DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, May 3, 2012

Contoh Teras Kemuning Gading..Untuk Perhatian Sahabat













Ada yang mengelarnya sebagai Kemuning Raja/Kemuning Emas dan Kemuning Gading...yang membezakannya hanyalah panggilan di beberapa daerah...Kemuning Emas juga dikatergorikan dalam Gred...Grednya pula dikira melalui Rentas Alur/Rona serta Belak pada bahagian teras kayu. Belak atau belang yang halus menyerupai Belang Harimau serta kilau keemasan yang terdapat pada teras tersebut yang dicari bagi pembuatan sampir dan berbagai. Bahagian Belang yang berbelak adalah tindak balas urat teras yang melengkung dan bahagian tersebut akan menghasilkan belak-belak halus dengan warna keemasan yang berkilau. Jika olahan oleh si Pandai Kayu yang mahir dalam Pembuatan Sampir, Hulu serta Sarung Senjata Tradisional, bahagian yang berbelak keemasan tersebut akan terserlah, serta hasil seni yang berkualiti dapat dipamerkan melalui seni pertukangan dengan jenis Teras Kayu yang berkualiti.