DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, August 31, 2012

New Project...Lesung Kayu Merbau

Huhuhuhu....Sahabat punya pasal....apa lagi...kasi experiment la....Terima Kasih kerana mendapatkan bahan bagi pembuatan..Khas untuk Sambal Belacan...hehehe


Kelor dan Kemuning..

Kemuning Hitam dan Kelor...


Akar Tunjang Teras Kelor




Teras Kelor Pusaka....Tempahan dari beberapa sahabat yang masih didalam olahan...InsyaAllah

Teras Cendana Gunung...Buat Sahabat Istimewa..

Untuk Olahan Tasbih 11...InsyaAllah Sahabat...Nasihat sahabat yang sentiasa menjadi kata-kata permata hati buat saya sebagai peringatan dalam Hidup yang penuh dengan cabaran. Ketinggian umpama Gunung yang Lampai...tak tahu lah...sampai ke tak sampai..walaupun tak tercapai...Amanah yang disempurnakan, umpamanya telah disampaikan..."Sampaikanlah pesanku"..walaupun sepotong ayat. (Riwayat Muhammad Rasullullah S.A.W)

Teras Gong...

Potongan dari jenis Teras Gong...Iras kepada spesis Cendana Gunung...


Teras Limau Purut

Ini adalah potongan dari Pokok Limau purut yang mati beragan pemberian dari seorang sahabat lama...cucu-cicit Pak Tuk Enjang....Alhamdulillah...Potongan ini akan diolahkan menjadi Biji-biji Tasbih.


Teras Kemian....Tempahan Sahabat..

Teras Kemian yang baru dipotong untuk dijadikan biji-biji tasbih..


Gelang Teras Kelor...Tempahan Sahabat

Ini adalah tempahan seorang sahabat...baru siap..


Raja Kayu Merah..tempahan Sahabat

Baru siap diolahkan...nak ikatkan ajer...dah siap nanti saya SMS kepada Tuannya.


Teras Kemian..




Damar getah yang terdapat pada kayu-kayu kebiasaannya apabila dibakar akan mengeluarkan bau yang wangi. Kemian juga berasal dari damar getah pokok. Kemian kelulut, Kemian Hitam, Kemian Merah atau apa jua kemian berasal dari damar pokok, tetapi, damar yang dijadikan sebagai kemian yang paling afdal adalah daripada pokok kemian...kegunaannya pula dipelbagaikan daripada mewangikan rumah sehinggalah kepada ritual perubatan..tidak kurang juga yang membuat ritual kesesatan...apa tidaknya, bila dah terlampau tebal asap kemian disekeliling, tak ke sesat tak nampak jalan???...hehehe, teras kemian atau yang bermula dengan Kaf, sesuai dijadikan sebagai tasbih....wangi terasnya.

Teras Manggis...





Manggis atau Mangoesteen...sodap tu..tetapi yang tak sedapnya apabila nak mengolahkannya dalam bentuk yang berbagai. Ada petua yang mengatakan Teras Manggis amat sesuai untuk Tasbih...wallahu, sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

Wednesday, August 29, 2012

Kembali Beroperasi...

Salam Sejahtera kepada para sahabat dan penatap setia Blog Rahsia Alam.."Selamat Berhari Raya" kepada yang masih beraya. untuk para sahabat yang telah menghantar "SMS" ucapan Salam Aidil Fitri..terima kasih dan salam kembali kepada para sahabat semua...terlalu banyak nak di balas..jari pun naik demam memicit pad kekunci telipon. Kini, Pengasas baru memulakan operasi pembuatan tempahan teras-teras kayu yang telah ditempah oleh para sahabat yang dikasihi. InsyaAllah, pengasas akan membuat paparan "jika sempat" dan menghantar sms kepada para sahabat yang telah menempah barangan setelah ianya siap....banyak backlog order yang nak disiapkan...Alhamdulillah


Ada beberapa jenis teras yang baru diperolehi dan ianya akan dipaparkan pada paparan blog di bulan September 2012...InsyaAllah..

Thursday, August 16, 2012

Tasbih Takbir Syawal....

