DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, July 28, 2012

Teras Kelor..Tempahan Pelbagai..

Bahagian yang solid..Teras Kelor..


Bahagian Pangkal Akar Teras Kelor....




Yang dipaparkan adalah bahagian Teras yang mengandungi Minyak yang masih belum kering..Ianya adalah stok yang telah ditempah oleh pengasas...3 bulan baru dapat..

Permata Akar Cenuai Gunung

Yang telah dibentuk menjadi Permata Cincin


Bahagian yang agak gelap adalah bahagian teras..




Mata Cincin yang telah dipolish dan yang masih Raw..Ini adalah tempahan sahabat..

Teras Kelor Bukit..

Melihat ajer warnanya..tak bermaya..tetapi, inilah rupa warna sebenar pada teras kelor bukit...ada juga yang memanggilnya Teras Gemunggal Bukit, Susunan uratnya menghampiri rupa pada jenis gemunggal kampung..tetapi urat berbintik pada gemunggal kampung dengan jenis bukit berbeza kerana bintik liang roma yang dikatakan ada pada jenis bukit agak kasar. Bintik-bintik lubang romanya besar-besar. InsyaAllah, di paparan lain akan saya kemukakan rupanya..

Tasbih Teras...Tempahan dalam proses pembuatan

Masih dalam peringkat pembentukkan..


Bagi membentuk biji-biji tasbih, telah saya nyatakan sebelum ini...ada berbagai caranya.




Dari bentuk Log. dipotong dan dilarik sehingga sedemikian..bayangkan..berapa banyak yang terbuang..kalau terpatah atau retak pada teras ini ketika pembuatan..jawabnya, kena buat balik..

Teras Asam Gelugor..

Asam Gelugor dan Asam Jawa..Perbezaan bagi jenis teras Ibaratnya sebagaimana antara Kelor dan Gemunggal ataupun Cempedak dan Nangka. Urat berbintik pada teras asam jawa agak kasar berbanding Teras Asam Gelugor. Bintik-bintik yang terdapat pada kedua-dua jenis teras asam ini agak berbeza sedikit. Ada pendapat mengatakan Teras Asam Gelugor adalah lebih baik


dari teras asam jawa. Cuba kita renungkan, jika memasak Kuah Laksa, antara Asam Jawa dan Asam Keping....yang manakah diguna pakai didalam masakkan tersebut? yang mana lebih sedap?..tetapi ada satu persamaan mengenai teras asam ni...keras giler terasnya....

Teras Kemuning Hitam..Tempahan Gelang

Yang baru dilarik..


Potongan kiub kecil yang telah ditebuk lubang padanya..




Melarik ni ada berbagai cara mengikut kesesuaian pembuatnya. Mesin Pemutar Kayu hanya memusingkan kayu teras, tetapi bagi membentuk teras kayu pula memerlukan penghayatan yang tiada berbelah bagi.




Ada ketikanya, sewaktu membuat lubang sekecil 1-mm untuk menebuk lubang pada teras yang amat keras, bit penebuk mampu patah jika tekanan padanya dikenakan terlampau kuat. Cara yang terbaik adalah dengan penggunaan air. Teras Kemuning Hitam ini adalah untuk olahan Gelang tempahan seorang sahabat.


Gelang Teras Kelor..Untuk Dijual..

Ukur lilit biji gelang dari 13-15mm


Sebagai perhiasan..kekadang tu, ada yang tak suka pakai jam tangan...tetapi dirasakan agak kosong pada pergelangan...sambil-sambil tu...boleh juga digunakan sebagai tasbih...tak perlu memiliki bilangan yang tertentu untuk berzikir..cukup sekadar rasa yang bermain dijari jemari...ungkapan pula, tiada hentinya didalam hati tanpa bilangan menghitung kali.

Teras Kelor dan Teras Gemunggal Merah...Tempahan Pukal..

Teras Kelor...potongan Sisi


Teras Gemunggal Merah...Tempahan para sahabat yang akan diposkan..InsyaAllah


Teras Kelor




Teras Kelor...Mata cincin yang ditempah para sahabat..warna yang terdapat padanya ada berbagai. ditanya mengenai keampuhan dari sudut Fadilatnya..apa jua yang dijadikan sudah pasti ada penjelasan mengenainya. Tidak dijadikan sesuatu diatas muka bumi ini tanpa penjelasan mengenainya. Formula bagi mengenali akan sesuatu bentuk kejadian dan "yang dikatakan Fadilat" adalah dengan mengkaji sifat yang ada pada sesuatu yang telah dijadikan olehNya..

Monday, July 23, 2012

Hand Made Masbaha, Tasbih, Tespih, Praying Beads, Rosary Beads From Exotic Woods

Rounded shape Masbaha from selected exotic woods


Hand shaped...each individual rounded beads has it's own characteristic due to it's unique original pattern. The maker it self...splendid fruitfull of passions and presciousness...


