DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, February 27, 2013

Jebat dan Tuah..

 Batu Kecubung Ikatan Jebat
 Antara Kecubung dan Delima..
 Antara Tuah dan Jebat

Tuah dan Jebat...ceritera Zaman Kegemilangan Melayu Melaka...yang dipaparkan bukanlah sebagaimana yang diceritakan dalam lipatan sejarah pada suatu ketika dulu..Ini adalah Cincin Ikatan yang dinamakan oleh Manusia. Jikalau dalam Cerita Filem, Jebat dan Tuah dikatakan bertarung bertikaman Keris sesama sendiri kerana, Jebat dikatakan "Menegakkan Kebenaran" dan Tuah pula kerana 'Taat Kesetiaan'..Kedua-duanya pun salah dan kedua-duanya betul...Yang menegakkan kebenaran mati terbunuh manakala Menegakkan Kesetiaan kepada Makhluk yang bernama Manusia pula diangkat Darjatnya..Sinonimnya pada Zaman kini, Menegakkan Kepalsuan dikatakan 'Adalah Benar' dan dipercayai, manakala Menegakkan Ketaatan serta Kesetiaan pada "Pencipta" yang dah gerentinya "Benar yang diatas Kebenaran" difitnah dan dibunuh serta berbagai lagi. Cincin yang dipahat cantik serta dinamai dengan nama Tuah dan Jebat  yang dipaparkan tidak pula sedemikian, ianya seolah berjabat jari pada pemakai yang menyarung cincin ini dan manfaatnya pula adalah kepada pembuatnya...dapat Duit.... dan yang berjabat tangan antara pembuat dan penempah yang menempahnya pula...Puas Hati..Penempah Menjadi Jebat ketika berdebat dengan si Tukang Cincin dan mereka berjabat tangan apabila Perdebatan mengenai Nilai Tempahan menjadi persetujuan bersama dan Bertuah lah pula jari yang memakainya....Berdebat, Berjabat dan Bertuah..begitulah Sinonimnya kesah "Jebat dan Tuah" pada "Zaman Kini"...tak kiralah dalam Jurusan dan Urusan apa jua...Renungkan.

Antara Buku Dan Kitab..Antara Kayu dan Teras..


Apakah pengertian dan pemahaman diantara Buku dan Kitab...Perumpamaannya pula sebagaimana beza antara Kayu dengan Teras...walhal ianya adalah pengertian perkara induk yang asas...sama ajer...cuma, kalau buku..bunyinya biasa-biasa...tetapi...kalau Kitab...pemahaman dan pengertiannya berbeza sedikit. Ini kerana isian kandungan isi dan inti cerita didalamnya. Sebagaimana perumpamaan antara Kayu dengan Teras...asas kepada teras adalah kayu...tetapi, bezanya pula adalah isian inti pati didalam teras tersebut tiada terkandung didalam Kayu..walaupun sama.

Bagaimana pula pengertian antara "Rahsia, Misteri dan Mistik"..Rahsia adalah pengetahuan yang tidak dikongsikan atas sebab yang munasabah, jika dikongsikan dengan orang-orang yang tidak munasabah...maka ianya akan menjadi Fitnah dan Musibah, Misteri pula adalah Pengetahuan yang tidak boleh dihebahkan atas sesuatu sebab yang dasarnya adalah Aib semata-mata, manakala Mistik pula adalah Pengetahuan yang tidak diketahui ataupun yang tidak diberi pengetahuan akan perinya...Secara Umum dan Amnya, "Setiap Kejadian yang nyata, PASTI ada penerangan yang teras serta nyata baginya" masakan ada ayat yang menyatakan "Tiada Sesuatu pun yang dijadikan dengan sia-sia"...sesuatu yang tidak sia-sia, sudah tentu ada penjelasan dan penerangan mengenainya..yang pastinya pula, ianya adalah dengan Ilmu pengetahuan yang meluas bagi menyatakannya. Masakan ada Ayat mengatakan.."IlmuNya amat Luas"...Pengertian "Yang Nyata" pula...landasannya adalah dengan Akal yang Terang...masakan ada pepatah.." Tidak Beriman bagi Barang sesiapa yang tidak menggunakan Akalnya untuk Berfikir"...masakan kita berkata bahawasanya kita Beriman sedangkan kita tidak menggunakan akal kita untuk berfikir?..bagaimana pula yang dikatakan " Tidak Beriman seseorang itu selagi ianya tidak Diuji"..ujian atau dugaan tidak didatangkan dengan tanpa sebab musababnya, dan apabila ianya melanda seseorang itu, perlulah ianya membuat penyelesaian bagi ujian tersebut dengan akal pemikirannya,  menerima seadanya, dan berazam untuk tidak melaluinya berulang kali dengan akalnya..bila dah berakal, berfikir dan berbuat..barulah Beriman...tetapi jika berfikir dan berbuat perkara-perkara yang batil serta tiada berlandaskan asas kebenaran...maka ianya beriman juga...tetapi Imannya adalah dengan Setan dan Syaitan...

