DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, May 17, 2012

Bagaimanakah....Cara Olahan Geliga....Pertanyaan Para Sahabat

Air pada daun pokok ini bukanlah air hujan ataupun air siraman...ianya adalah lebihan Embun pagi yang dah nyaris menyondong ke dinihari....hehehe..


Botol yang berisi dengan jenis-jenis geliga ditanam..cara sebegini adalah "salah satu" dari berbagai dan pelbagai cara yang dikatakan sebagai "Cara Penjagaan"..walhal kekadang tu...diri sendiri pun tak terjaga...kuang..kuang...kuang..




Mengapakah sedemikian caranya???..ini kerana, bagi mendapatkan suasana keadaan sekeliling yang semulajadi serta suhu yang sesuai bagi jenis-jenis geliga yang dijaga. Cuba kita renungkan keadaan Habitat Binatang yang bernama Lipan...apakah habitat serta suhu persekitarannya?. Biasanya Lipan lebih suka hidup ditempat yang gelap serta sejuk...Mengapa perlu pula geliga jenis lipan direndam didalam Madu?...sedangkan madu itu panas umumnya..orang yang bermadu tu pun kan panas...so..contoh untuk penjagaan geliga jenis lipan, perlulah diletakkan ditempat yang betul serta keadaan suhu yang sesuai bagi menetapkan tenaga yang sedia pada geliga tersebut...Kenapa pula dengan Air Zafaran??..Zafaran pula adalah dari bunga..sedangkan kebanyakkan bunga itu pula adalah ubat kepada makhluk-makluk yang ada kat dunia ni mengikut batas masing-masing...Madu tu kan ubat asalnya...tetapi asal madu tu pula dari mana?bukankah ianya dari bunga?...contoh perumpamaan dengan buah betik... bunga betik kan pahit rasanya...kenapa bunga buah betik??tu kan bagus untuk ubat kencing manis?..Mayang pula apa..kenapa pula kena di ulik?..kan mayang tu bunga dari putik buah kelapa??kelapa pula ada apa..kan ubat semuanya?? kesemuanya ada tata-cara ilmu pengolahan darinya dan itulah yang dikatakan "Tiada apa jua yang dijadikan dengan Sia-Sia"




Air pula...mengapakah Air Embun..Air embun adalah cecair yang diturunkan dari Langit...ruangan antara Langit dan Bumi pula, ruangan tersebut mengandungi Ion-Ion yang positif dan negatif..apakah yang terjadi apabila Haba yang naik ketika waktu malam dan Haba Sejuk yang turun, terjadinya pula adalah pergeseran antara molekul-molekul Panas dan Sejuk, molekul-molekul yang bergeser pada ruangan tersebut pula akan menghasilkan sesuatu yang dikenali sebagai "Embun" dalam bentuk cecair pada ruangan yang dikatakan "Diantara Langit dan Bumi"...maka cecair Embun tersebut akan meresapi bahagian tanah bagi menyejukkan muka bumi yang panas..Itu adalah Hukum Alam yang telah Dijadikan oleh PenciptaNya..maka, jadinya pula, Kenapa Geliga lebih sesuai dikenakan dengan Air Embun???ianya adalah disebabkan Tindak Balas Kimia serta Ion-ion yang positif dan negatif...itu sebabnya, apabila manusia memegang satu-satu jenis Geliga yang telah dicaskan dengan Ion-ion tadi, maka geseran atau Cetusan/ Letusan (Tiny Bang @ Big Bang) antara Ion manusia dengan Ion geliga tadi akan menghasilkan Getaran...so...Istilahnya adalah "Geseran atau Cetusan/Letusan yang Menghasilkan "Getaran"..masakan apabila Jiwa yang terlihat wanita yang berbogel..tidakkan pula jiwa Kelakian merasa akan getaran-nya...dan...Apakah pula Geseran atau Cetusan yang diperlukan bagi menghasilkan Getaran Diantara Pencipta dengan yang Diciptakan...



Pada Pendapat saya, Setiap apa jua yang dijadikan, sudah pasti ada dalil-dalil penerangannya dari sudut Akal Pemikiran yang sejahtera dengan batas-batas Ilmu...Sedangkan Falak Mistik itu ada juga penerangannya...Yang tiada Ungkaian penerangan dalam bentuk dan rupa adalah Pencipta itu sendiri..Yang Mistik itu Adalah "ALLAH" itu Sendiri..."Lai'sakamislihi Shai'un".."Tidak Serupa dan Menyerupai"...bagaimanakah pula cara untuk mengenali yang apa yang dikatakan...dah la tak serupa, tidak menyerupai pula...sudah tentu ada jalannya, begitulah juga dengan apa jua yang telah dijadikan oleh Penciptanya...apa-apa yang telah dijadikan, sudah tentu ada Ilmunya untuk pengolahan atau yang dikatakan "Penjagaan" bagi tiap satu-satu yang dijadikan...Barulah betul Ungkapan " Tiada jua yang dijadikan dengan Sia-sia...melainkan...Manusia itu sendiri yang mensia-siakan hinggakan, ianya mensiakan dirinya sendiri...."Allah" The-All-Mighty..