DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, December 31, 2012

Buluh Perindu...

Yang ni Koleksi lama pengasas..asal ajer bercerita bab "Buluh Perindu", tang mana yang rindu ni?..pada hemat Pengasas, pernah pengasas nyatakan pada paparan mengenai buluh perindu sebelum ini..."Buluh tidak merindu kepada sesiapa...tetapi rindunya adalah pada PenciptaNya...mana ke taknya..Zikirnya tak henti-henti kerana kesyukurannya pada PenciptaNya kerana dijadikan untuk berkhidmat buat ummat KekasihNya....tetapi, kita yang dikatakan sebagai Ummatnya amat jarang sekali kita mengingatiNya. Ingat pun apabila kita ditimpa kepayahan...bila mendatang akan pertolonganNya..selepas itu..dah..kita lupa balik.

Sebenarnya, Buluh Perindu ni hanya gelaran atau panggilan sahaja...Buluh tetap Buluh. Yang menjadi Rindu-rinduan ni disebabkan, ada jenis-jenis buluh apabila bergeser sesama sendiri dengan tiupan angin, buluh yang digelar buluh perindu akan mengeluarkan bunyi yang amat senang dan tenang apabila didengari. Syahdu rasanya...macam tak nak berganjak dari sisi buluh tersebut....tetapi yang peliknya, bila kita mendengar Laungan Adzan, tidak pula kita berganjak dari tempat duduk didepan Televisen atau dikedai-kedai kopi....Pengasas pada ketika jahil dulu pun macam tu la jugak...cuma sekarang ni dok belajar dan mengajar diri agar Berganjak dari Lamunan dan Tidak Berganjak dari Sisi Allah...Ya' Allah, Ajarkanlah Hati hambaMu ini agar Rindu-Rinduan ku tidak Berganjak dariMu..Hatiku-Hatiku jua...mati hanya jasad sahaja...Hidupku sentiasa bersamaMu Seadanya...Kerana Engkau yang Maha Hidup Selamanya..