DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, March 17, 2013

Tempahan Tasbih..Tasbih dan Nilai RMnya



Pasti ramai para sahabat Blog Rahsia Alam tertanya-tanya, kemanakah pengasas menyepi kebelakangan ini tanpa paparan yang terbaru. Wahai para sahabat sekelian, sesungguhnya, pengasas sibuk bercelaru memikirkan tentang, bagaimanakah caranya untuk pengasas membuat olahan biji tasbih dengan cara mudah, cepat, tiada pembaziran kayu, dan...berbagai lagi. Apabila ada cara pembuatan yang mudah dan cepat, maka nilai harga tasbih buatan tangan akan menjadi lebih murah dan ramai para sahabat pengasas yang diluar sana menginginkan Tasbih Kayu Teras untuk Tasbih kegunaan Peribadi. Tasbih buatan tangan amat mahal pada pendapat segelintirnya, sedangkan nilai Tasbih Buatan Tangan yang diolahkan di Turki mencecah Nilai USD2,500 bagi seutas tasbih 100 butir yang disulamkan dengan hanya sedikit lapisan Perak pada butiran kayu tasbih tersebut. Jika dinilai pula dengan Nilai Ringgit..usd2,500 x 3 = mak aiii....Rm6-7k..setakat yang kita ini, sebagai pembuat tasbih negara kita yang menggunakan teras-teras kayu yang berkualiti apabila dijual dengan nilai rm300...dah meleleh air mata. Sebenarnya, orang-orang kita apabila membuat dan menjual tasbih, orang-orang kita akan mempunyai rasa yang serba-salah kerana, disatu sudut Hatinya berbuat kerana lillahi, di satu sudut lagi..pertamanya, Kayu teras mahal, cara pembuatannya pula susah, Anak bini nak makan juga, sedangkan kebanyakkan para pembuat tasbih, punca pendapatan mereka hanyalah berpunca dari pembuatan tasbih yang diolahkannya. Upah pembuatan bagi butiran biji tasbih dimana Kayu atau Teras yang dibawa sendiri oleh penempahnya adalah dari Rm2 - Rm5 sebutir dan jika kayu atau teras yang diguna-pakai dari pembuat tersebut kebiasaannya tidak dikira secara butiran, ianya dikira dalam se-utas.

Harga bagi tasbih teras pula tertakluk kepada jenis kayu terasnya, lingkungan harga pasaran dari Rm150-Rm..ribu-ribu...ribu-ribu...kalau kat Indonesia, Harganya mencecah juta-juta...juta-juta...Wahai para sahabat sekelian, tidakkah anda mengetahui bahawasanya, Kayu Teras dari Negara Kita di-Gilai oleh orang-orang luar yang menobatkan Kayu Teras dari Negara Kita adalah dari jenis Spesis Teras Kayu Purba yang memiliki Fadilatnya yang tersendiri serta terbukti dan pada mereka Kayu Serta Teras dari Hutan Negara Kita di Gelar (The Exotic Sacred HeartWood)...kenapa kita perlu menjualnya dengan harga yang terlalu murah dan tidak pula terlalu Mahal. Tidakkah kita perlu memikirkan bahawasanya orang-orang Asli Negara kita juga perlu makan dan pakaian serta tempat tinggal yang selesa. Mereka inilah yang bersusah payah mendapatkan Kayu Teras yang amat payah diperolehi...Kayu Teras yang dimaksudkan bukanlah dari jenis-jenis kayu yang didalam senarai Jabatan Perhutanan Negara. Itu Kayu Balak yang di Komersialkan. Kayu Teras yang dimaksudkan adalah jenis-jenis kayu teras yang memiliki Fadilat dan ilmu pengetahuannya pula dipelopori dan dituruni kepada generasi kini oleh orang-orang tua dahulu-kala..cuma ilmu tersebut telah terputus dan pupus kerana orang-orang kita sendiri melupai dan mengilai kayu dari Negara Luar yang selayaknya menjadi sarapan pagi si sang anai-anai.