DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, April 30, 2012

Tasbih 99...Tempahan Sahabat dari Utara




Butiran biji tasbih dah siap...hanya pembahagi serta kepala tasbih dari jenis teras Beluru@Sintok sahaja yang masih belum diolahkan..InsyaAllah, selepas hari cuti (Hari Buruh) akan saya poskan..Sahabat yang menempahnya..diharap menghubungi pengasas...Alamat hilang Brooo...

Penunduk Penawar Lima...Tempahan Sahabat...Mata Cincin




Tempahan sahabat..Baru siap..Penawar Lima spesis yang hanya hidup di kawasan tinggi. asal ada ajer Pokok Raja Kayu Putih..Spesis ini, InsyaAllah, ada berada hidup berhampirannya..Bergu bagi kawanan Spesis Penunduk Penawar Lima adalah Raja Kayu Putih...Baru Ngam...

Akar Teras Kelor Bukit...Tempahan Cincin..









Bahagian Akar Teras Kelor Bukit...Tempahan Sahabat dari Lion Land...Baru Siap...Kasi Possss...

Akar Teras Kelor...Tempahan Cincin 4 Segi..




Tempahan sahabat matrikulasi...baru siap bro..on da way...POSLAJU..

Teras Raja Kayu Putih..Tempahan Siap




Bahagian Teras Raja Kayu Putih yang dititipkan menjadi permata cincin hiasan dijari. Tempahan sahabat yang baru siap..

Friday, April 27, 2012

Natural Wood Art...









Apabila dikatakan.."Dijadikan Berpasang-pasang"...bila melihat Seni Kayu Semulajadi...terbenak sejenak...Memang Benar Qalam Didalam Kalam..Terang yang Kelam..Gelita yang Terang..Hati yang Berperang...

Come N' See...Natural Wood Art


















Mari dan Lihat...kekadang tu, apabila kita melihat..kita merenung..bila kita merenung, kita termenung..bila kita termenung...orang tenung kita...apabila kita ditenung manusia, maka kita berkata-kata.., manusia itu berkata-kata sedangkan kayu pula diperlihatkan kepada kita betapa tiada kata-kata apabila Kebesaran itu dipertontonkan kepada kita dimana tika kalanya hati dan akal menjadi tepu dengan nafsu keduniaan semata. Maka, hilanglah pedoman apabila melihat kepada kebendaan semata. " Melihat kepada yang Satu dan Di Perlihat Kepada yang Ramai"... apabila melihat kayu yang kaku tetapi ada Ilmu yang di Ajarkan di sebaliknya..sedangkan Manusia itu Berupaya berbuat sesuatu..tetapi lebih Beku dari Kayu...

Wood Art and Word Art

Wajah Tok Arab dan Unta daaaa...




Dah tak reti nak cakap..hangpa tengok la...

Wood Art and Word Art.....









No Words...

Apa yang ko nampak Kayu...Kayuuuuu









Kalau nak diberitahu apa jenis teras kayunya..kang kena jual kang....so..tak dapat la ilmu....Ilmu itu lebih Bernilai dari Wang Ringgit...tetapi Nilai Pound Sterling lebih Bernilai dari Nilai Ringgit..yang tidak ternilai..adalah Nilai di Negeri Sembilan..Kenapa Nilai yang Sembilan..bukankah tingkatan yang sembilan itu yang tertinggi dalam kiraan...Kerana, selepas Sembilan adalah Kosong..mana ada Nilainya selepas Sembilan...dan didalam Kosong tersebut..apakah yang ternilai..kosong adalah Fakir....dan apakah pula pengertian Kefakiran yang Kufur???dan pula...Kenapa ada Haram didalam yang Suci..jangan hangpa fikir cuci pinggan dengan berus gigi sudah la....hehehe...ingat, jangan Barzakh kan Diri dengan Ilmu serta menghukumkan sesuatu tanpa Ilmu yang sanad , sedangkan Alam Barzakh tetap Pasti menanti.. Demi Sesungguhnya ia adalah peringatan bagi diriku sendiri. Hidayah itu Milik Allah.

Kertas dan Pasir...

Kering dan Basah.....Jenis yang diguna pakai...dah guna..pakai la pulak tu...apa punya ayat daaaa..


Ada jenis yang di Guna Pakai oleh orang lain dari 5000 Grit hingga ke 12,000 Grit..tetapi untuk mengosok kayu..3000 Grit sudah dikira baik...




Ada beberapa sahabat bertanyakan mengenai Grit Kertas pasir dan jenama yang diguna pakai...ianya seperti yang dipaparkan lah...bercerita mengenai Kertas dan Pasir, Kertas adalah dari Kayu dan Pasir pula daripada Batu...ianya ibarat Irama dan Lagu..tidak boleh dipisahkan. Tetapi, kenapa kita menggunakan unsur Kayu, Batu dan Besi, tetapi adakalanya bagi sesetengahnya, kita lupa dan tertinggalkan lagi Satu unsur...Sesungguhnya, Allah Maha Kaya dengan Ilmu...maka, carilah Ilmu untuk kesejahteraan Jiwa dan Ruh...tetapi, ramai yang MEMBARZAKH kan diri mereka atau lebih difahami dengan Membataskan diri Mereka dalam pencarian sesuatu Ilmu itu...macam mana nak sampai..sampai tu sampai la..tapi, sampai takat tu la...la...la...laaaa macam tu ropernya...

