DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, September 28, 2012

Batu Petir Putih...Tempahan Sahabat.


Pengasas pernah menguji jenis-jenis batu yang digelar sebagai batu petir dengan penggunaan cara Tradisional Cina Kuno...iaitu dengan kaedah penggunaan Mangkuk antik yang boleh menghasilkan getaran (belum ada kesempatan untuk dipaparkan cara-caranya)...mangkuk tersebut (Bukan Mangkuk Hayun tau!!) diisi dengan air dan batu petir dimasukkan didalamnya dan gesekkan tangan pada bibir mangkuk akan menghasilkan getaran yang mampu menggegarkan tubuh badan (Vibration healing)..hasil dari getaran tersebut akan diserap oleh batu petir...setelah ritual gegar dan getar dilakukan dengan kaedah dari mangkuk tersebut, batu petir yang didalam mangkuk tadi diambil dan segera di genggam pada tangan...hasilnya pula, getaran dan denyutan dari batu tersebut amat kuat dirasai dan tenaga darinya dapat dirasai pada tubuh badan...kenapa yea??...Batu ini adalah tempahan sahabat....kalau nak..pengasas kena canai yang lain...lagi pun, batu petir putih ni terhad...batu bata nak buat dinding rumah banyak la...

Teras Kelor



Pengasas telah acap kali menerangkan perbezaan antara Kelor dan Gemunggal...tetapi apa dayanya pengasas untuk memperkenalkan akan perbedaan jenis atau spesis yang tersohor...iaitu Teras Kelor@Gemunggal, dah jadi budaya dengan panggilan..apa yang mampu..Teras Kelor memiliki trade-mark berbintik-bintik sedangkan teras gemunggal terkenal pula dengan urat cap ibu jari...kedua-dua teras ini mengandungi sejenis minyak@kimia yang bertindak balas dengan tubuh badan..penolak entiti, penahan serta berbagai lagi..mengikut bacaan Skala EMF, bacaan Geiger tesla Gauss adalah melebihi 400Mg..tetapi kekadang tu (Mengikut waktu)..bacaannya melebihi 800Mg...tah tak tau la..apa yang dibaca dek mesin EMF pengasas...

Teras Tulang Naga


Di gelar sedemikian kerana memiliki kekerasan seolah tulang naga...(Mungkin ianya dari spesis Nagasari atau pun digelar Kayu Penaga)..warna merahnya pula sebagaimana yang terdapat pada teras sedarah...teras ini dipercayai memiliki daya tenaga positif (dengan ujian Skala EMF)

Teras Gemunggal Merah...


Pada paparan sebelum ini, teras ini pernah diuji oleh pengasas bersama-sama seorang sahabat yang "rela diuji tangannya" untuk disimbah dengan asid,....perghhhh ampuh...cuma penerangan dari sudut mistik, tidak pula dapat pengasas terangkan...tetapi dari sudut saintifiknya pula, teras ini mengandungi sejenis minyak yang bertindak-balas dengan dna kulit tubuh yang dijanakan dengan kepanasan semulajadi dari sentuhan atau teras ini digenggam didalam tangan...kepanasan yang dijana dari tangan yang menggengam teras ini lalu, haba yang mengalir pada permukaan kulit tangan dan terjadinya tindak balas pergeseran molekul-molekul pada bahagian kulit. Kesan darinya pula, secara tidak langsung kulit tangan menjadi tepu dengan asid tersebut...tidak meninggalkan kesan sampingan....tang ni yang pengasas masih mengkaji lagi...tetapi...al-maklumlah...buat research sendiri..so..ikut kemampuan ler...

Teras Raja Kayu Putih.


Raja Kayu Putih...nak berkenalan dengan fadilat kegunaannya pula...kena pakai lah dulu..aplikasi baginya pula, kalau luka-luka kecil...tekapkan terus teras ini pada bahagian yang luka..jika ada rasa ketagihan pada sesuatu...rebus dan diminum airnya sebagai amalan, jika ada luka-luka dalaman, bahagian kulit, daun dan terasnya boleh dijadikan sebagai ramuan untuk tujuan perubatan bahagian dalaman. Ibaratnya...Teras Raja Kayu Putih ni, berbagai aplikasi boleh digunakan...cuma ianya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai absober kereta...

Buah Loket....Teras Kelor


Untuk Buah Loket...sesuai untuk pemakaian bagi kaum wanita...penggunaan baginya dipercayai untuk mengelakkan dari dipengaruhi dengan unsur tenaga negatif, amat sesuai untuk individu yang mempunyai semangat spiritual yang lemah....ianya bagi pemakaian umum untuk yang bergelar manusia...tidak sesuai dipakai pada lembu, kerbau, badak dan kepada spesis yang selain dari manusia.
 Batu Petir dalam Ikatan balung perak
 Batu Petir dan Teras Akar Cenuai Gunung
Yang ni bukanlah Tok-Moh atau Dukun Moden...tetapi ianya adalah seorang sahabat yang meminati teras perkayuan...sesungguhnya, minat sebenar beliau adalah "Bertasbih"...mamat ni, kalau bertasbih...sampai lebam ler jawabnya..bila pengasas bertanya kepada beliau mengenai pengalaman dari sudut pemakaian teras kayu, batu dan geliga...jawabnya....kayu dan batu ni layak untuk buat keranda dan batu nisan ajer...yang Powernya adalah Allah semata-mata...

