DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, March 22, 2013

Tempahan Tasbih dan Pelbagai..



Salam Sejahtera para sahabat semua yang dirahmati dan dikasihi Allah.

Terima Kasih kepada para sahabat yang sabar menanti akan olahan pembuatan Tasbih yang ditempah. Maklumlah para sahabat semua, Tasbih yang ditempah diolahkan dengan Tangan dan dimudahkan dengan bantuan Mesin Pelarik..Mesin Pelarik ni hanyalah memutarkan kayu terasnya sahaja selebihnya pula, tangan-tangan yang digerakkan oleh Allah sahaja yang menjadikannya bulat, leper, melonjong dan berbagai lagi. Kayu dan Terasnya pula amat keras sehinggakan Mata Pelarik pun cepat Tumpul. 5-10 butir yang dilarik, dah nak kena asah, besi yang melarik perlu sentiasa tajam.. proses untuk melarik 10 butir biji tasbih sehingga siap (dari memotong, melarik dan siap tebuk lubang) kekadang tu memakan masa hampir 30-45minit..melainkan jika persediaan awal dibuat terlebih dahulu.

InsyaAllah, buat para sahabat yang masih menunggu giliran tempahan, "Sabar Itu adalah Sepenuhnya Iman"..(Kalau nak jadi tu sekejap ajer)...hehehe...dan ada juga sesetengahnya telah diposkan kepada para penempahnya. kebiasaan hari mengepos adalah hari ( Isnin/Selasa dan Rabu)..pada hari Khamis dan Jumaat, barangan tidak akan diposkan dan dibawa kepada minggu yang berikut...Dan apa jua perubahan jadual pembuatan, pengasas akan menghubungi para sahabat yang menempah barangan untuk sebarang Maklumat...Alhamdulillah, Terima Kasih kepada Para Sahabat Sekelian..Tanpa Anda, Siapalah Saya...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Tasbih Ilham 11 Jenis Teras dan Kayu..




Tasbih Ilham...Buat Seorang Sahabat Istimewa..Tasbih Tempahan Seorang Hamba Allah...Inilah yang di-ilhamkan oleh Allah kepada pengasas dengan Gerak-Nya..

Setiap 11 Butiran terbahagi kepada 9 Jenis Kayu dan Teras.

1). Teras Kelor Pusaka
2). Teras Gemunggal Merah
3). Teras Kemuning Emas
4). Teras Kemuning Hitam
5). Teras Kemuning Kuning
6). Teras Setanah
7). Raja Kayu Putih
8). Teras Berlian Bukit
9). Teras Perah
(10). Imam dan Pembahagi Tasbih - Teras Penawar Hitam (Koleksi Pengasas)
(11). Pembahagi Antara Imam Tasbih dengan Butiran Biji Tasbih-Teras Asam Jawa.

Tahi Besi...




Banyak Kegunaannya jika mengikut Petua orang lama-lama...

Gelang Tasbih Teras Kelor Pusaka..



Tempahan Sahabat....

Tasbih Teras Kelor 33 Bujur@Jantan..




Tasbih Bujur@Jantan dari jenis Teras Kelor Pusaka...yang ni Extra Made...masih belum berpunya.

Tasbih Teras Kelor 33..Bulat@Betina



Tasbih 33 Butir@Bulat, tempahan seorang sahabat dari jenis Teras Kelor Pusaka.

Tasbih 44



Tasbih 44 Butir...Extra Made...Masih Belum berpunya..diolahkan atas "Mintak Simpang Dek Malaikat 44"..ayat orang dulu-dulu..sekarang ni dah bukan simpang lagi dah...Bersimpang Siur...

Gelang 18 jenis kayu dan teras...


Tempahan seorang Sahabat...24cm ukuran pergelangan..tetapi diukur 25cm..takut tak muat ajer.

1).Raja Kayu Putih
2).Raja Kayu Merah
3).Raja Kayu Hitam
4).Penunduk Merah
5).Tas Pontianak
6).Teras Setanah
7).Teras Sedarah
8).Larak Salah
9).IBor Tunggal
10).Teras Beluru
11).Teras Menang@Laka
12).Teras Kelor
13).Teras Gemunggal Merah
14).Teras Berlian Bukit
15).Teras Damar Minyak
16).Teras Cendana
17).Teras Keluat Merah
18).Teras Kemuning Hitam

Tasbih 11...




Tempahan Sahabat...11 butir, 2 utas.....senang nak bawak kemana-mana..bertasbih tidak mengira tempat..asal mudah.

Tubuh Kecil....Hati Besar...