Jelas kelihatan 3 butir dari jenis teras kelor...kiri dan kanan 15 butir dari jenis Raja Kayu Putih.









Tasbih, Tahmid dan Bertakbir...bila bertasbih mengingati Allah, dan dalam masa tengah bertasbih tatkala apabila takbir syawal kedengaran...tasbih tah kemana... apa pun tak keruan jadinya..apakah sebabnya?...pertama, ikut planning, malam sebelum Raya...nak bukak kaki kat mana ni? main 1-up 2 pun jadi ler...kat mana nak pekena nih? berbagai lagi peristiwa pada akhir-akhir Bulan Ramadhan..dan ..pada pagi syawalnya pula...baru nak nampak muka yang kusut masai menceritakan berbagai jalan cerita yang terjadi pada sebelum pagi takbir syawal. Bunyi takbir berkumandang merata-rata, lengan tangan dah terletak kat dahi kepala, melekat berkurung dalam bilik bujang mau pun bagi yang dah berkelamin...mana tidaknya, poket dah lebur pada malam dan hari-hari sebelumnya. Solat tah kemana baju raya tak tahu kemana peginya, maklumlah, baru balik dari kekalahan serta penat dan baru nak buat taik mata. Berbagai-bagai lagi lah bila syawal ni hampir nak menjelma, bermacam-macam fikiran yang bercelaru bermain dikepala, hutang lah, rumah no 1 ke nak ke rumah no 2 ker. Kampung mana satu nak pegi ni?.. dan tidak kurang juga yang tinggalkan kampung halamannya serta merasakan bahawa tidak ada apa-apa erti makna bagi dirinya di kala syawal menjelma.


Sebenarnya, tidakkah kita terfikirkan...adakah, pada Ramadhan yang akan datang, kita bisa menemukannya lagi?..Ramadhan yang penuh berhikmah..adakah kita memenuhinya dengan sabdaan dari Rasullullah serta Perintah dari Allah. Apakah hamburan Air Mata pada malam-malam hikmah dibulan Ramadhan diredhaiNya..mencukupi kah??. Tidak kurang juga, ada hamba-hambaNya yang tersedu-sedan melihat lambaian Ramadhan yang pergi meninggalkan, yang dirasakan didalam perdu hatinya.."ahh, Robbi, kerinduanku pada Mu, masih tidak puas ku rasakan"..seolah-olah sepanjang tahunnya "jika diperbolehkan" semata-mata adalah Ramadhan belaka bagi dirinya..


ahhh...renungan bagi diriku...Rinduku dalam Ramadhan tidak pernah putus-putusnya..."Selamat Menyambut Syawal yang Mulia"...Salam Eidil-Fitri buat Semua...

...waliqudus...

Agarwood,Aloeswood,Eagle Wood, Gaharu Bracelet...Hand-Made




Kayu Gaharu atau Agarwood dari Gred B-C....Tempahan seorang Sahabat

Sandalwood Bracelet..Hand-Made









Teras Cendana...Tempahan dari seorang sahabat...

Tuesday, August 14, 2012

Master-Piece...










Tempahan Sahabat....

Cincin Akar Cenuai..


Cincin bersaiz 17-18 dengan Akar Cenuai Gunung. Ada beberapa pertanyaan dari para sahabat, "Kalau saya bukan dari jenis orang berniaga boleh pakai tak untuk pelaris"??. Maksud pelaris ni tidak semestinya untuk orang-orang yang berniaga sahaja. Ibaratnya, jika kita memakai bau-bauan yang wangi..siapa yang suka pada kita??. Dan, kalau bau badan kita berbau sampah pula, bagaimana??.. Peniaga pula, jika menjual sesuatu barangan yang tidak baik dan tidak boleh diguna-pakai, pakai pelaris yang macam mana pun...tetap tak laku..sebabnya, barangan yang dijual tidak boleh diguna-pakai. Dan kenapa pula kedai mamak roti canai tu asyik penuh ajer kedai depa??.. depa pakai pelaris ker?? yang tu bukan pelaris...tu sebab dah jadi trend masyarakat kita yang suka melepak kat kedai mamak...tetapi, mamak tu ada pakai pelarisnya jugak..pelarisnya adalah...murah dan boleh duduk berborak sampai pagi hanya dengan segelas kopi...hehehe

Cincin Akar Umbi Teras Kelor..Saiz 4 Segi

Rona bintik-bintik sebagai trade-mark teras kelor.
Saiz Cincin 20-21
Cincin ni dititipkan bukan atas tempahan...tetapi ianya dititipkan sebagai contoh...dua bentuk cincin ini terbuka untuk dijual kepada para sahabat yang berminat...sila sms atau menghubungi pengasas melalui talian 019-3387074 atau 019-2563074..

