DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, March 19, 2012

Kemian Putih




Damar pokok atau Kemian yang berwarna Putih kebiasaannya dikaitkan dengan nilai-nilai mistik, tetapi yang menjadi persoalannya..apakah ianya hanya untuk tujuan mistik sahaja. Jikalau pada waktu dulu kala, kemian diperasap pada waktu senja sewaktu matahari tenggelam oleh orang dulu-dulu dan dikatakan sebagai penghalau makhluk halus yang berkeliaran pada waktu tersebut. Ada juga yang mengatakan memanggil Makhluk Halus...tetapi pada pendapat saya, Kemian adalah satu jenis bahan atau getah yang mengeras dari pokok dan jika ianya dibakar akan mengeluarkan bau yang wangi, benda-benda yang wangi disukai oleh para Malaikat...dan mengapa pula segelintir Para Manusia yang menghukumnya sebagai sesuatu yang disebaliknya...sudah tentunya damar tersebut ada kegunaannya bagi manusia.