DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, October 31, 2012

White Original "King Wood"




Raja Kayu Putih....dah tak tau nak cerita apa lagi....yang ni untuk Perhatian Seorang Sahabat.."Raw Cut with Bark"...

Pelanduk Tak Serupa-Menyerupai


Sejenis teras kayu yang masih dikaji oleh pengasas melalui Anatomi urat kayu...perghhhh...payahnya nak mengenal jenis kayu jika hanya mengkaji dari urat kayu sahaja....melainkan jika dengan, kulit, batang, daun, buah dan habitat hidupnya...kalau maklumat yang ni ada...InsyaAllah, kenal lah spesisnya...

Anatomi Kayu Gemunggal yang tidak Berteras..


Pokok Gemunggal yang telah ditebang oleh pihak Majlis Perbandaran...Setelah sekian lama pengasas menyimpannya sebagai rujukkan serta kajian, ada sebahagian kayu yang telah kering mengeras dan ada pula sebahagiannya yang hancur luluh...lihat dengan lebih jelas anatomi urat kayu..
 Jenis yang cukup kering minyak dalam terasnya.
Minyak teras yang masih basah...

Teras Kelor @ (Gemunggal Hutan), pada bahagian yang dipanggil teras adalah bahagian yang tidak mereput apabila pokoknya tumbang dan terbiar lama dengan dedahan cuaca yang agak ekstrem. Teras Kelor, walaupun telah lama tumbang dan jika sebahagian dari kayu yang masih tertanam dengan akarnya didalam tanah, Minyak Teras tidak akan mengering dalam jangka-masa yang singkat. Proses pengeringan minyak dalam Kayu yang digelar Teras Kelor mengambil masa yang agak lama. (Paling cepat 2-3 tahun dalam potongan 2-3 kaki panjang, Lebar, 4-5 inci). Yang menariknya tentang Teras Kelor ni adalah pada bahagian Minyak yang telah mengering dan mengeras seperti batu.. dimana ianya lebih dikenali dengan nama Galih Kelor. Galih Kelor adalah Minyak teras yang mengeras seperti batu dan apabila dibakar minyak tersebut tidak mencair dan ianya tidak akan terbakar. tapi mencair dan melembut apabila ianya dikenakan dengan Air. Mengapakah, Bahan Asid yang menghakis tidak mengapa-apakan kulit badan apabila teras atau minyaknya digenggam dalam tangan???...yang logiknya (Secara Teori), minyak tersebut bertindak balas dengan haba tubuh badan (Natural Body Heat 33-36 deg Celcius) lalu menghasilkan sejenis perlindungan yang minimum pada kulit hasil tindak balas dari haba tubuh badan yang mengenai minyak teras tersebut. Kulit dan daging tubuh menjadi kenyal apabila teras atau minyaknya dikenakan pada tubuh badan secara berterusan. Larutan Minyak Teras di dalam air pula, jika meminumnya.."Mengapakah orang yang aggresif serta yang dikatakan dirasuk menjadi Lemah"?..ini kerana enzim minyak tersebut (Secara Teori) melemahkan atau meneutralkan tenaga lebihan dari dalam badan, lalu orang yang meminumnya dalam keadaan sedemikian akan merasakan lebih tenang..bukankah haba tenaga yang berlebihan dari tubuh badan boleh memudaratkan dan menyihatkan...berbagai lagi rahsia yang boleh disingkapkan dengan jenis teras yang bernama Kelor atau Gemunggal Hutan jika dikaji secara saintifik dan bukan dari mistik. pengolahan yang berasaskan teknologi mampu menjelaskan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan..sedangkan Allah menghantarkan utusan bagi menerangkan sesuatu yang tidak difahami kepada manusia, iaitu Ia"Nya" tersendiri...inikan pula sesuatu yang dijadikan oleh"Nya". Jika ayat ini "Tidak Kami Jadikan Sesuatu Itu Dengan Sia-Sia" Sesungguhnya, sesuatu yang tidak sia-sia sudah pasti ada penjelasan mengenainya...Allahu Akhbar, wa Lilla Ilhamd.  

Gemunggal@Mungai Merah..

Tempahan Sahabat...(Tested-Corrosive Asid)

Penawar Hitam....Black Gold..


Di istilahkan sebagai "Black Gold" oleh masyarakat kaum Cina.....(Penolak Entiti Tenaga Negatif)

Cenuai Gunung...

Masih belum di gilapkan lagi....original form...

Raja Kayu Putih


White King Wood....Raja Kayu Putih (tested-small cut)...Raja Kayu Putih yang telah digunakan oleh pengasas sebagai "First Aid Kit" untuk luka-luka kecil...Alhamdulillah..

Gemunggal@Mungai Kampung

Jenis Akar Umbi dan solid..(Tenggelam dalam Air)...(tested - Corrosive Asid)

Ibol, Ibor dan Bujang Kalak...


 Bujang Kalak..(Saiz Sebenar bintik hitam pada kayu adalah lebih kecil dari Ibor Merah)
 Ibor Merah
Ibol Hitam

Cincin 59..


Tempahan buat Sahabat...59 jenis kayu dan teras...tiada campuran batu dan logam...kalau nak digabungkan dengan batu serta logam-logam...boleh ajer...

Loket...Pendant 59 + 1 +1 + 2




Yang telah diolahkan...

Loket 59+1 + 1 + 2 = 63

 Tempahan sahabat lama...
Mengenai bahan-bahan campurannya telah pengasas lampirkan dalam paparan sebelumnya. cuma mengenai penambahan yang lain adalah serbuk besi kursani putih, batu besi petir, tahi besi dan batu besi tiger iron (Batu Campuran Hematite, Jasper dan Tiger Eye's). tahap radiasi dari skala EMF tidak pula diukur oleh pengasas, InsyaAllah...lain kali kita buat uji-ukur pada skala emf untuk paparan para sahabat semua, InsyaAllah.

Wednesday, October 24, 2012

Teras Kelor dan Sarung Perak...untuk perhatian sahabat..



Ada yang bertanyakan kepada pengasas mengenai teras kelor hitam@coklat gelap yang diikat bersama-sama dengan sarung perak...tengok dulu kepada yang diberi perhatian, ok kalu...baru kasi comfirm...

Ibol Hitam...untuk perhatian sahabat



Yang ni telah ditempahan oleh sahabat dan ianya telah diposkan....

Marjan Biru...



Untuk Perhatian kepada sesiapa yang berminat...hubungi pengasas ditalian 019-3387074

Batu Besi Petir dan Besi Kursani Putih


Permata ni tiada sesiapa yang tempah...tetapi kalau dah siap nanti, InsyaAllah...Ianya "UNTUK DIJUAL"...hehehehe...siap diikat pada cincin perak.

Friday, October 19, 2012

Ujian EMF.....

 Skala 0
 Batu Lunar Basalt
 Besi Kursani Putih
 Batu Besi Petir
 Pendekar Gempur
 Besi Badar@Sendiri Punya
 Teras Kelor Bukit
 Gemunggal Kampung
Teras Kelor Hutan..