DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, January 18, 2013

Tasbih...33 ...




Tasbih dari jenis Teras Kelor...ramai yang menyangka teras kelor ni berwarna hitam...tidak kurang juga yang memperolehinya berwarna kekuningan lalu menobatkannya sebagai "Raja Teras Kelor"...asal kuning ajer...Raja...asal kuning ajer Raja..yang sebenarnya, Warna asal Teras Kelor yang masih belum Kering dan Keras Damarnya...beginilah keadaan warna asalnya. Apabila Damar atau Minyak dari Teras Kelor Mengeras dan Cukup Kering, warnanya akan merubah kepada warna Coklat, lalu berubah menjadi Coklat kehitaman dalam jangka masa tertentu. Pengasas pernah memotong Teras Kelor yang berwarna hampir kehitaman pada pandangan luaran..tetapi setelah dipotong, warna dalaman teras adalah kekuningan. dan dalam tempoh masa 6-8 bulan warna kekuningan merubah kepada warna Coklat Tua. Keadaan cuaca sekeliling juga mempengaruhi teras untuk menjadi kering dalam masa yang singkat

Tasbih ini akan merubah menjadi warna Coklat Keemasan apabila kerap digunakan, dan dalam jangka hayat yang tertentu, lama-kelamaan, tasbih ini akan merubah warna kepada Coklat Tua kerana kekerapan penggunaan..dan ada juga yang mahukan ianya cepat merubah kepada warna kehitaman, kebiasaannya, pengguna tasbih akan menyapukan minyak attar pada butiran tasbih, Kadar Ketumpatan Teras Kayu yang menjadi penyebab utama bagi proses pengeringan Minyak didalam Teras. Sifat Minyak Teras Kelor pula apabila ianya mengeras, ianya amat keras seperti batu dan tidak mencair walaupun dibakar. Dari Sifatnya yang sedemikian, fadilat yang dikatakan ada padanya yang ampuh Asid amat releven oleh kerana, tahap haba tubuh manusia ketika menyentuh teras tersebut, ianya akan bertindak balas diantaranya, kulit tubuh tidak terjejas apabila unsur panas yang dikenakan pada kulit tubuh badan sebagaimana api yang membakar minyak teras kelor dan tidak mencair. Tetapi, tahap keampuhan teras kelor terhadap asid pula ada batasannya, jika asid yang teramat,amat,amat,amat kuat dicurahkan pada kulit badan, kulit mampu melepuh walaupun teras kelor ditekapkan pada keseluruhan tubuh badan...ini kerana, setiap yang dijadikan ada batas-batasnya. Kereta Kebal pun tak kebal...masih ada batasnya...Sedangkan Rasullullah sendiri pun mengalami kecederaan ketika Berperang. Teras Kelor digunakan untuk ketahanan yang terbatas pada tahap-tahap yang tertentu. Manakala ketahanan atau sifat peluntur pada kesan Sihir pula...Kebiasaannya, Sifar Unsur Sihir adalah Sifat Panas..jika Teras Kelor mampu menahan kepanasan yang dibataskan..maka Sihir juga akan luntur...bagaimana pula Sihir yang berunsur sejuk pula???...Minyak teras kelor mampu bertahan dengan unsur panas...tetapi Sifat Kerasnya akan mencair apabila direndam didalam Air..jadinya, jika sihir yang berunsur sejuk...ianya akan melarut bersama-sama dengan air tersebut...tu sebab orang dulu-dulu merendam Teras Kelor untuk dijadikan Medium Perubatan untuk diminum atau dijadikan sebagai Mandian untuk melunturkan sifat-sifat negatif dari Tubuh Badan...selainnya pula...Allah lebih Mengetahui...