Buku mengenai pengetahuan Teras dan Kayu yang dipaparkan adalah Tempahan Beberapa Sahabat Blog Rahsia Alam....

Asahan...


Asah mengasah...adalah untuk kecelikkan, ketajaman, pembentukkan dan berbagai lagi yang boleh dikaitkan dengan namanya. Jika Batu Mengasah Besi...Ilmu Pengetahuan pula diasah melalui Akal Pemikiran dan disertakan dengan Perbuatan...jika Ilmu Pengetahuan hanya diasah dan tidak dijadikan sebagai Perbuatan Amalan harian...maka akan tumpul jualah akan Ilmu tersebut...Tumpulnya Ilmu bukan sahaja jika tidak diasah dengan Perbuatan...ianya juga akan menjadi Tumpul yang Biul jika Ilmu yang diasahkan dan dijadikan Amal Perbuatannya adalah dari jenis Ilmu yang Batil...ada juga Ilmu Kebatilan yang berselindung didalam Kebenaran yang diselitkan untuk kepentingan...renungkan...jadi asah-asahkan Amal Perbuatan dari Ilmu Pengetahuan yang berlandaskan asas Kebenaran...Asas Kebenaran pula adalah dari Lipatan Al-Quran dan Juga Sunnah Perbuatan. Dan bukannya Al-Quran dan Sunnah yang dilipat Terbalikkan oleh yang bertopeng topangkan dengan Setan Berwajah Manusia. Syaitan pun lebih gerun dan amat takut dengan Setan ni. "Syaitan akan berlepas Tangan apabila Manusia itu lebih Dasyat perbuatannya dari apa yang dibisikkan kepadanya" dan "Syaitan juga akan Berlepas Tangan Jika Barang Sesiapa Yang Beriman Kepada "Nya"..jadi...asah...asahkan lah dengan asahan "Nya"

Teras Kayu Pilihan

 Gemunggal Dan Kelor
 Kelor Hutan
 Gemunggal Akar
 Kelor Akar
 Bukit...
Kelor Merah..Bukit

Kemuning Emas...



Kemuning Emas....."Lalu, Rasa Dulu,Dah lalu, Baru Tahu, Bila dah Lalu, Macam-Macam Jadi Tak Tahu Menahu, Kekadang tu Tak Mahu Ambil Tahu, Sebabnya...Bila Dah Tahu...lepas tu...Hu..Hu..Hu"....Tak Lalu, Tak Rasa, Macam mana nak kongsi cerita..cerita ajer ler...

Kelor Pusaka dan Gemunggal Merah..




Ikatan Steel saiz 17 dan 18 tempahan sahabat...

Gelang Teras Kelor 19...



Tempahan dari Sahabat Papua Biak Kota...Kelurahan Mandala.

Aked Yaman...dari Negeri Yaman

Batu Aked Yaman yang sememangnya datang dari Negeri Yaman..Baru-baru ini seorang sahabat pengasas baru pulang dari melakukan Ibadat Ziarah dan Umrah ditanah Suci...Beliau juga membawa ole-ole dari Negeri Yaman untuk Pengasas...Alhamdulillah...terima kasih sahabat..

