DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, May 3, 2012

Teras Kelor ...Tinggalan Pusaka...

Ciri-Ciri berbintik halus Trade-Mark Teras Kelor....


warna hitam...tetapi, warna asalnya adalah Coklat...jika digosok pada kertas pasir, warna coklat akan terlihat pada permukaan kertas pasir....Ini adalah Teras Kelor jenis hutan berbukit... disimpan melebihi dari 50 Tahun kat dalam Peti Kayu. Teras yang dipaparkan memiliki Sejarah yang tidak dapat saya Sebutkan.



Yang dipaparkan adalah Jenis Teras Kelor peninggalan Pusaka yang tiada Puaka atau Saka. Teras Kelor Hitam....Sebenarnya, warna hitam yang terdapat padanya adalah akibat telah terlalu lama disimpan. Teras Kelor walaupun lama, ianya tetap memiliki Bau seakan bau coklat apabila digosok dengan mesin Sander, Fadilatnya yang amat terkenal sebagai Medium Ampuh Asid, Penolak Sihir, Daya Ketahanan dan Berbagai lagi, lalu ianya mendapat perhatian serta menjadi salah satu dari jenis teras yang dicari dan disimpan untuk waktu-waktu terdesak. Tetapi, bagi mengenali dan memperolehinya bukanlah suatu perkara yang mudah sebagaimana mudahnya mencari kedai mamak di Kuala Lumpur. Nilai harga baginya pula ada yang menjualnya semurah Rm0.05sen sehingga ke Rm sen-sen-sen-sen....berbesen-besen lah duit sen-nya (Beribu Ringgit lah tuh) bagi mendapatkan Teras Kelor untuk dijadikan sebagai pakaian diri dalam bentuk Mata Cincin dan berbagai lagi...