DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, April 12, 2012

Koleksi Cikgu Amir Al-Kelantani




















Ziarah-menziarahi adalah sesuatu yang disukai dan diingati...tetapi apa yang dipaparkan adalah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan bagi yang meminati serta pendokong tegar Seni Bangsa Melayu serta Budaya, Kesopanan dan kesusilaan, hormat-menghormati. Yang saya tak tahan melihat apa yang dipaparkan bukanlah seni persenjataan serta sarung dari teras yang tersohor...ianya "Ibarat Emas yang disepuh hanya untuk dijadikan tukul paku nak buat rumah"...ada ka patut, Teras Kemuning Emas atau yang dikenali juga sebagai Kemuning Raja dari Kelas "AAA" hanya dijadikan Meja minum kopi...Kalaulah jenis Teras yang diigaukan oleh segelintir peminat Teras untuk Hulu dan Sarung Senjata Tradisional hanya dijadikan sebagai meja alas buat minum kopi atau alas tempat meletakkan pewangi ketiak..apa pula jenis Teras Kemuning yang Beliau jadikan sebagai Sarung Senjata yang dijadikan Koleksi dalam Simpanannya...nasib baik aku tak masuk kat dalam tandasnya..mau kut mangkuk tempat nak melepaskan hajat dijadikan dari jenis Kemuning tah apa la pula...pernah seorang Sahabat saya mengatakan kepada saya tentang teras-teras tersohor ni..Kata Beliau, "sahabat..ada orang lain yang nak mendapatkan jenis-jenis teras yang baik ni, nak ada dalam sebutir dalam bentuk mata cincin pun payah"...dan, Ada pula orang lain yang Allah beri Kurnia dalam bentuk yang mengunung pun ada..Tidak kah kita ini mahu bersyukur akan nikmat-nikmat IlmuNya serta limpah KurniaNya yang Tiada Tandingan...amat benar, akan kata-kata beliau."Bagi orang-orang yang mahu berfikir"