DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, January 16, 2013

Aku Tolak...Dia Datang...Aku Berjalan...Dia Berlari..Aku Mati...Dia Hidup Lagi..tak Mati-Mati..



Maksudnya yang pengasas nyatakan adalah...Pentajalian dariNya..adalah Nyatanya yang ada di alam yang didepan mata...Sebelum PentajalianNya pula...Ghaib belaka..bila dah Ghaib..Itu Mistik namernya, bila dah Mistik...tiada Pengetahuan mengenainya pula...kalau bercerita kalu, bermakner..mana ada Mistiknya, maka..tiadalah .."Demi Sesungguh-Nya, Golongan Manusia dan Jinn tidak mengetahui perkara-perkara yang Ghaib"..yang bermaksud...manusia dan jin tidak diberi pengetahuan mengenai perkara-perkara yang ghaib.

Yang dipaparkan pula adalah "Benda" yang pada ketika pengasas sedang menikmati Rezeki dari Allah buat pengasas merasai "Nik'mat Rahmat" kesyukuran dari Nya..Suap punya Suap kat mulut...tup...tup. kat dalam pinggan.."Apo Ko Bondo nih???..mungkin mata Ikan Goreng kot???? lain bonar nih??..itu lah dianya.."Jika kita menolak bulat-bulat bab kebatilan bagi menegakkan yang Haq..maka kebatilan itu akan mengejar kita..seumpamanya "Jika kamu berlari mengejar Akhirat dan meninggalkan Duniawi...maka, Dunia akan mengejar kamu hingga tak cukup kaki"..

Tetapi, jika kamu memikul duniawi...maka kamu akan menjadi Dewa Greek 'Atlas' yang sedang menanggung bumi dengan terseksa sekali. 'Hercules' pula akan lari lintang-pukang melihat kamu yang sedang leka bermain dengan Teka-Teki untuk mereportkan pada bapanya si Dewa 'Zeus' yang sedang memegang Api. Apabila Hercules bertemu pula dengan bapanya si 'Zeus tadi untuk menceritakan perihal si Atlas yang sedang leka bermain teka-teki..maka dengan terkejutnya si Zeus sehinggakan api yang dipegangnya menyirami dirinya sendiri..pada ketika tersebut, Dewa Air si Poseidon pula melihatkan si Zeus sedang terbakar..dicubanya pula menyirami nya dengan Air..tup...tup..si Poseidon telah tersilap mencurahkan Air...tetapi sebaliknya, yang di curahkan adalah Minyak Tanah yang dibeli dari Kedai Ah Meng untuk membuat Pelita Panjut sempena Tahun Baru Cina....si Dewa Hades teramat marah melihat situasi ketika itu, lalu mengarahkan agar Hercules menunggang Kuda Pegasus untuk pergi ke Balai Bomba dengan pantasnya..ahhh, begitu malangnya pula, Sayap Pegasus pula patah dan tergolek bersama-sama dengan si Hercules, patahnya pula si sayap Pegasus pada asalnya adalah tajuk lagu kumpulan Rock Masa membuat lagu 'patahnya sayap malam' dimana sepatutnya tajuk lagu tersebut adalah 'patahnya sayap kuda' seumpama runtuhnya Kelab Mesin Judi Kuda yang berleluasa suatu ketika dulu...."sambung balik cerita tadi"..setelah melihat keadaan begitu gamat serta lintang pukang yang terjadi,..lalu si Hades memekik sebagaimana si Pelawak "Yus" raja lawak memekik..."hoiiiiii"...maka, kesemua dewa-dewi Greek berkumpul untuk memadamkan Nyalaan "Api" diatas bumi dimana bumi tersebut sedang dipikul oleh si dewa 'Atlas'..kata si Hades..Heiii mambang air si poseidon...curahkan bumi dengan Air kamu supaya padam segalanya...si Poseidon pula tidak teragak-agak lalu mencurahkan Minyak Tanah yang dibeli di kedai Ah Meng tadi yang ketika itu dia menyangkakan ianya adalah Air...lalu terbakarlah kesemuanya termasuklah dengan si 'Atlas' yang sedang memikul "Duniawi bermain-main dengan teka-teki" tadi secara keseluruhannya dan apa yang tinggal hanyalah "Ukhrawi" selainnya hancur binasa umpama mimpi yang sedang bermimpi.....Alamak...ni cerita kat dalam Neraka nih...@$#@^$@&%!

Ceritanya agak merapu sket...hehehe...tetapi Moral Cerita ini.....Renungkan lah..awalannya...siapakah yang diumpamakan sebagai 'Atlas yang sedang leka bermain teka teki tadi?...dan Akhirannya pula??...

Tiada Gelap, Tiadalah Cahaya
Tiadalah Nyata jika Tiada Ghaibnya..
Tiada Jasad jika tiada Ruh-Nya
Tiada Nafas, Tiadalah Nyawa
Tiada Pengetahuan bagi Jinn dan Manusia
Tiada Pemahaman, jika tiada Perlakuannya
Setiap Kejadian ada tanda KebesaranNya
Yang Kosong itu hanyalah tanda Bulatan bagi Manusia..sebagaimana yang dikatakan Serahan Bulat yang tiada kiraan didalam hatinya..
Jangan disangkakan Kosong itu tiada apa-apa...dikhuatiri nanti tiada Arah pengembalian kepada-Nya..Didalam Kosong itulah Segala-Nya yang tiada bertitik bertanda, tiada bersuara bernada..
Ini Kerana...
Awalan dan Akhiran-Nya adalah Nya-Nya...

Siapa-lah Kita???????renungkan bersama...