DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, May 26, 2012

Selamat Menjalankan Ibadah Umrah...Buat Sahabatku

Apa yang dipaparkan hanyalah Simbolik sahaja, tetapi sebalik simbolik yang terpapar...banyak rungkaian ilmu yang boleh difikirkan. Salah satunya...kenapa nak duduk didalam sedangkan didalam tu sempit...Keluarlah..kan luas alam ni...kalau omputih ada kata-katanya "Don't look from inside the Bowl' Look from out-side the Bowl"..ada juga yang berkata, apa yang tersimpan, bukan semuanya boleh dikeluarkan...tidak kurang juga, Bekas yang berisi penuh-sepenuh-penuhnya jika digoncang tidak berbunyi..kalau isiannya sedikit, bekas yang digoncang akan berbunyi bising...bekas yang kosong, boleh diisi..jika bekas yang penuh, jangan diisi kerana akan terkeluar kembali..maka jika mahu diisi, kosongkan lah bekas tersebut dan barulah diisi..

Kata-kata diatas mengenangkan saya kepada kata-kata yang penuh berhikmah oleh para sahabat yang bersahabat dengan saya, mengerjakan ibadah Haji, Umrah dan sebagainya di Tanah Suci adalah sesuatu yang menjadi renungan bagi ummat yang mahu berfikir akan kejadian-kejadian dari lipatan Sejarah yang telah lalu, daripada lipatan sejarah tersebut, ianya menjadi sesuatu yang dapat menginsafkan diri, lalu kembali-kembali kepada jalan kebenaran. Untuk melakukan Ibadah Haji dan Umrah, tidak semestinya jika memiliki wang yang banyak atau kudrat yang kuat...Sesungguhnya, ke Tanah Suci adalah "diatas Jemputan" bagi kepada yang diIzikan...Alhamdulillah, Buat Sahabat saya yang Dirahmati Allah...CIKGU NASIR GAYONG...Selamat menjalankan Ibadah Umrah di Tanah Suci, Muga Allah mempermudahkan Perjalanan Sahabat serta diiringi dengan RahmatNya....InsyaAllah...dan....Jangan Lupa...Sampaikan Lah...Salam saya kepada "Muhammad Rasullullah S.A.W"...dari waliqudus yang dhoif ini..Ya Nabi, Ya Habbibullah, Salam'mun alaika....