Yang dimaksudkan adalah saiz Motor yang kecil, tetapi memiliki tenaga nisbah yang begitu besar...5 H/P@6000 Rpm...tetapi yang lecehnya nak kena pakai Power Inverter Single Phase ke Three Phase@220v....nak pasangnya kat mana pun belum tau lagi...pasang kat mesin larik ni, mau terbang kayu ke muka....

Modify Lagi....


Nak beli mesin Milling mahal...nak pakai kerjanya halus sangat, beli yang besar tak boleh buat kerja la pulak...jadinya....bukan tikus baiki labu...tetapi, labu diubah suai menjadi tembikai hehehehe...

Sunday, March 17, 2013

Tempahan Tasbih..Tasbih dan Nilai RMnya



Pasti ramai para sahabat Blog Rahsia Alam tertanya-tanya, kemanakah pengasas menyepi kebelakangan ini tanpa paparan yang terbaru. Wahai para sahabat sekelian, sesungguhnya, pengasas sibuk bercelaru memikirkan tentang, bagaimanakah caranya untuk pengasas membuat olahan biji tasbih dengan cara mudah, cepat, tiada pembaziran kayu, dan...berbagai lagi. Apabila ada cara pembuatan yang mudah dan cepat, maka nilai harga tasbih buatan tangan akan menjadi lebih murah dan ramai para sahabat pengasas yang diluar sana menginginkan Tasbih Kayu Teras untuk Tasbih kegunaan Peribadi. Tasbih buatan tangan amat mahal pada pendapat segelintirnya, sedangkan nilai Tasbih Buatan Tangan yang diolahkan di Turki mencecah Nilai USD2,500 bagi seutas tasbih 100 butir yang disulamkan dengan hanya sedikit lapisan Perak pada butiran kayu tasbih tersebut. Jika dinilai pula dengan Nilai Ringgit..usd2,500 x 3 = mak aiii....Rm6-7k..setakat yang kita ini, sebagai pembuat tasbih negara kita yang menggunakan teras-teras kayu yang berkualiti apabila dijual dengan nilai rm300...dah meleleh air mata. Sebenarnya, orang-orang kita apabila membuat dan menjual tasbih, orang-orang kita akan mempunyai rasa yang serba-salah kerana, disatu sudut Hatinya berbuat kerana lillahi, di satu sudut lagi..pertamanya, Kayu teras mahal, cara pembuatannya pula susah, Anak bini nak makan juga, sedangkan kebanyakkan para pembuat tasbih, punca pendapatan mereka hanyalah berpunca dari pembuatan tasbih yang diolahkannya. Upah pembuatan bagi butiran biji tasbih dimana Kayu atau Teras yang dibawa sendiri oleh penempahnya adalah dari Rm2 - Rm5 sebutir dan jika kayu atau teras yang diguna-pakai dari pembuat tersebut kebiasaannya tidak dikira secara butiran, ianya dikira dalam se-utas.

Harga bagi tasbih teras pula tertakluk kepada jenis kayu terasnya, lingkungan harga pasaran dari Rm150-Rm..ribu-ribu...ribu-ribu...kalau kat Indonesia, Harganya mencecah juta-juta...juta-juta...Wahai para sahabat sekelian, tidakkah anda mengetahui bahawasanya, Kayu Teras dari Negara Kita di-Gilai oleh orang-orang luar yang menobatkan Kayu Teras dari Negara Kita adalah dari jenis Spesis Teras Kayu Purba yang memiliki Fadilatnya yang tersendiri serta terbukti dan pada mereka Kayu Serta Teras dari Hutan Negara Kita di Gelar (The Exotic Sacred HeartWood)...kenapa kita perlu menjualnya dengan harga yang terlalu murah dan tidak pula terlalu Mahal. Tidakkah kita perlu memikirkan bahawasanya orang-orang Asli Negara kita juga perlu makan dan pakaian serta tempat tinggal yang selesa. Mereka inilah yang bersusah payah mendapatkan Kayu Teras yang amat payah diperolehi...Kayu Teras yang dimaksudkan bukanlah dari jenis-jenis kayu yang didalam senarai Jabatan Perhutanan Negara. Itu Kayu Balak yang di Komersialkan. Kayu Teras yang dimaksudkan adalah jenis-jenis kayu teras yang memiliki Fadilat dan ilmu pengetahuannya pula dipelopori dan dituruni kepada generasi kini oleh orang-orang tua dahulu-kala..cuma ilmu tersebut telah terputus dan pupus kerana orang-orang kita sendiri melupai dan mengilai kayu dari Negara Luar yang selayaknya menjadi sarapan pagi si sang anai-anai.

Tasbih dan Kerja-Kerjanya.