Chanting words spilled-spread with the wave vibrations that generate from the heart and the beads slipped thru the tiny finger feels restless by each unique beads round by round in your hands..not by counting on it...but, it just a feels that you'll never stop doin it....to like it..is to "Love it"..


It is not easy to shape it perfectly round by hand, unless if you use a template or a special machine to do it. It's not a shape or machine for the answer for it...it is a "Spiritual Within"


Hand made beads usually will re-present or "mirror of the Beholder" of the ownership for the selected Hand-Made Praying beads it self, no matter how was it and what it looks like. The "Beads Maker" it self has it's own perspective on his own hand making on a certain praying beads for who so ever has the heart of "The Creator" beneath in it self...Beading is not for nothing..but if it does make your heart beating with the "Rememberance of The Great Blessings" of "The Al-Mighty Allah" on each beat of the time in your Heart, it is much better rather than being beating someone that making your heart sprawl with hate, loave and being selfish towards your own punishment on the Judgement Day..but, Nowadays, if pays you off on top of the notch as what it is, for what you're doin...dont wait till the end...Just Do'it Now...for your own goodness...

Tasbih Teras Kelor Bukit 99 Butir (Hand Made)..Tempahan Sahabat




Pembahagi Tasbih pada setiap 33 butir








Kepala Tasbih dari jenis Kelor Hutan..


Bersaiz ukur-lilit 11-12mm, agak panjang sedikit..tetapi, sesuai dibawa kemana jua didalam Pouch-Back..Teras Kelor Bukit memiliki liang-liang pori yang lebih kasar dari liang pori yang terdapat pada Teras Kelor Hutan dimana, Teras Kelor Hutan agak lebih Solid dari jenis Bukit. Teras Kelor Bukit hidup dikawasan tinggi dan berbatu. Beza diantara jenis hutan dan bukit adalah dari ketumpatan atau density kayu..Jenis bukit memiliki ciri-ciri flexible dan agak lampung dari jenis hutan yang agak begitu keras serta liat. Mengikut Petua lama, jenis yang dicari-cari oleh orang-orang dulu adalah jenis kelor hutan yang berwarna coklat gelap menandakannya jenis teras yang cukup matang. Kebiasaannya jenis Bukit agak payah diperolehi dari jenis yang solid dan yang dikatakan jenis tenggelam didalam air...kelebihan Jenis Gemunggal atau Kelor pada rapat umumnya yang dikenali ampuh asid..

Wednesday, July 18, 2012

Rahmat Bulan Ramadhan Al-Mubarak....

Bila Bulan Ramadhan menjelma, maka pesta makan pun bermula lah...asal belum lagi berakhirnya bulan Sya'aban, maka naungan Pesta Pembaziran pula berkumandang disana sini. Bila muka Unta ada dipaparan muka TV, maka kita tahu, bulan Ramadhan menjelma kini. Tatkala Azan Zohor berkumandang, ada yang bertanya, berbuka lauk apa kita tengahari ni?...maka azan Asar pula, hello... dah masuk Waktu Imsak dah ni!!..Bila azan Maghrib pula...Get Ready to Make and Break Up (kiter kasi pecah ler)...dan apabila Azan Isya serta Laungan Takbir Terawih kedengaran, maka pesta mencucuk langit pula menjadi turutan Break-up and Selak-Up, Air Zam-zam chap lima bintang atau Air Sirap kuning dan Hitam pula menjadi tonik kecergasan tubuh dan minda...... Apabila Azan Subuh berkumandang, maka, waktu Berbuka PUAS-anya dengan membuka periuk melihat tinggalan pusaka didalamnya....Waktu Dhuha pula, mimpinya baru nak bermula. Tauke Kedai mamak yang membuka warung atau restorannya...pelanggannya tiada, tetapi bekas lauk-pauknya kontang belaka. Nasi Bungkus amat popular dikala waktu tengahari yang asalnya untuk dibuat berbuka pada waktu zohornya.

Lewat satu Jam dari Azan Asar, maka berduyun-duyunlah mencari kumbahan untuk limpahan perut yang kelaparan. Puasa hanya Turutan Syariat dan Tarikatnya sahaja, sedangkan Puasa Hakikat dan Makrifatnya Tiada. Apakah yang dikatakan, Puasa yang hanya mendapat penat dan letih?? Ibadah yang sia-sia...Allahu

Perut Puasa, Hati Berbuka
Rokok habis, asap tiada,
muka letih
mulut berbau puaka.

