DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, February 7, 2013

Larak Salah...



Dah lama pengasas tidak memaparkan isu Larak Salah. Pokok Larak ni ada beberapa jenis dan jenis yang dihebahkan serta yang dicari-cari adalah dari jenis Tabie Salah.  Larak yang dikatakan Salah adalah Sifat Azali pokok yang berunsurkan jenis Akar yang Melilit.

Pokok Larak jenis Akar melilit diperhatikan pada Tabie hidupnya, Kebiasaan lilitan akar pokok larak adalah melilit kearah kanan menurut arah pusingan Jam. Yang dikatakan Tabie yang Salah adalah lilitan Akarnya yang melilit kearah Berlawanan. Berdaun Terbalik atau Songsang, Akar yang menunjuk ke Langit Serta Pucuk yang menunduk atau mencucuk kearah bumi.

Yang dipercayai oleh sebilangannya mengenai perihal Larak Salah ni tentang Fadilatnya adalah...Pelimun, Pembias Balik dan Pelembut. Sifat Larak Salah yang sebenarnya adalah Sifat Menyorok dan Bersembunyi serta Membiaskan Pandangan..itu yang dikatakan sebagai Pelimun, Pembias Balik yang dikaitkan pula dengan sifatnya yang mematahkan arah tabie yang bertentangan dari yang azalinya. Manakala Sifat Pelembutnya pula dikaitkan dengan sifat lilitan yang melintuk longlai lembut melilit bahagian yang keras untuk kesinambungan hidupnya.

Sebenarnya berbagai maklumat tentang Larak Salah diperkatakan, bahkan pengasas mempunyai pendapat yang tersendiri mengenainya setelah pengasas membuat Uji-Kaji akan Sifatnya. Larak Salah juga diperkatakan memiliki Sifat yang berselindung atau sifat menyorok..mengikut petuanya pula, cara pemakaian Larak Salah adalah ianya perlu disorokkan dari Pandangan Umum...Wallahu.

Larak Salah ni sebenarnya memiliki Bau yang tersendiri dan apabila Manusia Memakainya pada tubuh badan, Bau Larak Salah ini akan bertindak Balas dengan Haba Badan, Bau dari Larak tersebut pula akan menyelubungi badan dan akan terpancar melaluinya, Apabila deria manusia yang terbau secara tidak langsung, ianya akan membuatkan manusia seolah acuh dan tidak acuh pada yang memakai larak kerana reaksi kimia dengan haba tubuh badan manusia. Bagaimana pula ianya dikatakan berinteraksi sesama...disinilah terletak ayat yang dikatakan "MISTIK" dan ianya adalah didalam Rangkuman Pengetahuan Allah..dan Hanya Allah yang menjalankan kerjanya...apabila ianya didalam rangkuman Allah, tiada persoalan mengenainya..ini kerana "Mistik itu adalah milik mutlak Allah" 'Allah adalah MISTIK"..kerana Mistik tiada penjelasannya...jika Mistik cuba diperjelas nyatakan..maka dimanakah duduk letaknya perkataaan "MAHA" "Tidak Serupa dan Menyerupai"..tidakkah ianya akan menjadi Fitnah yang melata jika sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dan ianya cuba diperjelas nyatakan...maka ianya akan berbaur...serta lebur lah ia...