Workshop dan Galeri Contoh Teras Kayu

Bz...Bz...Bz...Bz...ZZZZZZZZZZZZZ...tidor la tuh...


Sebahagian dari Contoh Teras dan Kayu yang dibuat sebagai rujukkan.

Larak Salah...

Yang ni Abnormal....Pintal kekiri...biasanya kekanan...


Manusia kata...salah...Salah dalam ertikata...Tabie yang Salah...tetapi pada Allah...siapakah Manusia itu mengatakan yang salah..Apakah yang dikatakan KeEsaan...Maka Benar Bagi Yang MenjadiKan bagi manusia itu untuk melihat...Apakah Kita Buta...atau...Adakah Kita Celik...Celik Yang Buta atau Buta yang Celik...sedangkan Makhluk di Dasar Lautan Celik melihat didalam Kegelapan yang kelam Gelita sedangkan ianya tiada bermata.

Tasbih Tempahan..

Biji Tasbih yang telah siap..hanya menunggu untuk Proses Mengikat...Kepada sahabat yang telah menempah jenis Tasbih 33..ada la..dalam 2-3 utas yang baru siap..selebihnya...masih dalam pembuatan..InsyaAllah, Minggu depan saya Poskan..

Teras Kemuning Hitam...Tempahan

Tiga Jenis Teras Kemuning Hitam yang diperolehi oleh pengasas dari berbagai tempat..walaupun terdapat perbezaan dari sudut warna teras...bagi mengenali teras kemuning hitam adalah apabila serbuk teras dimasukkan kedalam Air Panas Mendidih, warna air akan bertukar menjadi kekuningan...walaupun kayu terasnya berwarna Hitam Legam Kehijauan.

Teras Raja Kayu Putih...Tempahan

Bahagian yang telah dipotong untuk pembuatan Mata Cincin dan juga biji Tasbih yang telah ditempah.


Bahagian yang telah disiat kulitnya..Kulit Raja Kayu putih mengandungi Damar Penawar bagi berbagai jenis Penyakit...termasuklah luka-luka kecil.




Bahagian tengah yang dipanggil teras...bahagian teras raja kayu putih, apabila disuluh dengan Lampu, cahayanya tidak akan menembusi bahagian yang berteras..kebiasaannya, Keratan Raja Kayu Putih apabila disuluh dengan Lampu picit, cahaya akan menembusinya..Sebagaimana yang terdapat pada Raja Kayu Damar Minyak..Paparan yang dibuat adalah untuk memperlihatkan kepada para sahabat pada bahagian manakah yang diolahkan menjadi biji tasbih dan juga mata cincin.

Biji Tasbih..Tempahan yang Berterusan..









Seni yang terdapat pada biji tasbih yang dilarik...tiada ungkapan...Jari-jemari yang melarik pula, terluka ke, apa ke..tidak pula dirasakan...keranaNya....tiapa apa yang dikeluhkan...Para sahabat yang telah menempah Tasbih..InsyaAllah, tempahan para sahabat semua sedang diproseskan..dah siap, saya SMS atau saya Paparkan didalam Blog Rahsia Alam dimana tiada sesuatu pun yang menjadi Rahsia..Hanya Allah sahaja yang Menjadi Rahsia bagi barang siapa yang mengenalNya...InsyaAllah

Tasbih Teras Gabungan..Zikrullah yang berterusan..









Tasbih tempahan sahabat yang tiada Pembahagi...maka lurutan Zikrullah yang tiada had batasan...ianya berterusan sampai pengsan..tak pun, sampai dikapankan...renungkan lah jika jemputan Sakratul-Maut diwaktu ketika Lidah Yang Sedang dibasahi dengan Zikrullah...

Urat Akar Teras Kelor

Yang dikatakan Akar Urat Selirat...berserak...tetapi menunjukkan betapa erat dan Kukuh..


Urat akar yang sebegini, jika nak diolahkan dalam erti kata..memotong untuk dijadikan sesuatu...jangan gunakan kapak untuk membelahnya..sebaliknya, gunakan gergaji..disebabkan urat yang sedemikian rupa, belahan dengan penggunaan kapak akan merugikan dan menjadi sia-sia belaka..tetapi, jika tahu pembuatan mata cincin jenis teras campuran...maka, tiada apa yang menjadi sia-sia.

Wednesday, April 25, 2012

Selected Sacred Wood Bracelet..Gelang Teras Pilihan..Tempahan

Sebahagian dari jenis-jenis teras terpilih yang ditempah dalam bentuk Gelang...


Teras yang dipilih diolahkan dari Bentuk Asal kepada berbagai bentuk tempahan..


Gelang teras yang dipaparkan adalah tempahan Seorang sahabat dari Jenis Teras Raja Kayu Putih, Larak Salah, Raja Penunduk, Penunduk Merah, Kemuning Hitam, Teras Kelor dan Tas Pontianak..Gelang teras juga boleh digabungkan mengikut tempahan yang dipilih oleh Para Sahabat yang inginkan kelainan jenis-jenis kayu dan Teras sebagai Koleksi...Tempahan juga boleh dibuat dalam bentuk Tasbih, Mata Cincin dan apa juga bentuk yang diingini...tetapi mengikut kemampuan Pembuatnya la..Tempahan melalui SMS ditalian 019-3387074...019-256-3074