DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, March 27, 2012

Kayu Pasak Tambat...

Nak kata tali gantung awang kenit..bukan ni...Ini adalah sejenis Medium sebagai.....macam-macam..Pelurut, Penurut, Penunduk, Penambat dan berbagai lagi jika nak diikutkan mengikut Petua.


Ini adalah Tali dan Teras bagi Menarik dan Menambat Haiwan..seperti Lembu, Kambing, Kerbau dan King-Kong... Ada juga yang mempercayainya sebagai Medium Nikah Kawin Banyak..tetapi paling banyak pun 4 sahaja...kalau yang kawin banyak-banyak tu...itu Berzina namanya...Xena The Princess Warrior...hehehehe...

Teras Sepang Hitam dan Teras Sepang Merah

Teras Sepang Merah...sebagai Penawar....


Teras Sepang Hitam sebagai Pembisanya..ini adalah sebahagian dari jenis-jenis teras yang diproses untuk dijadikan Tasbih Teras Campur.

Jenis Teras untuk Pembuatan Biji Tasbih..

Sedarah


Cendana




Mengkudu...




Teras-teras yang dipotong sedemikian adalah sebahagian dari Proses awal bagi pembuatan Biji Tasbih yang telah ditempah oleh para sahabat.

Teras Kemuning Kuning

Teras Kemuning Kuning...Fadilatnya sebagai Penawar...salah satu dari fadilatnya adalah untuk penyakit Buasir.

Ibor Tunggal

Potongan dari jenis Nibung Ibor Tunggal...Pembisa yang ampuh...ianya juga boleh dijadikan sebagai Penawar Bisa.

Sejenis Teras....

Teras yang tak jumpa nama...Masih didalam Kajian.

Teras Laka dan Teras Panca Delima

Hampir sama...tetapi yang membezakannya adalah warna serta kekerasan...Teras Panca Delima lebih Keras jika nak dibandingkan dengan teras laka...potongan ini adalah untuk proses pembuatan Biji Tasbih.

Teras Akar Kemuning Emas..Muraya Paniculata... Heartwood of The King

Teras Akar Kemuning Emas....bagi memperolehi sedemikian yang dipaparkan, silap hari bulan, urat kentut pun boleh putus.

Bahagian Teras Akarnya yang sedemikian, anggaran umurnya melebihi dari 300 tahun. Ini kerana, Pokok Kemuning yang tumbuh diatas Batu atau dikawasan yang berbukit bukau membesar dengan kadar perlahan jika di perbandingkan dengan proses tumbesaran pokok kemuning jenis Kampung. Jika perbandingan dibuat melalui Terasnya pula, bukan kesemua jenis kemuning memiliki Teras...Perumpamaan adalah sebagaimana dengan jenis pokok Gemunggal yang memiliki Teras...Jika satu-satu jenis pohon dimana daun dan buahnya dijadikan sebagai makanan ataupun perubatan...Bagaimana pula bahagian Terasnya..bukankah daun dan buahnya memerlukan bahagian akar, batang dan ranting bagi menyalurkan khasiat kepada bahagian yang dikatakan daun serta buahnya...Kenapa tiada kajian yang dibuat mengenainya.

Saturday, March 24, 2012

9" Standard Modern Metal Lathe...Canadian Made..

Utilathe 9" Standard Modern Metal Lathe, Series 1000. Ini adalah Mesin Pelarik yang baru dibeli oleh Pengasas Blog Rahsia Alam. Mesin ini dibeli dari sebuah Pusat Institusi Pengajian Teknik Kemahiran.


Pengasas agak sibuk sejak kebelakangan ini disebabkan tempahan yang melambak serta urusan-urusan yang berkaitan dengan Alam Perkayuan. Pengasas sedang berusaha untuk membuat kajian mengenai teras-teras kayu yang memiliki Fadilat semulajadi ditahap kajian melalui pendekatan Sains serta pengolahan kayu teras kepada bentuk yang lebih mantap.


Mesin ini telah diselenggarakan sendiri oleh Pengasas kerana mesin ini telah tidak digunakan sejak lebih dari 15 tahun. Paparan ini dibuat sewaktu Ujian "Test Run" yang dijalankan dengan menggunakan Teras Cendana untuk diolah menjadi Tongkat.


