DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, April 3, 2012

Akar Teras Kemuning Hitam

Nak mendapatkan Teras yang sebegini...bukan sesenang nak membeli rokok seludup...bagi mendapatkannya..dikira tuah...Bayangkanlah, Hang Tuah sendiri pun tak berapa nak bertuah..walaupun ada tuah dinamanya...Hang Tuah sendiri pun belum tentu dapat kalau mengorek tanah didalam hutan bagi mendapatkan teras akar yang sebegini...kalau dia dapat pun dah tentu dia buat rebus minum macam teh...baru la bertuah badan...sehat la namakan. Kalau la hang tuah terbaca komen aku ni..gerenti dia ajak separing tebang pokok kemuning..dan kalau si Jebat yang membacanya pula..gerenti dia tergelak sambil berbaring....hehehe...Gurau ajer..



Apa yang dimaksudkan pengasas adalah, kepayahan bagi mendapatkan teras Kemuning Hitam yang begitu solid-molid sebegini, Pokok kemuning yang mengandungi teras bukannya calang-calang pokok. Pokok Kemuning yang hidup pun tidak akan dipotong sewenangnya bagi mendapatkan terasnya..Hanya pokok yang telah tumbang dimana hidupnya dikawasan lereng bukit yang memungkinkan ada terasnya..Hidupnya pula, ada jenis pokok kemuning yang hidup tumbuh diatas batu dimana Akarnya menembusi batu tersebut bagi kesinambungan hidupnya. Kebiasaan bagi pokok kemuning yang hidup diatas batu, Akarnya akan membina Teras yang solid dan utuh bagi menampung keseluruhan struktur pokok...tetapi, teras Kemuning Hitam, ramai yang tidak mengkaji "apakah yang terkandung didalam teras tersebut sehinggakan Orang-orang dulu menggunakannya sebagai Ubat yang begitu Ampuh...salah satu darinya adalah Awet Muda.


Olahan bagi teras kemuning adalah dengan Merebuskannya didalam Air...dididihkan secara perlahan. Airnya diminum dikala waktu Pagi dan Petang. Teras Kemuning Juga boleh dibuat sebagai Minuman Harian dimana olahan Serbuknya boleh dijadikan seperti Serbuk Teh dan direndam didalam Air Panas Mendidih serta dicampurkan dengan Madu Lebah..Air Teras Kemuning Hitam juga elok diminum dalam keadaan panas-panas Suam...kalau dah sejuk...tak sedap bro. Fadilatnya adalah untuk Melawaskan air kecil dan besar, Peredaran darah, Menyah Toksik dari dalam badan, Kekuatan Batin, Strok, Lesu-lesu badan dan berbagai lagi...tak caya kalu..buat lah research dan serapkan penggunaannya dalam kehidupan seharian....Rasakan Keputusannya...