DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, September 22, 2012

Gelang Tasbih Pelbagai Teras..

Gelang bukan sekadar gelang...tapi kalau gelang kayu pakai kat kaki...tu lain..tidak semestinya "Nama Gelang Teras" dibuat persamaan dengan pakaian wanita, apa pun jenis perbuatan, pastinya berserta dengan niat kehendak...Kebanyakkan Gelang yang dipakai oleh kaum adam adalah sebagai medium perubatan dan sebagai tasbih...tasbih pula tidak terikat kepada berapa butir kiraannya dan dimana pakainya...ada juga individu yang menjadikan utas tasbih sebagai rantai di leher, kata mereka...nak simpan kat dalam poket...poket seluar pulak rabak, lagi pun kalau kat leher ni senang sikit...asal terasa nak bertasbih jer, buka dan pakai macam biasa sebagaimana orang lain bertasbih...sedangkan kejam-kelip mata pun boleh dijadikan sebagai medium bertasbih...ibaratnya, kalau nak bertasbih ni..pakai kira dengan apa pun boleh, bertasbih mengingati kembali ke jalan Allah, kedalam rahmatNya....  Pendapat serta pandangan manusia ni berbeza-beza...cepat sangat jatuhkan hukum sedangkan ia hanya mengikut apa yang dituliskan tanpa usul kajian serta pemahaman yang mendalam. Islam itu Indah, mudah serta dipermudahkan...aper yang disusah-susahkan...mati pun lagi senang...hidup ajer yang susah dan disusahkan....fikir la...