DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, May 12, 2012

Teras Kelor Pusaka Lama...Mata Cincin

Dua jenis teras kelor...sebelah kanan adalah Teras Kelor Pusaka Lama dan sebelahnya lagi adalah dari jenis Teras Kelor Akar Umbi...


Barang Pusaka Lama adalah yang diertikan sebagai simpanan barangan lama yang diperturunkan dan memiliki sejarahnya yang tersendiri. Pendapat saya, apa jua yang disimpan terlalu lama dan diperturunkan juga boleh disama ertikan dengan erti kata pusaka lama. Dari sudut Ilmu pula, yang diertikan dengan Ilmu yang dipusakai sekian lama, diterap-amalkan sepanjangnya apakah ianya juga dikenali sebagai Ilmu Saka?..Adakah Saka itu baik ataupun yang tidak baik...Ilmu Saka yang sebaik-baik saka adalah Ilmu Agama yang diperturunkan serta diamalkan lalu ianya disebarkan dengan kesungguhan yang nyata.



Teras Kelor, pengetahuan mengenainya boleh dikatergorikan sebagai Ilmu Pengetahuan Pusaka Lama yang diperturunkan oleh orang-orang dahulu kala. Keampuhannya sebagai medium pengantara dalam kepercayaan mistik dan juga perubatan telah diamalkan sejak sekian lama. Tetapi, kepercayaan tersebut berlandaskan dengan Tingkah Syariat yang telah ditetapkan. Walaupun sedemikian, ada segelintir Tingkah laku Manusia itu juga telah melangkaui batasan sehinggakan Teras Kelor diperkotak-katikkan kerana Nilai-Nilai Nafsu Keduniaan.