DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, February 7, 2013

Asalnya....


Inilah titik permulaan, perjalanan dalam pembuatan...dari asalnya sebuah Kipas Angin Buruk dan sehingga kini sebagaimana yang dinikmati. Melihat kebelakang untuk maju terus kehadapan dan bukan menoleh kebelakang untuk kembali kepadanya.

Pernah seketika, pengasas ditertawakan sehingga yang mentertawakan kepada pengasas ketawa bergolek-golek gelak besar diatas lantai kerana kelakar apabila melihat pengasas mencanai Biji Tasbih dengannya. Pengasas pada ketika tersebut hanya tersenyum dan meneruskan olahan pembuatan dengan sepenuh hati. Bahkan pengasas tidak juga mengherdik kembali mengenai perkara yang ditertawakan. Tidak kurang juga ada beberapa sahabat yang menyokong akan usaha pengasas. Dan ada juga yang tersenyum sinis sambil menitiskan Air Mata kerana Dek Kesungguhan, lalu membantu pengasas bagi mendapatkan yang lebih baik. Kini, yang menitiskan Air-Mata kerana melihatkan akan kesungguhan, berbangga dengan "Allah" kerana apa yang diperlihatkan kepadanya serta beliau mengatakan "Allah, benarlah apa yang diWahyukan didalam Al-Quran"...Usaha yang berkesungguhan sepenuh Hati serta Iringan Doa...akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Apabila pengasas merenungkan kembali detik serta saat tersebut, Betapa Malunya...semalu-malunya...dengan "Allah" dek kerana Kemurahannya, Penyayangnya, Mudahnya, dan berbagai-bagai lagi yang tiada ayat serta suara bagi menyatakannya. Pada renungan pengasas, Setelah apa yang dikurniakan kepada pengasas dan apa pula yang dipulangkan oleh pengasas kepadaNya???..adakah cukup?...dan apabila direnung-renungkan sampai naik termenung..MasyaAllah, Sesungguhnya amat sedikitnya aku mensyukuri RahmatMu..Allahu....huhuhuhuhu...Ya Allah, jadikanlah aku orang-orang yang mengembalikan AmanahMu. Cukupkan aku dengan Mu...Maka, Cukuplah, hanya Engkau bagi ku..Allahu''Rabb ku...