 Baru ditebuk lubangnya...terbakor drill bit yeob.
 tempahan dari sahabat-sahabat...tasbih-zikir-zikir-zikir...baru nak fikir...
 Press drill ni pun dah mintak nyawa...motor 1HP tak jalan sebab kayu keras...
 Besi dah tak jalan dah...pakai kayu buat pelapik besi...baru kurang friction..
 Modified sendiri pakai bearing guide...blok pakai kayu jer...biasanya aluminium.
 Mata Bandsaw ni khas untuk potong besi (Bi-Metal Blade)..tapi pakat tumpul bila kerat kayu teras...dah tak tau nak pakai blade apa lagi...pakai blade helikopter ok kot????
 Mesin Lathe Pengasas yang paling kecil..(Baby Lathe)..ingatkan nak beli lagi sebijik...bila tanya harganya yang terbaru...kena padamkan keinginan...maheinya...dulu apsaei murahhh..
 Kalau dulu pengasas mulakan dengan Kipas Meja jer buat Tasbih..la ni Allah memudahkan perjalanan pengasas, Allah gantikan dari Plastik kepada Besi...Allah...malunya akuuuuu...Nikmat yang mana lagi nak aku dustakan....
Tengok ajer la...manyak bz wooo...Apabila Allah memberi Kurnia RahmatNya kepada kita...apakah pula yang Kita Kembalikan kepada Masyarakat untuk kebaikan diri kita sendiri bagi memudahkan kita Kembali kepadaNya kelak.????.

Raja Kayu Merah dan Hitam...Lambang Kepahlawanan..




Bila dikaitkan dengan lambang...ada juga yang berkisar tentang Logo. tetapi lambang yang dimaksudkan adalah dari sudut warna. Merah dan Hitam..kebiasaannya dikaitkan dengan warna pakaian Pahlawan Melayu zaman dahulu. Kalau Kuning..lambang kewibawaan kepimpinan..yang tu Raja ajer...tetapi, tidak semestinya warna kuning hanya layak dipakai oleh orang-orang yang bertaraf bangsawan, la ni angkasawan pun boleh pakai warna kuning, sekali sekala kekadang tu belambak-lambak orang pakai baju warna kuning pada hari Ahad yang bertempiaran lari kerana dihambat oleh orang-orang yang berpakaian warna merah dan hitam. Tak tau la....apa dah jadi dengan warna Kuning, Merah dan Hitam...la ni dah ada warna Biru gelap bro...Teras kayu yang dipaparkan adalah dari spesis Raja Kayu Merah (Bukan damar Minyak) dan Raja Kayu Hitam.

Batu Besi Petir...




Tempahan seorang sahabat....gambar blur sedikit kerana Radiasi Magnetik oleh kandungan bahan.

Tasbih 11...


Sendiri Pakai....dari jenis teras kelor pusaka...jika para sahabat berminat jenis tasbih yang seakan yang dipaparkan...hubungi pengasas...

Tasbih Gelang..Teras Kelor Pusaka...Tempahan





17 Butir keseluruhan....Tempahan sahabat...spesis Teras Kelor Pusaka.

Barang Member Alam Sebelah...


Barang alam sebelah..kerana, dipakai sebelah-menyebelah dijari....hehehe....Milik seorang sahabat disabah, katanya nak ke lahat datu...bukan nak berperang, hanya kerana untuk melihat serta bermuhasabah bahawa dirinya begitu beruntung sekali kerana tempat beliau tinggal begitu aman sentosa dan tidak sebagaimana yang berlaku di Lahat Datu....Hatinya sentiasa bersyukur sambil melafazkan...Alhamdulillah.

Friday, March 8, 2013

Tasbih 11....



Apabila saya ditunjukkan contoh Tasbih 11 dari jenis Teras Kemuning Hitam oleh seorang Sahabat, saya amat meminati akan saiz bentuknya yang begitu simple dan cantik. Beliau juga menyatakan bahawa Tasbih tersebut adalah dari seseorang yang amat beliau hormati sedari beliau masih remaja lagi. Beliau pernah menceritakan kepada pengasas...Kata Beliau "Sahabat, saya tengok dia dari masa saya kecik-kecik dulu, sampai la sekarang ni, yang saya ni pun dah mula beruban ni, beliau dari dulu sampai la ni, macam tu jugak...tak tau la apa Rahsianya"...Maksud beliau...nombor umur yang meningkat...tapi jasadnya macam tu jugak...Rahsianya kata beliau....Perbuatan yang menjadi amalan harian adalah asasnya...dan pada masa kini..."apakah asas amalan" kita yang dijadikan sebagai amal perbuatan harian untuk bekalan dihari perhitungan?...marilah kita mengamalkan amal yang soleh...macam mana nak jadi Soleh...kena tanya Pak Salleh kut..tak pun Kat Mat Saleh yang Kainnya terlondeh..heh..heh...heh.