DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, January 16, 2013

Besi Badar...


Kalau omputih panggil, Iron Ore,Haematite dan tak tau...kalau orang Melayu Nusantara pula mengenalinya sebagai Besi Badar, Besi Leleh, Batu Besi dan mungkin juga "tah aper jenih batu ni". Kebiasaannya, Batu Iron Ore atau Hematite ini boleh diperolehi di berbagai tempat dan Negara, cuma kalau ianya dijumpai diNegara kita, ianya dikatakan memiliki berbagai-bagai fadilat dan menafsirkannya sebagai Batu Kebal. Batu Kebal pula sering dikaitkan dengan sejenis Batu Besi yang terdapat di Selatan Thailand di suatu Bukit yang dikenali sebagai Bukit Nuri@Nuris. Menurut Penceritaan, dikaki Bukit Nuri terdapat sebuah perkampungan dimana terdapat sejenis Batu Besi tertanam dibawah kawasan tanah perkampungan tersebut dan ketika perang, kawasan perkampungan tersebut telah dikepung dan menjadi kubu benteng pertahanan yang ampuh kerana Peluru Musuh dikatakan tidak dapat menembusi benteng pertahanan diperkampungan tersebut.( Kini kawasan Kampung tersebut telah menjadi Kawasan Larangan dan Di Pagar bagi mengelakkan dari dicerobohi dan penjarahan)

Moral dan Teori dari penceritaan mengenai Batu Besi diperkampungan dikaki Bukit Nuri yang dilakarkan adalah, cuba para Sahabat renungkan, Batu Besi semulajadi mempunyai Medan Magnetik Polariti negatif dan positif, andainya jika jenis-jenis logam dihala tuju pada medan magnetik yang kuat, tidakkah logam tersebut akan tersasar dari target yang dihalakan?. Dan juga, jika Medan Magnetik yang kuat berada pada bahagian bawah tanah dimana dipermukaannya pula berdirinya seseorang dan secara tidak langsungnya Radiasi dari Medan magnetik tersebut mempengaruhi ion-ion besi yang terdapat dalam darah Individu yang berada dalam  medan magnetik tersebut. Tidakkah dari tindak-balas Medan Radiasi Magnet yang "diTeorikan" oleh pengasas mempengaruhi Sistem Tubuh Badan Individu yang dikatakan tadi? kan macam-macam boleh jadi?

Hasil dari Kajian oleh Saintis mendapati, Batu Besi semulajadi mempunyai Fadilat@Properties seperti Grounding Energy, Tahap Fokus seseorang, Ketahanan Sistem Tubuh badan dan berbagai lagi. Pengasas selalu menguji tahap "Electro Magnetic Field" yang terdapat pada besi-besi alami dan besi meteor bagi mendapatkan kesahihan mengenai Fadilat yang dikatakan serta Pencerahan pengetahuan mengenainya...dan..bukan mencari jin khadam didalam Batu atau supernatual Illusion...Allah lebih Mengetahui