DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, May 12, 2012

Centipede Stone Evolution...Perubahan Pada Geliga Lipan..

Geliga Lipan...Geliga lipan yang hidup kebiasaannya akan melalui beberapa proses penuaan jika tahu mengolahkannya. Ada beberapa ciri yang dikira bagi memastikan jika ianya adalah jenis geliga yang betul. Salah satu darinya adalah melalui perubahan warna serta merasai getaran dari batu yang dikenali sebagai Geliga Lipan..Cuma Geliga Cipan ajer yang saya tak berapa nak tahu..


Perhatikan melalui bekas tompok seolah gigitan pada permukaan batu. ada yang berpendapat, jika terdapat buih dari dalam batu, memungkinkan ianya adalah bahagian dari yang dikatakan lebihan cecair bisa yang dihasilkan oleh Lipan tersebut selama ianya membawa geliga tersebut dan bermain-main dengannya... seolah-olah macam Dragon Ball...




Peringkat awal warna yang terdapat pada geliga lipan yang dikatakan dalam usia bayi yang berwarna jernih..seakan geliga embun. Kebanyakkan pendapat oleh orang-orang yang ahli dalam pengetahuan mengenai geliga lipan, asal geliganya adalah dari jenis Embun yang turun ketika masih lembut dan kenyal, lalu si sang lipan akan pergi mendapatkannya bagi mendapatkan fadilat dari geliga embun tersebut seolah memakannya, lalu si sang lipan akan mengeluarkannya kembali lalu dibawa kesana kemari sehingga geliga embun menjadi keras, proses penuaan pula adalah dari faktor kimia yang bertindak balas diantara lipan dan geliga tersebut..pendapat tersebut hanyalah pendapat sahaja dan bukannya satu kemestian.


Geliga Lipan Peringkat Budak-budak, Geliga lipan akan bertukar warna mengikut persekitaran, ada yang berwarna coklat, pink, putih susu dan berbagai bergantung kepada cuaca serta kelembapan sekeliling pada habitat lipan tersebut.


Geliga Lipan Peringkat Remaja...tetapi masih didalam katergori Geliga Muda..Kebiasaannya berwarna Merah cerah.


Perbandingan usia seolah orang yang tergolong dalam usia 30-an...merah pekat, ianya masih didalam katergori Muda..jika warna hitam dan permukaan geliga yang mengerutu..dalam katergori tersebut, geliga boleh ditarafkan sebagai warga emas atau dari jenis geliga matang.




dari peringkat-peringkat yang disebutkan, rasa getaran dari geliga yang dipaparkan juga adalah mengikut usia..Geliga yang berwarna Merah pekat kebiasaannya adalah geliga yang disimpan dan dijaga melebihi dari Lima tahun..Wallahu..apa yang dipaparkan adalah melalui pemerhatian dari saya sendiri melalui proses penuaan geliga jenis lipan...bab Fadilatnya pula...Itu Milik Allah.