DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, March 22, 2013

Tempahan Tasbih dan Pelbagai..



Salam Sejahtera para sahabat semua yang dirahmati dan dikasihi Allah.

Terima Kasih kepada para sahabat yang sabar menanti akan olahan pembuatan Tasbih yang ditempah. Maklumlah para sahabat semua, Tasbih yang ditempah diolahkan dengan Tangan dan dimudahkan dengan bantuan Mesin Pelarik..Mesin Pelarik ni hanyalah memutarkan kayu terasnya sahaja selebihnya pula, tangan-tangan yang digerakkan oleh Allah sahaja yang menjadikannya bulat, leper, melonjong dan berbagai lagi. Kayu dan Terasnya pula amat keras sehinggakan Mata Pelarik pun cepat Tumpul. 5-10 butir yang dilarik, dah nak kena asah, besi yang melarik perlu sentiasa tajam.. proses untuk melarik 10 butir biji tasbih sehingga siap (dari memotong, melarik dan siap tebuk lubang) kekadang tu memakan masa hampir 30-45minit..melainkan jika persediaan awal dibuat terlebih dahulu.

InsyaAllah, buat para sahabat yang masih menunggu giliran tempahan, "Sabar Itu adalah Sepenuhnya Iman"..(Kalau nak jadi tu sekejap ajer)...hehehe...dan ada juga sesetengahnya telah diposkan kepada para penempahnya. kebiasaan hari mengepos adalah hari ( Isnin/Selasa dan Rabu)..pada hari Khamis dan Jumaat, barangan tidak akan diposkan dan dibawa kepada minggu yang berikut...Dan apa jua perubahan jadual pembuatan, pengasas akan menghubungi para sahabat yang menempah barangan untuk sebarang Maklumat...Alhamdulillah, Terima Kasih kepada Para Sahabat Sekelian..Tanpa Anda, Siapalah Saya...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..