DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, April 3, 2012

Akar Tengkuk Biawak, Sekunyit dan Larak Pisang..Untuk Perhatian Sahabat

Ini adalah Akar Tengkuk Biawak, Akar Sekunyit dan Akar Larak Pisang. Ketiga-tiga bahan ini adalah rumusan Herba bagi kesihatan tubuh badan. Rasa dari Air rebusannya pula tidaklah pahit seperti Akar Pasak Bumi atau Hempedu Bumi. Akar Tengkuk Biawak digunakan sebagai ubatan bagi urat dan otot badan, Sekunyit pula adalah untuk Melawaskan manakala Larak Pisang untuk Selera dan peredaran darah...Akar Herba ini adalah Permintaan dari Beberapa sahabat yang telah biasa menggunakan jenis akar yang dipaparkan...cumanya, pada kala kini, ianya agak payah diperolehi....sebabnya, hutan kita dah banyak kena jarah dek pembalakkan serta kemasukkan pendatang luar yang mengambil khazanah hutan kita secara berleluasa dan tidak diiktiraf keizinannya. Yang paling sedihnya, Kaum Peribumi Kita sendiri pun nak cari makan dengan mencari akar-akar perubatan menjadi Perit dan perih akibat hakisan tanah hutan yang tiada bentengnya. Benteng Tanah Hutan kita pula terdiri daripada Pokok-Pokok Kayu Balak..bila dah takde balaknya akibat dijarah..maka hakisan terjadi, pokok-pokok renek yang menjadi herba pula tumbang secara tidak semulajadi..maka dengan itu, Hanya Teras Kayu yang menjadi Medium Perubatan kini..cumanya, Teras Kayu tidak dijadikan Perhatian kerana Pendekatan Kajian melalui Sains tidak dilakukan dan, ianya menjadi Sia-sia Belaka sedangkan, Teras dan Akarlah yang menjadi Pertaruhan Perubatan dizaman dahulu Kala...time tu mana ada Penat-Dol dan bebagai lagi...akar kayu la yang jadi ubat bro.