DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, January 20, 2013

Cincin Delima Ikatan Bertuah...

 Cincin Batu Delima Mozambique dengan Ikatan Perak Suasa dinamakan sebagai Ikatan Tuah.
 Nama design cincin perak suasa sahaja yang bernama Tuah...
 Cincin ini dimiliki oleh seorang sahabat pengasas dari Selatan Tanah Air,..Batunya sahaja yang ditebus oleh beliau...Ikatannya pula, beliau tempah sendiri...memang Lawa...bertuahnya jari...
Bila kita sebut ajer Tuah...banyak maksud yang bertali arus dengan namanya.....cincin yang bertatahkan apa jua jenis bahan, tiada pembawaan tuah atau tidak bertuahnya. Sebaliknya, ianya hanyalah perhiasan jari, perhiasan pula..jika buruk seninya, buruklah mata yang memandangnya...tetapi...adakah buruk itu dikatakan tidak cantik?...ada yang buruk dipandang cantik dan yang cantik pula dipandang hodoh.

Yang buruk dipandang cantik kerana "Cantik Yang Buruk" dan yang cantik dipandang buruk kerana "Buruk yang Cantik"..Maksudnya pula..Jika keburukkan sesuatu itu diambil Iktibar, maka yang buruk itu akan berusaha agar menjadi cantik...tidak dikira dari sudut rupa atau perlakuannya, manakala, yang cantik pula akan menjadi buruk apabila cantik yang disangka selamanya tanpa dididik bagi menjaga kecantikkannya, akan buruk jua kesudahannya. Perumpamaan sebagaimana " Jahat untuk menjadi Lebih jahat...amat senang, Jahat nak jadi baik pun...senang...baik nak jadi jahat pun amat senang...tetapi, jika baik nak menjaga kebaikkannya...amat susah".

Keindahan atau keburukkan sesuatu bukan diukur melalui penglihatan sahaja, sama juga dengan "Tuah atau Tidak Bertuahnya"..sebagaimana yang dikatakan..'Jika kamu memilih untuk menjadi orang-orang yang dirahmati...maka berbuatlah sesuatu dijalan yang dipenuhi dengan RahmatNya agar diri dirahmati, dan jika kamu memilih untuk sebaliknya...maka tanggunglah sendiri, tiada apa jua yang didunia ini akan dipertanggungkan walau sezarah pun akan perbuatan kamu sendiri...kita dipertanggung-jawabkan akan perbuatan kita sendiri. Maka "Tuah atau tidak, Cantik atau Buruk"...segalanya atas pilihan Kita Sendiri....biar kita Bodoh tetapi ada usaha untuk belajar menjadi Pandai...tetapi jangan kita rasakan kita sudah pandai tetapi masih lagi tergapai-gapai dek kerana Kesombongan diri kita sendiri...Pamerkan kecerdikkan, sembunyikan kepandaian, jika berpengetahuan, maka kita kongsi-kongsikan, Cerdik dan Pandai bukan ukuran jika kita masih Hidup didalam Bodoh yang Kesombongan..."Wallahu..