DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, March 27, 2012

Teras Akar Kemuning Emas..Muraya Paniculata... Heartwood of The King

Teras Akar Kemuning Emas....bagi memperolehi sedemikian yang dipaparkan, silap hari bulan, urat kentut pun boleh putus.

Bahagian Teras Akarnya yang sedemikian, anggaran umurnya melebihi dari 300 tahun. Ini kerana, Pokok Kemuning yang tumbuh diatas Batu atau dikawasan yang berbukit bukau membesar dengan kadar perlahan jika di perbandingkan dengan proses tumbesaran pokok kemuning jenis Kampung. Jika perbandingan dibuat melalui Terasnya pula, bukan kesemua jenis kemuning memiliki Teras...Perumpamaan adalah sebagaimana dengan jenis pokok Gemunggal yang memiliki Teras...Jika satu-satu jenis pohon dimana daun dan buahnya dijadikan sebagai makanan ataupun perubatan...Bagaimana pula bahagian Terasnya..bukankah daun dan buahnya memerlukan bahagian akar, batang dan ranting bagi menyalurkan khasiat kepada bahagian yang dikatakan daun serta buahnya...Kenapa tiada kajian yang dibuat mengenainya.