Wahai Para Sahabat Sekalian, apa yang diruntunkan hanyalah sebagai renungan bagi mengingati akan perbuatan dikala kejahilan..Apabila Ilmu menerpa kedalam Qalbu, yang direnungkan hanyalah Ibadat Amalan untuk kehidupan yang berkekalan...apakah yang kekal dan apakah yang binasa..Ramadhan yang menjelma, adalah Bulan Peringatan bagi yang Bernama "NAFSU"..Sedangkan "Amal Puasa itu adalah Untuk Mengingati Ku, Khas Buat Ku bagi hamba-hamba-Ku yang mahu meneguhkan Asas Keteguhan Jasad dan Rohani mereka"..maka Beramal-Lah, BerQalam Lah, Bertahlul Lah dan berbagai-bagai lagi Lah demi kebaikan.. bagi kebaikan untuk diri kamu sendiri. "Dan Sesungguhnya, terdapat malam-malam di Bulan Ramadhan, ada satu malam yang dilimpahi dengan RahmatNya melebihi dari seribu bulan...janganlah ditunggu pada malam yang dikatakan...sesungguhnya...bersungguh-sungguhlah sepenuh-penuhnya pada setiap malam dalam amal kamu dalam bulan tersebut...agar rahmatnya berlipat-lipat kali gandanya " buat hambanya yang mahu berfikir"...Sesungguhnya Aku Mengingati Ku...Allahu.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...dari pengasas Blog Rahsia Alam...(waliqudus)..Salamun khaulam'mir robbir'rohim...

Sarang Burung, Geliga dan Cenuai..

Pengasas ada mendengar dari beberapa cerita orang-orang lama...ada jenis-jenis Geliga yang agak belum matang, apa bila diletakkan didalam sarang burung (ada jenis-jenisnya), geliga yang diletakkan didalam sarang burung tersebut akan menjadikan geliga yang muda menjadi matang dalam jangka masa yang cepat (Masa-masa yang tertentu)..saya pernah melihat seseorang yang meletakkan geliga jenis Lipan kedalam sarang burung jenis Tempua bagi olahan yang diperkatakan...sejauh mana kebenaran dari kata-kata tersebut, lalu, saya telah memeramkan beberapa butir geliga dari jenis lipan kedalamnya bagi mendapatkan akan kesahihannya. tetapi geliga yang dieramkan didalam sarang jenis burung walit...apakah hanya sarang burung tempua sahaja atau selainnya yang boleh diguna pakai...ni pengasas cuba/try/test/tengok..
Dahan cenuai yang diperolehi ini amat kecil untuk pembuatan biji tasbih...tetapi ianya boleh diolahkan dalam bentuk yang berbagai jika diusahakan selain dari Biji Tasbih. Pengasas akan mencuba dalam olahan gelang yang berlainan dari kebiasaan yang dibuat oleh pengasas.......kalau menjadi...InsyaAllah, pengasas akan membuat paparan mengenainya bagi tempahan terbuka untuk olahan gelang cenuai untuk para sahabat jika meminatinya..

Yet To Cut....Solid Core..

Band Saw ni...nama ajer hebat..tetapi, mata cepat tumpul...pakai la dari brand Lenox ke, Sandvik ker...samer ajer..kena dengan teras kelor yang keras, tak termakannya..
Bagi mendapatkan teras kelor yang berkualiti, pastikan ianya retak seolah nak pecah. Ini kerana, apa jua jenis teras yang solid akan meretak disebabkan kepadatan yang begitu mampat dan Minyak darinya pula beransur kering. Uratnya pula berceranggah berpusar. Teras Kelor amat keras sehinggakan mata gergaji mampu tumpul dalam 5-7 kali potongan rentas...kena la tajamkan mata demi mata dari gergaji Band Saw bila teras yang dipotong tidak lagi bergerak apabila disuapkan teras kayu pada mata yang sedang beroperasi.


Tempahan Tasbih...

Potongan yang masih belum dibulatkan....ada juga yang telah di proses menjadi separa bulat...
Raja Kayu Putih yang dilarik untuk Imam Tasbih...
Yang ni baru 2 jenis...Kepada para sahabat yang telah menempah dari tasbih 33 jenis Kayu dan Teras...diharap bersabar...kerana kayu dan terasnya masih dalam Proses Ripping.

Mata Cincin Teras Kelor Bukit (Solid Type) dan Kelor Pusaka..Tempahan

Sedang dalam Proses pembuatan untuk mata cincin...Tempahan Raya nih...
Baru gosok buat bentuk dan akan diolahkan lagi dengan gosokkan dari jenis kertas pasir halus pula bagi melicinkannya..dah siap nanti akan saya buat paparan baru...InsyaAllah...kalau tak dan nak buat posting tu kira dah kena sapu la dulu..

Tasbih Gabungan...99 Butir..

