DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, March 24, 2012

9" Standard Modern Metal Lathe...Canadian Made..

Utilathe 9" Standard Modern Metal Lathe, Series 1000. Ini adalah Mesin Pelarik yang baru dibeli oleh Pengasas Blog Rahsia Alam. Mesin ini dibeli dari sebuah Pusat Institusi Pengajian Teknik Kemahiran.


Pengasas agak sibuk sejak kebelakangan ini disebabkan tempahan yang melambak serta urusan-urusan yang berkaitan dengan Alam Perkayuan. Pengasas sedang berusaha untuk membuat kajian mengenai teras-teras kayu yang memiliki Fadilat semulajadi ditahap kajian melalui pendekatan Sains serta pengolahan kayu teras kepada bentuk yang lebih mantap.


Mesin ini telah diselenggarakan sendiri oleh Pengasas kerana mesin ini telah tidak digunakan sejak lebih dari 15 tahun. Paparan ini dibuat sewaktu Ujian "Test Run" yang dijalankan dengan menggunakan Teras Cendana untuk diolah menjadi Tongkat.


Peralatan yang berterabur sewaktu Proses Selenggara dan Baik Pulih mesin dijalankan.


Alhamdulillah, Mesin ini telah beroperasi dengan sempurna setelah beberapa pembaikan dijalankan dan ianya akan digunakan bagi pembuatan Cokmar Masjid, Tongkat, Tasbih serta berbagai lagi yang berkaitan. Mesin Pelarik Logam yang menjadi pilihan pengasas disebabkan teras-teras yang diolah adalah begitu keras sehingga hampir menyamai kekerasan logam


InsyaAllah, Pengasas akan membuat paparan yang terbaru dan ada juga barangan yang telah dihantar kepada sahabat-sahabat dan tidak sempat dibuat paparan mengenainya.




Paparan hasil pembuatan dari Mesin ini akan dipaparkan kepada para sahabat dimasa mendatang...InsyaAllah...Terima Kasih Para Sahabat yang telah berurusan dengan Pengasas. Apa jua yang telah dipaparkan didalam Blog Rahsia Alam adalah dari hasil sokongan para sahabat semua....Alhamdulillah...Terima Kasih Para Sahabat Blog Rahsia Alam....