DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, March 6, 2013

Kemian..dan jenisnya..


Sebahagian dari jenis kemian yang berwarna hitam.

Asal bakar kemian ajer, orang akan ingat yang membakarnya sedang melakukan ritual sesuatu dan sebagainya didalam pemikiran sesetengah orang. Tetapi tahukah apa fadilat kemian?..asal kejadian kemian adalah dari damar, getah atau minyak jenis-jenis pokok yang mengeluarkannya akibat dari kesan geseran pada kulit pokok dan yang patah sebahagian dari bahagian ranting atau pangkalnya. Getah yang keluar akan mengeras akibat dari kesan cuaca sekelilingnya dan apabila getah yang mengeras tadi dibakar, lalu ianya akan mengeluarkan bauan samaada wangi ataupun busuk (tertakluk pada jenis pokok). Warna Kemian juga tertakluk pada jenis getah yang dikeluarkan. ada yang putih, kuning, merah dan hitam.

Pada zaman dahulu, damar atau kemian diolahkan menjadi bahan antiseptik sebagaimana getah resin yang terdapat pada pokok gaharu yang memiliki fadilat tersebut selain dari berbau wangi. Apabila asap dari kemian yang mengandungi bahan-bahan antiseptik, ianya membunuh kuman-kuman didalam udara dan didalam asap kemian juga terdapat ion-ion positif..selain dibakar untuk mewangikan ruangan rumah, ianya juga membantu untuk menghalau nyamuk dan juga menolak ion-ion negatif disekelilingnya...cuma membakar kemian ni bukannya budaya orang-orang melayu...