DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, December 31, 2012

Kilat Menyabung...Guruh Berdentum...






Buluh Perindu...

Yang ni Koleksi lama pengasas..asal ajer bercerita bab "Buluh Perindu", tang mana yang rindu ni?..pada hemat Pengasas, pernah pengasas nyatakan pada paparan mengenai buluh perindu sebelum ini..."Buluh tidak merindu kepada sesiapa...tetapi rindunya adalah pada PenciptaNya...mana ke taknya..Zikirnya tak henti-henti kerana kesyukurannya pada PenciptaNya kerana dijadikan untuk berkhidmat buat ummat KekasihNya....tetapi, kita yang dikatakan sebagai Ummatnya amat jarang sekali kita mengingatiNya. Ingat pun apabila kita ditimpa kepayahan...bila mendatang akan pertolonganNya..selepas itu..dah..kita lupa balik.

Sebenarnya, Buluh Perindu ni hanya gelaran atau panggilan sahaja...Buluh tetap Buluh. Yang menjadi Rindu-rinduan ni disebabkan, ada jenis-jenis buluh apabila bergeser sesama sendiri dengan tiupan angin, buluh yang digelar buluh perindu akan mengeluarkan bunyi yang amat senang dan tenang apabila didengari. Syahdu rasanya...macam tak nak berganjak dari sisi buluh tersebut....tetapi yang peliknya, bila kita mendengar Laungan Adzan, tidak pula kita berganjak dari tempat duduk didepan Televisen atau dikedai-kedai kopi....Pengasas pada ketika jahil dulu pun macam tu la jugak...cuma sekarang ni dok belajar dan mengajar diri agar Berganjak dari Lamunan dan Tidak Berganjak dari Sisi Allah...Ya' Allah, Ajarkanlah Hati hambaMu ini agar Rindu-Rinduan ku tidak Berganjak dariMu..Hatiku-Hatiku jua...mati hanya jasad sahaja...Hidupku sentiasa bersamaMu Seadanya...Kerana Engkau yang Maha Hidup Selamanya..

Antara Kemuning Emas dan Warga Emas...

 Yang ni Kemuning Emas
 Kemuning Emas dan Warga Emas...
Jangan disangka Warga Emas tu bermakna Orang Tua..Warga Emas yang dimaksudkan Pengasas adalah Sahabat Pengasas ni yang dah Semacam Emas...Si Cikgu Amir....yang dipertontonkan oleh Beliau adalah Koleksi yang dianggap olehnya sebagai "Buat Hadiah kepada Kengkawan"..katanya, yang ni tak jual...yang ni untuk bagi kepada sahabat-sahabat yang tahu menilai seni "Emas" dalam dunia Perkerisan..Beliau dan Pengasas bersama-sama membanting tulang mengosok teras kemuning ni untuk memaparkan Seni Anatomi Dalaman Teras Kemuning Emas.

Teras yang dipaparkan adalah teras pada bahagian Akar..yang ni pada pengasas koleksi beliau yang sekelumit sahaja...walhal...pengasas serta beberapa para sahabat berpeluh-peluh mengangkut sepenuh-penuhnya koleksi beliau kedalam Lori isian 3 Tan...tu pun masih belambak lagi....Ni baru koleksi Cikgu Amir....Kalau pengasas melihatkan Koleksi Cikgu Nasir Gayong pulak dan nak mengangkutnya ...pengsan wehhh...

Buat Para Sahabat yang berminat dengan Keratan Teras Kemuning Emas untuk pembuatan Sarung Keris atau apa jua yang bersangkutan dengannya...Sila Hubungi: Cikgu Amir : 019-2602126...Cikgu Nasir Gayong : 013-529-2452 atau layari Blog Beliau di http://cikgunasir.blogspot.com . Pengasas unjurkan sebab pengasas takde koleksi sedemikian...kalau ada pun, depa yang bagi kat pengasas...hehehehe

Kemuning Emas Gred C++




Maksud Gred C++ tu...Cantik, Cun,Cun,Cun,Cun Giler....

Saturday, December 29, 2012

Pendekar Gempur...



Kalau pada zaman dahulu...jika anda seorang yang bergelar Pendekar, sudah pasti anda akan dicabar oleh pendekar yang lain bagi mengeratkan lagi perhubungan sesama pendekar serta berkongsi Ilmu kependekaran, tetapi pada zaman kini, sudah tiada yang bergelar pendekar lagi, yang banyak pada masa kini adalah "Kaki Bakar atau kaki Adu Domba" yang bersama-sama berpakat beradu domba untuk menjatuhkan orang lain serta memutuskan perhubungan silatur-rahim sesamanya...mengapa dan kenapa sedemikian?..adakah kerana wang ringgit? adakah kerana Ilmu pengetahuan yang dimiliki?...atau kerana mahu diri di hormati dan disembah atau Kuasa? ..pada zaman kini, Kependekaran dalam arena mengejar keduniaan telah menjadi suatu lumrah kehidupan disebabkan tekanan yang berbagai bagi meneruskan kesinambungan hidup yang serba tekan menekan. Kependekaran dalam Ilmu Pengetahuan bagi sesetengahnya pula semata-mata untuk meletakkan diri didalam masyarakat untuk memonopoli sesuatu keperluan asas dan memanipulasi keadaan untuk memiliki kuasa mutlak.