Peralatan yang berterabur sewaktu Proses Selenggara dan Baik Pulih mesin dijalankan.


Alhamdulillah, Mesin ini telah beroperasi dengan sempurna setelah beberapa pembaikan dijalankan dan ianya akan digunakan bagi pembuatan Cokmar Masjid, Tongkat, Tasbih serta berbagai lagi yang berkaitan. Mesin Pelarik Logam yang menjadi pilihan pengasas disebabkan teras-teras yang diolah adalah begitu keras sehingga hampir menyamai kekerasan logam


InsyaAllah, Pengasas akan membuat paparan yang terbaru dan ada juga barangan yang telah dihantar kepada sahabat-sahabat dan tidak sempat dibuat paparan mengenainya.




Paparan hasil pembuatan dari Mesin ini akan dipaparkan kepada para sahabat dimasa mendatang...InsyaAllah...Terima Kasih Para Sahabat yang telah berurusan dengan Pengasas. Apa jua yang telah dipaparkan didalam Blog Rahsia Alam adalah dari hasil sokongan para sahabat semua....Alhamdulillah...Terima Kasih Para Sahabat Blog Rahsia Alam....

Kemuning....

Teras yang telah tertanam sekian lama dan masih tidak mereput...dianggarkan berusia melebihi 500 tahun....teras ini akan diolahkan menjadi Tasbih, InsyaAllah.


2 Piece Walking Stick..Tongkat

Teras Buey dan teras cendana yang telah dilarik untuk dijadikan Tongkat yang ditempah...Teras yang dilarik menggunakan Mesin Metal Cutting Lathe.


Akar Kemuning Emas...

Spesis Kemuning ada berbagai jenis, dari jenis hitam, emas, kuning, senja dan berbagai..tetapi kebanyakkannya merujuk kepada nilai-nilai perubatan dan ketahanan. Bahagian akarnya pula boleh diolahkan menjadi batang penapis untuk rokok dan Paip tembakau.


HSS Steel....

Mata Pelarik....


Monday, March 19, 2012

Buluh Perapat Bertemu Ruas




Buluh Perapat Bertemu Ruas...Dipercayai oleh segelintirnya sebagai Pelaris Umum.dan tidak kurang juga sebagai Perapat Madu...Wallahu...Dalam Serumpun Buluh, hanya Sebatang sahaja yang sedemikian rupa, letak ruasnya pula pada bahagian tengah...Tumbuhnya pula dibahagian tengah Rumpun...Meruntun-runtun pula kepada sesiapa yang mengetahui Fadilatnya bagi yang memiliki Buluh ini....

Buluh Lesung Pipit...




Fadilat yang dipercayai sebagai medium Pemanis dan Penarik...Buluh yang semulajadinya berlesung Pipit...

Tengkuk Biawak....Perhatian Sahabat

Pengasas hanya mendapat bahagian yang telah dikerat-kerat...ini adalah sejenis Spesis yang digunakan sebagai bahan rumusan perubatan Tradisional. Kayu Tengkuk biawak yang di tanya oleh beberapa sahabat bagi tujuan perubatan.


Teras Unik..Teras Semulajadi.









Unik...Teras Bentuk Semulajadi..Tidak ramai yang meminati tetapi Bentuk Teras yang menyerupai sesuatu yang biasanya kita lihat di sekeliling kita. Yang meminatinya pula kekadang tu sanggup membelinya dengan nilai yang tinggi.

Teras Pokok Buah Perah









Teras Buah Perah, dikatakan amat sedap...tetapi yang tak sedapnya apabila nak mendapatkan terasnya...Siang berganti Malam dan Malamnya berganti Siang memerah tenaga untuk memotongnya pula. Selain dari Teras Buah Perah, ada beberapa jenis lagi yang masih belum dikenali nama terasnya..maklumlah, bila dah masuk hutan, bukan pokok yang hidup ditebang...tetapi, mencari teras adalah dari jenis pokok-pokok yang telah tumbang secara semulajadi...barulah tidak mencemari Alam Semulajadi.






Teras Bidara...




