DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, December 28, 2012

Al-Hadid...





Variasi dari Cincin Pendekar Gempur...Digelar sebagai Cincin Permata Al-Hadid..Gabungan dari jenis:
1). Besi Pa 3 jenis.
2). Besi Senapang Pecah
3). Besi Ladam
4). Tembaga Gong Pecah
5). Batu Petir
6). Besi Petir
7). Pyrite
8). Besi Kersani Putih dan Batu Kersani Putih
9). Badar Besi
10). Besi Tiger Iron dan Hematite@Besi Leleh
11). Puting Parang 13 Mei
12). Puting Keris Lama
13). Batu Buntat Bumi
14). Timah Hitam
15). Besi Kuningan Sari
16). Batu dan Besi Lunar Basalt
17). Tahi Besi
18). P.T.M
19). Baja Besi

Ada juga bahan-bahan logam asli yang terdapat pada batu mineral dan tidak diketahui oleh pengasas digabungkan sekali. Perbezaan antara Permata Pendekar Gempur dengan Permata Al-Hadid adalah dari sudut bahan-bahan serta litupan luaran permata. Bahan asas pada Cincin Al-Hadid lebih menyerlah serta lebih Ringan jika dibandingkan dengan Cincin Pendekar Gempur. Dari Sudut Rasa pula..tertakluk pada pemakainya...ada yang rasa panas dan ada juga yang berasa berdenyut serta berasa renjit gigitan semut-semut...Yang dikatakan "Rasa Berasa"..adalah kerana tindak balas radiasi bahan-bahan campuran terhadap tubuh badan si-pemakai...nak cerita lebih-lebih, pengasas tak pandai. Olahan pula dibuat pada asasnya dari petua orang lama-lama dalam Fadilat pemakaian cincin..Janganlah berpegang kepada Besi kerana dikhuatiri  berkarat melekat, jangan pula merasa diri hebat kerana cincin yang berkarat dan tidak dapat memudaratkan serta dikhuatiri pula nanti kena sakat dek masyarakat tomahan dikatakan khurafat..berpeganglah kepada Allah yang Maha Hebat, berserah hati diri bulat-bulat...InsyaAllah, beroleh lah Rahmat di Dunia Sampai Akhirat..(Besi memang tidak memudaratkan manusia dengan sendirinya..tetapi kalau lempang kat muka manusia dengannya...maka, melekat seliang telapak pada permukaannya dan berasa hangat membara serta memudaratkan silaturrahim sesama kita...so...nak buat apa..pakai syok-syok ajer ler mensyukuri NikmatNya)...hehehe....(Terhad kerana nak kumpul Bahan mengambil masa yang agak lama)..