Pendekar masa kini yang sejati adalah pendekar yang mengempur sesuatu yang dikatakan Batil serta menegakkan Kebenaran..tidak mengira dalam apa jua keadaan serta cara yang sebagaimana dijalankan. Pendekar sejati juga akan mengajak orang-orang sekelilingnya untuk bersatu serta memajukan diri untuk keteguhan bangsa serta Agamanya.

Cincin Pendekar Gempur yang dipaparkan tiada kena mengena dengan "Cerita Kependekaran yang dilakarkan"..ianya cuma sekadar renungan...kalau pakai cincin pendekar gempur ni belum tentu boleh jadi pendekar gaban. Pendekar yang benar-benar sejati adalah Pendekar yang Melawan Hawa Nafsunya sendiri...

Cincin Perak Lapis Lazuli..


Biru Mata Cincin ku....

Cincin Perak Batu Bulan..


Kiriman seorang sahabat...dah siap pun...Alhamdulillah..rabak poket member....tapi lawo bro....hehehe.

Friday, December 28, 2012

Al-Hadid...





Variasi dari Cincin Pendekar Gempur...Digelar sebagai Cincin Permata Al-Hadid..Gabungan dari jenis:
1). Besi Pa 3 jenis.
2). Besi Senapang Pecah
3). Besi Ladam
4). Tembaga Gong Pecah
5). Batu Petir
6). Besi Petir
7). Pyrite
8). Besi Kersani Putih dan Batu Kersani Putih
9). Badar Besi
10). Besi Tiger Iron dan Hematite@Besi Leleh
11). Puting Parang 13 Mei
12). Puting Keris Lama
13). Batu Buntat Bumi
14). Timah Hitam
15). Besi Kuningan Sari
16). Batu dan Besi Lunar Basalt
17). Tahi Besi
18). P.T.M
19). Baja Besi

Ada juga bahan-bahan logam asli yang terdapat pada batu mineral dan tidak diketahui oleh pengasas digabungkan sekali. Perbezaan antara Permata Pendekar Gempur dengan Permata Al-Hadid adalah dari sudut bahan-bahan serta litupan luaran permata. Bahan asas pada Cincin Al-Hadid lebih menyerlah serta lebih Ringan jika dibandingkan dengan Cincin Pendekar Gempur. Dari Sudut Rasa pula..tertakluk pada pemakainya...ada yang rasa panas dan ada juga yang berasa berdenyut serta berasa renjit gigitan semut-semut...Yang dikatakan "Rasa Berasa"..adalah kerana tindak balas radiasi bahan-bahan campuran terhadap tubuh badan si-pemakai...nak cerita lebih-lebih, pengasas tak pandai. Olahan pula dibuat pada asasnya dari petua orang lama-lama dalam Fadilat pemakaian cincin..Janganlah berpegang kepada Besi kerana dikhuatiri  berkarat melekat, jangan pula merasa diri hebat kerana cincin yang berkarat dan tidak dapat memudaratkan serta dikhuatiri pula nanti kena sakat dek masyarakat tomahan dikatakan khurafat..berpeganglah kepada Allah yang Maha Hebat, berserah hati diri bulat-bulat...InsyaAllah, beroleh lah Rahmat di Dunia Sampai Akhirat..(Besi memang tidak memudaratkan manusia dengan sendirinya..tetapi kalau lempang kat muka manusia dengannya...maka, melekat seliang telapak pada permukaannya dan berasa hangat membara serta memudaratkan silaturrahim sesama kita...so...nak buat apa..pakai syok-syok ajer ler mensyukuri NikmatNya)...hehehe....(Terhad kerana nak kumpul Bahan mengambil masa yang agak lama)..

Cincin Batu Mata Petir bersama gabungan Pendekar Gempur..



Ada sebutir ajer...untuk dijual....

Cincin Teras Kelor Pusaka



Cincin Teras Kelor Pusaka untuk dijual...pengasas baru bercadang nak pakai sendiri....tak jadi...kena jual...hehehe.

Batu Petir dan Batu Besi Petir..

 Jenis Batu Besi..
Jenis Batu...Tempahan Sahabat..

Teras Akar Kemuning Emas..


Diolahkan dalam bentuk Permata cincin dan juga boleh diolahkan menjadi buah loket.

Teras Raja Kayu Putih..

Tempahan Sahabat...

Teras Kelor dan Gemunggal Bukit..Loket


Masih didalam proses polish...untuk loket.

Rare Fire Agate for Sale...




Aked Api....Untuk dijual...

Aked Api...Fire Agate for sale


Setting sarung boleh ditukar kepada sarung perak...

Red Tourmaline for Sale..



Untuk dijual...

Dendrite Quartz



Kebiasaan dendrite terdapat pada jenis batu aked dan batu bukit...tetapi..ini adalah jenis mineral Quartz