Monday, August 13, 2012

Keunikkan satu-satu jenis Teras yang digelar Kelor atau Gemunggal



Ini adalah salah satu contoh pengetahuan yang cuba pengasas utarakan dan berkongsi bersama-sama para sahabat semua. Tidak kesemua Teras Kelor memiliki bahagian sebegini. Bagi setiap potongan, hanya sebutir sahaja yang mungkin sebegini...ini contoh yang dikatakan beza urat kayu atau Anatomi Teras Kayu antara Teras Kelor dan Teras Gemunggal. Perhatikan urat yang bersambung dan urat yang berbintik..urat berbintik lebih cenderung kepada nama teras yang diketahui iaitu teras kelor dan urat yang bersambung pula dikenali dengan nama teras gemunggal. Sebenarnya, dua jenis spesis ini adalah dari rumpunan keluarga yang sama tetapi spesis berlainan. Jenis urat berbintik lebih merujuk kepada jenis Hutan, Pulau dan Bukit dimana namanya lebih popular dengan nama teras Kelor, manakala jenis urat yang bersambung pula lebih cenderung kepada jenis Kelor Kampung atau lebih dikenali sebagai Gemunggal, Remunggai, Mungai, Murunggay atau Malunggay(munggae). Jika dibuat perbezaan dari bau pula, kebanyakkan jenis urat berbintik tidak dikira dari jenis mana pun, baunya seakan sama, bau seakan bau coklat kayu...(tah la, hangpa kena mai umah aku buat perbezaan), dan manakala dari jenis kampung pula baunya agak tengit pekat pedas..(camner tuh arrr). Saya sering kali membuat perbezaan dari sudut bau dan rasa...ini kerana, perbandingan melalui urat tidak akan meletakkan satu-satu jenis spesis itu dan ini adalah serupa..ini kerana kebanyakkan jenis kayu memiliki urat dan serat yang agak lebih kurang sama. Daun serta buahnya juga berbeza..Buah Teras Kelor bulat dan memiliki daun yang agak lebar, manakala Buah Gemunggal adalah sebagaimana yang dilihat panjang dan berbiji-biji didalamnya (Buat kari..memang Best). Daunnya pula kecil. Kedua-dua jenis teras ini sering menjadi kekeliruan pada orang-orang yang melihat dan meminatinya. Malah dari sudut fadilatnya juga berbeza-beza. Daun dan Buah Gemunggal lebih cenderung kepada fadilat Perubatan. Teras Gemunggal sebenarnya lebih cenderung kepada penawar Santau dan Sihir, manakala Teras Kelor pula memiliki fadilat keseluruhan. Contoh fadilat yang terdapat pada teras Gemunggal yang diwar-warkan adalah ampuh asid, tetapi ada jenis peratusan asid yang mampu menahan kesan pada kulit..kalau asid yang kuat..apa bahan pun tak mampu menahannya. Rata-rata jenis teras yang dikatakan ampuh asid adalah dari jenis Urat Teras Gemunggal yang berbintik dimana ianya adalah Teras Kelor amat jarang jenis teras gemunggal yang memiliki urat bersambung diuji dengan kesan asid keatas kulit manusia. Saya pernah menguji pada kedua-dua jenis teras ini dengan bahan asid corrosive..dan saya mendapati..kedua-duanya memiliki fadilat tersebut..cuma jenis teras yang amat payah diperolehi adalah dari jenis Urat Bersambung dan mampat, iaitu jenis Kampung (merujuk kepada jenis yang tenggelam didalam air). Tidak bermakna jenis kampung adalah lebih baik dari jenis Hutan..Pada pendapat dan renungan saya...Semua yang dijadikan adalah yang terbaik...sebabnya pula...Siapakah kita untuk menyatakan ini baik dan yang itu tidak baik, Sesungguhnya apa jua yang dijadikan oleh Maha Pencipta, sudah semestinya yang terbaik bagi manusia..."Apa Jua Segalanya"..bukankah Alam ini dijadikan buat Manusia??? renungkan lah...
"Selamat Menjalankan Ibadat Seharian demi Kebaikan diri Sendiri"

Sarung Cincin Steel..Bujur dan Empat Segi.

