkejut melatah hanya dengan batang buluh...hehehe.

Moral ceritanya...Bab Batu Tabasheer yang diperkatakan diguna pakai oleh Tentera Genghis Khan memang Benar dan sekuat-kuatnya tentera tersebut dengan Pemakaian Susuk dari Batu Tabasheer, ianya amat lemah-longlai apabila dikenakan dengan Buluh..Batu Tabasheer kebiasaannya dijumpai berhampiran dengan Pokok Rumpun Buluh..tetapi bukan lah buluh yang ditanam yang berhampiran dengan Batu. Biasanya pokok buluh yang liar didalam kawasan hutan yang berbatu...dan batu tersebut mengandungi unsur Besi...Batu Mongolian Tabasheer ini diperolehi di Utara Negeri China yang bersempadan dengan Negara Mongolia...Hanya Terhad kepada Tiga Butir Sahaja. Batu ini bertindak Balas dengan Besi Magnet...ini bermakna, ianya mengandungi bahan Heavy Metal,Slow Metal,Heavy Metal Rock, Metallica dan Rock Balada serta bahan yang "Tak Tahu"...Batu ini bertindak balas dengan Tubuh Badan Manusia...tetapi tidak bertindak balas dengan Jinn...hehehe.