Bidara....kenapa ianya dikenali..disebabkan, ianya pernah digunakan oleh Rasulullah untuk mengubat manusia, Pohonnya berduri dan daunnya digunakan sebagai ramuan mandian. Pokok Bidara yang kebiasaan dijumpai adalah kecil dan untuk menjumpai pokok Bidara yang besar amat susah, apatah lagi Terasnya..melainkan jika pokok bidara tersebut tidak terusik sekian lama dan membesar tanpa gangguan Manusia ataupun kesan Bencana Alam. Tumbangnya pohon Bidara ini bukan disebabkan dari Manusia..ianya tumbang akibat Bencana Alam yang asalnya dari Manusia juga....Tumbangnya pula juga adalah untuk Kegunaan buat Manusia...tiada lainnya.

Teras Talang atau Tualang..




Jika kita fikirkan, Kenapa Madu Tualang amat terkenal...ini kerana kisah Madu ada dimuatkan didalam Qalam Kitab Al-Quran. Tidak dikira apa jenisnya selagi ianya bernama Madu. Dinegara kita, Madu Tualang amat popular disebabkan Fadilat yang ada pada jenis Madu tersebut. Tetapi, adakah kita berfikir kenapa Lebah membuat sarangnya pada sejenis Pokok yang bernama Pokok Talang atau Tualang. Faktor keselamatan dan perlindungan pada Pokok tersebut yang menjadi Sandaran pada Lebah yang membuat sarang padanya. Pokok yang tinggi dan Teguh...kenapa kita tidak memikirkan pula Fadilat yang terdapat pada Teras Pokoknya sedangkan Makhluk yang bernama Lebah membuat Rumah dan meyimpan ubat buat manusia didalamnya.

Kemian Putih




Damar pokok atau Kemian yang berwarna Putih kebiasaannya dikaitkan dengan nilai-nilai mistik, tetapi yang menjadi persoalannya..apakah ianya hanya untuk tujuan mistik sahaja. Jikalau pada waktu dulu kala, kemian diperasap pada waktu senja sewaktu matahari tenggelam oleh orang dulu-dulu dan dikatakan sebagai penghalau makhluk halus yang berkeliaran pada waktu tersebut. Ada juga yang mengatakan memanggil Makhluk Halus...tetapi pada pendapat saya, Kemian adalah satu jenis bahan atau getah yang mengeras dari pokok dan jika ianya dibakar akan mengeluarkan bau yang wangi, benda-benda yang wangi disukai oleh para Malaikat...dan mengapa pula segelintir Para Manusia yang menghukumnya sebagai sesuatu yang disebaliknya...sudah tentunya damar tersebut ada kegunaannya bagi manusia.

Wednesday, March 14, 2012

Tasbih 33 jenis kayu dan teras...




Tasbih yang ditempah sahabat...baru dapat disiapkan 2 utas...buat beberapa para sahabat yang telah menempah jenis 33 dan 99 butir, diharap agar sahabat semua dapat bersabar dengan proses pembuatan tangan yang agak perlahan...bukan senang nak membuatnya bro..Hand-Made Praying Beads..InsyaAllah, dah siap nanti, saya akan menghubungi para sahabat yang menempahnya.. dan kalau sempat, ianya akan dipaparkan didalam Blog Rahsia Alam...




Tasbih 33 Jenis Kayu dan Teras....Tempahan




Tasbih ini adalah tempahan sahabat yang ingin dihadiahkan buat Ayahanda beliau....disamping jenis-jenis teras yang tersohor..ada juga digabungkan sekali dengan 3 jenis kayu cenuai..

Cincin Teras Kelor...Tempahan Sahabat..




Cincin Steel bersaiz 20 1/2...Teras Kelor dari Bahagian Akar...tempahan dari seorang sahabat dari Bidor...

Permata Geraham Gajah...Tempahan Sahabat




Baru Siap...Dipaparkan untuk perhatian sahabat yang telah menempahnya...

Cincin Perak Permata Batu Besi Petir Merah..

Tempahan Sahabat...Cantik memang la cantik....tapi nak membuatnya....


Sampai pipih kulit jari kena sental dengan batu pencanai Diamond....