Pengasas telah menempah lebih dari 200 biji sarung steel...yang dapat hanya ini sahaja, selebihnya selepas hari lebaran baru dapat.
Ini adalah untuk tempahan para sahabat yang menempah teras kayu bersama-sama dengan sarung.
Saiz dari 16 hingga ke 22...kalau nak lagi kecil atau lagi besar dari yang dinyatakan saiznya...pengasas nak kena cari la pulak..Buat para sahabat yang ingin menempah dari pelbagai jenis teras dan kayu, InsyaAllah..boleh menempahnya...bagi para sahabat yang telah menempahnya pula...Barangan para sahabat telah diposkan..minggu ni sampai la kot...InsyaAllah..

Tempahan Raya..Teras Kelor@Gemunggal



Sebahagian dari teras-teras yang ditempah untuk hari lebaran...selebihnya...masih dalam proses pembuatan...Sarungnya baru dapat..lama dok tunggu..

Teras Kelor Hitam....Hitam Ker???


Ada beberapa sahabat yang bertanya dan menempah teras kelor@Gemunggal dari jenis yang berwarna hitam..Ingin saya kongsikan kepada para sahabat. Teras Kelor atau Gemunggal sebenarnya bukan berwarna hitam...yang berwarna hitam adalah Teras Kemuning Hitam, Penawar Hitam dan kayu arang yang berwarna hitam. Warna teras Kelor atau Gemunggal adalah berwarna Pucat Kekuningan, Coklat Kemerahan, Coklat Pekat Gelap yang hampir kehitaman. Walau bagaimana hitam teras tersebut, ianya tetap berwarna coklat. Ada juga yang bertanya "Ada masak dengan Minyak tak"..jawab saya...kenapa tak tumiskan ajer buat lauk berbuka puasa?..Teras Kelor tidak perlu dimasak atau direndam dengan minyak untuk menjadikannya warna hitam...teras apa jua, jika ianya dipakai pada jari atau dibadan, lama-kelamaan, peluh dan minyak dari badan akan mengenai pada teras kayu yang dipakai...lama-lama pun, hitam jugak la teras kayu tu..Minyak dan peluh badan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan minyak selain darinya jika dikenakan pada teras kayu. Teras atau kayu akan lebih tahan dan juga cas letrik kinetik dari tubuh badan akan diserap oleh teras kayu tersebut..baru la ada rasa bila pakai teras kayu.."Teras Kayu yang dimasak"???..kayu resak ok la kalau nak masak dengan minyak bagi mengelakkan serangan anai-anai serta bubuk kayu.

Gelang dan Tasbih...Tempahan.

Buat para sahabat yang telah menempah dari jenis gelang dan tasbih...InsyaAllah, selepas hari lebaran akan saya poskan...yang sempat diposkan hanya bagi para sahabat yang telah menempah jangka-masa seminggu( Minggu Lepas) sebelum ini...InsyaAllah, bagi para sahabat yang baru menempah pada hari cuti sebelum ini, barangan akan diposkan selepas 7 hari dari hari lebaran, ianya akan saya poskan kepada para sahabat semua...InsyaAllah...cuma kalau sempat sebelum raya...kira nasib baek la tuh...InsyaAllah para sahabat

Damar Minyak...Labu Simpanan Batu Geliga..

Labu ini diolahkan bagi menyimpan batu geliga didalamnya...ini tempahan sahabat...jika para sahabat yang lain berminat dengan bekas seperti ini...ianya juga boleh diolahkan dari jenis teras yang berbagai selain dari jenis damar minyak.