Imam Tasbih dari jenis Gemunggal Merah..
Yang berwarna putih pula adalah dari jenis teras Raja Kayu Putih dan selebihnya termasuk pembahagi tasbih (Bilal) adalah dari jenis akar teras kelor..Saiz butiran biji tasbih adalah lebih kurang 12-13mm Tasbih ini adalah tempahan sahabat....Untuk Ramadhan la ni bro...

Tasbih Teras Kelor 99 butir saiz 10mm


Tasbih tempahan sahabat...99 butir saiz 10mm...hujung bahagian imam tasbih pula diikat dengan biji saga...

Loket Tempahan Sahabat...Teras Gabungan 61...dengan Besi Lahar..


Baru dok siap...bila nak diposkan??...InsyaAllah, tak hari ni..besok...sekali jalan dengan yang lain-lain...Pembikinan pada kali ini, pengasas telah membuat bahagian kelongsongnya agar lebih tebal dan ditambah dengan Serbuk besi lahar...

Wednesday, July 11, 2012

Teras Kekabu..ka-ka-boo

Ka-ka-bo0..ka-ka-boom... buahnya meletup kapas kabu terbang bersepahan, apakah teras ringan ampung dari kayangan..menampung kepala meringankan tekanan.. Teras kekabu bukan sembarangan, mengampung badan bagaikan kabu kapas yang ringan....

Ayat tu hanyalah limpahan kata-kata petua lama yang tidak diloretkan didalam kitab tajalian teras kejadian. Hanya melampirkan hikmat perkataan diolahkan kepada apa yang diperkatakan dengan perkara yang bertentangan. Masa kini, tiada lagi Ilmu yang menjuruskan kepada jasad manusia yang terbang dengan asbab pengunaan teras yang ringan seperti kapas yang berhamburan. Apa yang terbang kini hanyalah Etika tingkah perlakuan pada manusia, nafsunya pula berkehendakkan kepada perkara batil belaka. Kala Kebenarannya pula berterbangan ibarat kapas kekabu yang ditiupkan angin dengan se-sekali hembusan.

Kunyit Hitam...Mata Cincin..

Kunyit ni asalnya yang masih belum cukup tua...Kunyit hitam apabila terdedah kepada persekitaran yang terbuka, ianya akan mengeras macam batu...


yang ni rupa dia macam jin berpeluk tubuh yang dah jadi batu kena sumpah ngan aku...cara nak sumpah dia jadi batu adalah dengan mengeluarkannya dari dalam tanah...kuang-kuang-kuang...jenis ni tak boleh buat ritual tarik duit...tetapi kalau ada orang beli...gerenti pengasas dapat tarik duit dari pembelinya...baru betul tarik duit...Setelah persetujuan yang dibuat dengan Pembeli..pengantara upacara ritual penarikkan pula adalah dengan 1: Sampul Surat..2:Borang Poslaju..3:bayar Fidyah kat kaunter poslaju 4:...ten-ten-ten...duit yang ditarik telah tersedia didalam akaun bank...cara yang betul dan halal dalam proses penarikkan duit...hehehe...(Jangan ambil hati..Bergurau jer nihhhh...)



Walaupun tidak cukup matang, pengasas sajer sesuka mencanainya untuk buat mata cincin...lama-kelamaan, kunyit ini akan berwarna hitam pekat sepenuhnya....kan lawa buat hiasan kat jari daripada dok buat tarik duit...pekena teh tarik lagi baekkk....




Ilmu tarik ni bukannya takder....ada...tetapi, syarat-syaratnya agak melampaui batasan pemikiran dan diluar tabie dalam sudut aqidah dan pandangan syariatnya...cukup-cukuplah dengan saman, cukai, minyak, barang dapur, mesin buah, mesin jack-pot dan berbagai lagi yang ditarik dari dalam poket kita sendiri, kalau tak ditarik pun, kita yang menariknya keluar disebabkan kejahilan kita sendiri. Tetapi kalau duit yang ditarik keluar dari poket kita untuk menampung tanggung-jawab kita kepada keluarga, bangsa dan agama...itu adalah lebih baik bagi diri kita. Yang sebenarnya, apa yang perlu ditarik keluar dari dalam diri kita adalah sifat yang tidak sepatutnya berada didalam diri manusia yang digelar "Insan-Ikhsan"..dan bagi menjadi seorang Insan yang bertanggung-jawab adalah Insan yang mampu Menarik Keluar Ilmu yang telah sedia ada didalam Al-Quran dan diterapkan didalam diri bagi "Penarikkan ummat ke-jalan yang diRedhai"...ritualnya pula adalah...perbuatan yang dirahmati....InsyaAllah...hati yang melihat perbuatan yang direhdai..pasti akan menarik orang-orang yang mahu dirinya dirahmati..(Wallahu...ayat-ayat aku tak berapa lengkap...selebihnya..hangpa tolong bagi pelengkap arr).