Kelor Pusaka...

 Cincin Teras Kelor Pusaka...
Lihatlah Puakanya yang sedang mengembang...kuang-kuang-kuang...ni namernya teknik tangkap gambar yang tak menjadi....bukannya power pon....

Cincin Milik Sahabat..

Tiada releven dengan Kayu dan Teras..sebelum ini, sahabat saya ada menunjukkan cincin ini kepada saya dimana ianya adalah hadiah daripada orang tua beliau, permukaan cincin ini adalah kosong dan licin semata-mata....tetapi, bila Tuhan mahu menunjukkan akan kekuasaannya serta "Peringatan kepada pemakainya pula" bahawa...bersalat lah kamu bersama-sama apa yang di amanahkan kepada kamu...iaitu anak-anak serta "Isteri-Isteri kamu"...tu kalau banyak bini la..objek yang terpapar pada cincin ini adalah "dua orang yang sedang duduk dalam keadaan tahiyat.."Imam dan Makmum"...pada hemat saya...apa-apa pun boleh terjadi dengan KehendakNya...Subhanallah.

Mini Tongkat Akar Teras Kemuning Hitam


Kemuning Hitam....Air rendaman atau rebusannya boleh diminum bagi menawarkan berbagai penyakit dalaman tubuh badan...Air rendamannya pula boleh dibuat mandian bagi menjaga kulit badan...awet kulit kedut....bacaan pada skala Geiger Radiation scanner boleh mencapai sehingga lebih dari 500Mg...bukan kiraan miligram tau...mili-gauss...Tesla

Wednesday, September 26, 2012

Daun dan Kayu...


Daun dan kayu...tiada yang memisahkannya..tiada kayu...tiadalah daunnya...tiada daun dan kayu...bila masanya la pulak ada terasnya...sudah tentulah daun dan kayu memainkan peranannya didalam kehidupan manusia...sama jugak lah dengan manusia...Tuhan dan hambanya...jika hamba yang tiada berTuhan...maka, apa lah ianya...Kayu Penunduk dan Daun Semalu...Kayu yang menunduk pada bumi..daun yang malu walau dihembus angin kepadanya...bagaimanakah pula jika manusia yang tidak malu dan tidak tunduk patuh pada PerintahNya....bagaimanakah pula manusia tersebut, apakah ianya.. marilah kita renungkan untuk diri kita sendiri....umpama daun dan kayu..sedemikianlah hamba dengan Tuhannya..

Cendana dan Laka...Tasbih Teras..


Larikkan yang separa siap dari jenis teras laka...manakala teras cendana masih didalam proses pemotongan...InsyaAllah, dah siap saya buat paparan mengenainya..

Akar Kayu dan Teras...





Amat unik apabila melihatnya sehinggakan pengasas telah lupa nama-namanya....alahai,...InsyaAllah, nanti pengasas paparkan nama-namanya...nak kena tengok listing teras kayu...tah maner-maner letaknya....ini adalah sebahagian dari bahan untuk pembuatan tasbih teras kayu.

Teras Merlimau Batu



Pada paparan mengenai spesis merlimau batu yang dipaparkan oleh pengasas sebelum ini, ianya tidak memiliki teras...pada kali ini, pengasas memperolehi, kayu merlimau batu yang memiliki teras...Alhamdulillah..bertambah koleksi teras untuk pembuatan biji tasbih.

Larak Salah...


Satu kesalahan jika ianya dibuat sebagai jus minuman...tahap keracunan yang tinggi pada bahagian getahnya...tetapi, ianya amat ampuh jika digunakan sebagai penawar racun...jangan dilihat pada sudut mistiknya sahaja...pada nyatanya juga, ianya amat bermanfaat dalam bidang perubatan.

Akar Teras Nona...


Last Stock.....Terbuka untuk tempahan Tasbih kepada yang berminat...

Teras Kelor...Tempahan Terbuka..


Sesuai untuk pemakaian diri dalam bentuk Gelang Tasbih...Tasbih...mata cincin dan juga  bahan tumis buat makan dengan kicap....hehehe...berminat???....tempahan terbuka buat para sahabat.

Galih Kelor..Damar Minyak Teras Kelor


Tak Kenal...maka tak tahu..tak tahu..maka tiada pengetahuan...so..belajar lah mengenal sesuatu..agar pengetahuan mengenai sesuatu itu di perkenalkan. Galih kelor ni ada yang mengatakan bahawa ianya adalah teras yang telah menjadi batu...tetapi, kenapa batu dipanggil batu...galih yang sebenarnya adalah Minyak atau Damar dari Teras Kelor yang telah mengeras seperti batu...damar dari teras kelor pula ampuh dengan api..tidak mencair sebagaimana dengan damar-damar kayu yang lain apabila dibakar...tetapi kelemahannya pula...sudah tentu lah ada kelemahannya....Galih kelor ini untuk dijual...ada sebutir ajer...sms pengasas jika berminat.

Akar Teras Cenuai Gunung






Tempahan sahabat yang baru siap...InsyaAllah, akan diposkan kepada beliau.

Tasbih Teras Kelor...33 Butir


Tasbih Teras kelor tempahan sahabat...baru siap dan dah lesap ambik dek kengkawan yang menempahnya.