Tongkat Teras Kelor dan Teras Akar Kemuning Emas..

 Ulu Tongkat dalam bentuk Asli...sambungan dari Iron Files...

Tempahan sahabat dari Singapura...

Tombol Tongkat...Damar Minyak..


Larikkan dari teras damar minyak...Raja Kayu atas Nama...bila dikaji dan mempelajari mengenainya...duduk atas nama jer la..."Aku menjadi kayu..bukan kerana nama" @ Aku menulis bukan kerana nama.

Lapis Lazuli...Afganistan..




Dalam Bentuk Asli..didatangkan dari Afganistan....

Jet Mini Lathe JML1014

 Jet Lathe yang baru Ditempah Sahabat..ari tu sebiji...ni lagi sebijik....

Miling Machine...banyak kegunaannya ni..tapi..rabak buku Bank..

Tuesday, February 19, 2013

Seni Air Tangan Sahabat...Teras Kemuning Emas dan H.S.S Blade

 H.S.S....High Strength Steel atau High Speed Steel...
 Seni tampak keseluruhan
 Ketebalan kertas dengan sekali hirisan.
 Semolek segenggam setangan...
 Setipis asahan sehiris kesan yang berkekalan.
Terputusnya yang dihiriskan  sebagaimana yang dipaparkan....

Seni Melayu tiada putus Ikatan, tiada perumpamaan sebagaimana yang diperlihatkan
Berkekalan seninya jika diperturunkan kepada generasi yang cekal akal fikiran
Talian Persahabatan, Jambatan Persaudaraan, tidak terputusnya walau setajam besi asahan menjadi belahan.
Jika asas Persahabatan, Persaudaraan dasarnya Ilmu Kembali ke-jalan Ketuhanan
Kerana  Keduniaan hanyalah Tunggangan....
Hakikat Besi..Tiada Belahan, Tiada Hirisan jika tidak diasah-asahkan..
Renungkan jika Akal dan Hati diasahkan dengan Ilmu Ketuhanan....

Buat Para sahabat yang bertanyakan tentang besi HSS dengan pengasas sebelum ini, telah pengasas sarankan agar membuat urusan secara Terus dan Telus kepada Cikgu Nasir ditalian 013-5292452..Mengenai Tempahan,Bahan asas serta design, berundinglah dengan beliau...InsyaAllah.

Tempahan Sahabat dari Biak Papua, Lurahan Mandala

 Teras Kelor Pusaka Lama dan Teras Gemunggal Merah
 Teras Kelor Pusaka Lama
Teras Gemunggal Merah...

5mm x 11mm x 15mm...InsyaAllah, Gelangnya menyusul kemudian..masih didalam proses pemotongan..

Monday, February 18, 2013

Tasbih 100...Saiz XXL...Tempahan Buatan Tangan..(Hand-Made Praying Wooden Beads)


 Tip to Tip...3 kaki
 Pembahagi dari jenis Kemuning Hitam
 Kepala Tasbih dari Akar Teras..Kepala Penutup Tasbih dari Raja Kayu Merah
Tasbih 100 Teras Kelor ini tempahan sahabat.

Gaharu...Bahan Asas Bukhoor@Bukhur



Bahagian Resin Gaharu bagi pembuatan Bukhur..Gaharu dikenali kerana aromanya dan ianya juga dijadikan sebagai Terapi bagi beberapa penyakit, Resinnya mengandungi enzim Penyah Jangkitan atau Anti Septik..

Akar Teras Kelor Merah dan Kelor Pusaka



Kelor Merah...Dijumpai dikawasan Bukit Batu Kapur....

Batu Firus Tibet dan Tiger Eye's


Masih dalam bentuk asal...InsyaAllah, akan dipaparkan setelah ianya diolahkan.

Raja Kayu Putih dan Terasnya..


Tempahan sahabat dalam bentuk potongan Raw..

Larak Salah..Tempahan Sahabat

 Bahagian Tabie Salah yang dikatakan Akar Melilit Kekiri


Akar ini adalah Tempahan Sahabat dari Papua...InsyaAllah, ianya akan dikirimkan secepat mungkin.