DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, September 18, 2012

Antara Penawar Hitam dan Kemuning Hitam

Kebanyakkan teras yang berwarna hitam dikaitkan dengan Teras Kemuning Hitam yang agak popular darinya...Tetapi, ada beberapa ciri yang perlu diperhatikan pada teras yang berwarna "Hitam"..mengapa Teras Kemuning Hitam dan Mengapa Teras Penawar Hitam. Ciri-ciri Teras Kemuning hitam adalah, habuk-serbuknya jika direndam didalam air panas, warnanya kekuningan, apabila teras kemuning hitam dibelah, warna kehijauan akan terpamer pada belahannya yang dikatakan hitam...walaupun ianya berwarna hitam...serbuknya pula apabila digergaji...warnanya kekuningan...teras penawar hitam pula, serbuk yang direndam atau direbus, warna airnya adalah kemerahan..teras Penawar Hitam kebiasaannya, yang dijumpai telah mereput didalam tanah dan ianya tidak berapa solid dan ada juga yang begitu solid sampai nak memotongnya pun semacam nak mintak nyawa. Teras Penawar Hitam Memiliki beberapa Fadilat Alami dalam perubatan sebagaimana fadilat yang terdapat pada teras kemuning hitam. Cuma perbezaan antara Teras Kemuning dan teras penawar, Teras Penawar Hitam ni agak lebih susah ditemui dari Teras Kemuning Hitam..dan Harga Teras Penawar Hitam adalah lebih berganda dari teras kemuning....bab kehebatan antara kedua-dua jenis teras ni...kedua-duanya hampeh...sebab yang hebatnya Adalah "Allah"...hehehehe